BAB 9

118 4 0
                                    

Nazrin berasa tidak senang hati pada malam itu. Dia pasti ada yang tidak kena. Dia membuat keputusan untuk balik semula ke rumah Anis. Dia menghubungi Aisyah. "Assalamualaikum. Aisyah dah tidur ke?" Nazrin memberi salam. "Waalaikumussalam. Belum lagi. Tak boleh tidur la, bang." Aisyah membalas salam Nazrin. "Siap cepat. Abang ambil depan rumah. Assalamualaikum." "Tut" talian dimatikan. "Ekk.. Bang? Bang! Mati pula. Nak pergi mana malam-malam ni? Siap je la." Aisyah mula bersiap. "Kau nak pergi mana ni?" Aida masuk ke bilik. "Aku rasa abang aku nak balik rumah Kak Anis kut." Aisyah jawab. "Aku nak ikut juga boleh tak? Sebenarnya mak bapa aku call tadi kata ada benda 'urgent' nak bincang. Tapi aku takut malam-malam ni nak balik sorang-sorang. Alang-alang satu jalan kan. Rumah kak ipar kau kan dekat dengan kampung aku. Selepas siap, mereka menanti Nazrin di depan rumah. Tidak sampai lima minit, Nazrin tiba di depan rumah mereka.

"Abang, Aida nak ikut sekali. Dia nak balik rumah dia. Boleh dia tumpang?" Aisyah menyoal abangnya. "Mm.. tak apa la. Satu jalan kan. Rumah dia yang kat tepi simpang tu kan? Yang haritu kita pergi waktu raya kan?" Nazrin mendapatkan kepastian. "Aah. Betul la tu." Aisyah menjawab. Mereka menaiki kereta dan teruskan perjalanan. Dalam perjalanan, Nazein terlihat kelibat manusia. Dia memerhatikan kelibat tersebut dan memberhentikan keretanya. "Korang buat apa kat sini?" Nazrin menyoal kelibat tersebut. "Motor kitorang rosak la, Naz. Dah la jauh lagi rumah ni." Fauzan membalas. "Tumpang, boleh?" Haziq dengan muka tidak malu bertanya. "Issy... Bolehh.. tapi korang kena ikut sekali la. Aku nak balik rumah kak ipar aku. Dah lewat ni. Takut tak sempat. Tak apa ke?" Nazrin menyoal semula. "Boleh. Bukan ada apa pun nak buat kat rumah." Fauzan membalas. "Mujurlah kereta aku ni boleh tahan besar." Gumam Nazrin.

Mereka meneruskan perjalanan. Sedang dalam perjalanan, kereta Nazrin mengalami kerosakan. Enjin keretanya mati secara tiba-tiba. Mereka semua panik. "Titit! Titit! Titit!" Bunyi jam digital Haziq memecahkan suasana yang sunyi tadi. "12:00" jam tersebut menunjukkan waktu pada malam tersebut. Tiba-tiba Fauzan gelak dan menangis seorang diri. "Hahahahaa!Uuhuhuhu." Tangisan dan ketawanya menambahkan lagi rasa seram yang sedia ada. "12:00! Kau mati!" Hahahahah!" Kata-kata tersebut keluar dari mulut Fauzan. Nazrin terkedu. Suaranya berubah garau dan menakutkan. Bukan suara asalnya lagi.

Nazrin mengarahkan Haziq dan Aisyah untuk keluar mencari bantuan sementara dia dengan Aida menjaga Fauzan yang dirasuk. "Kau kena mati!" Fauzan mula bertindak diluar kawalan. Dia mencekik leher Nazrin yang berada disebelahnya dengan sekuat hati menggunakan kedua belah tangannya. Nazrin tidak dapat melawan kekuatan Fauzan yang luar biasa itu. Aida tidak tahu mahu buat apa. Dia hanya menangis tanpa henti melihat Nazrin. Dia cuba menghalang Fauzan tetapi ditepis. Aisyah dan Haziq masih mencari bantuan. Sedang mereka mencari, mereka terjumpa seseorang. "Yassin? Kebetulan. Tolong kitorang. Fauzan kena rasuk!" Haziq menegur Ustaz Yassin yang kebetulan lalu di situ. "Kene rasuk? Boleh. Kat mana?" Ustaz Yassin bertanya. "Kat depan tu." Haziq menjawab sambil menunjukkan arah.

Mereka sampai ke lokasi kereta Nazrin rosak. Nazrin sedang berusaha melawan Fauzan. Tenaganya makin lama makin kurang. Ustaz Yassin membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan merawat Fauzan. Selepas beberapa minit, Fauzan tidak sedarkan diri. "Terima kasih ustaz. Ustaz boleh ikut kami? Sebenarnya saya dalam perjalanan nak pergi rumah kak ipar saya. Ada benda nak selesaikan." Nazrin mengucapkan terima kasih dan meminta bantuan ustaz tersebut. "Boleh. Mari kita pergi." Dengan itu, mereka berenam meneruskan perjalanan.

Selepas setengah jam, mereka sampai di rumah Anis. Yassin melihat keadaan rumah tersebut. Dia dapat rasakan ada sesuatu tidak kena. Seperti ada yang menunggu kedatangan mereka. "Dah berapa lama benda ni jadi?" Yassin bertanya. "Entahlah. Tak pasti. Tapi lebih kurang sebulan juga." Mereka semua masuk ke dalam kawasan perumahan tersebut. "Baca ayat-ayat Al-Quran. Tak kira apa yang jadi, jangan berhenti baca." Pesan Yassin. Mereka masuk ke rumah. "Assalamualaikum!" Mereka semua masuk. "Bang!" Pintu dihempas kuat selepas mereka masuk ke dalam rumah. Mulut Yassin terkumat-kamit membaca sesuatu.

12:00Where stories live. Discover now