BAB 1

196 8 0
                                    

20 September 2016...

                 "Kita nak tinggal kat rumah ni sampai bila-bila ke?" Kata seorang wanita kepada suaminya. "Sabarlah Anis, nanti kita pindah. Abang dah jumpa rumah tu" kata Ihsan kepada isterinya. "Lagi tiga hari kita pindah. Diorang tengah kemas rumah tu". Tambah Ihsan lagi. "Emm.. ok." Balas Anis tidak bersemangat. Sudah 2 tahun mereka berkahwin tapi belum dapat cahaya mata lagi. Pelbagai cara mereka dah usahakan tapi hampa. "Bilalah kita nak ada anak ni, bang." Keluh Anis. "Kita nak buat macam mana. Dah macam-macam cara kita ikhtiarkan tapi tak ada hasil. Hanya berdoa dan tawakkal kepadaNya saja kita mampu.

           

                  "Awak kat mana? Cepatlah. Kata nak pergi tengok wayang dengan saya. Cerita tu nak mula dah." Rungut Rabiatul. "Awak dah sampai ke? Maaf, saya tertidur tadi. Lagi 10 minit saya sampai. Tunggu tau. Bye awak" Faris memutuskan talian. "Aduh, macam mana aku boleh tertidur ni? Dah pukul berapa, ni?" Faris membebel pada dirinya sendiri sambil melihat jam di dinding rumah sewanya. "Dah pukul 9:00 malam. Cerita tu mula 9:30 malam. Patutlah budak tu mengamuk. Memang aku dah lewat. Hishh!" Faris merungut sambil menyiapkan dirinya. Dia mengenakan kemeja T hitam dengan seluar jean. "Mujurlah aku ni lelaki. Kejap aje nak siap. Kalau aku perempuan, dua jam pun belum tentu siap. Hihi." Selepas siap, Faris menaiki motor dan menuju ke panggung wayang yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Dia memecut lebih dari biasa. Selepas beberapa minit, Faris sampai di depan sebuah kompleks membeli belah. Di situlah sepatutnya dia berjumpa dengan teman wanitanya, Rabiatul.

  
                 Faris mencari kelibat Rabiatul. Selepas puas mencari, dia terlihat seorang wanita melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Dia mendapatkan wanita itu dengan senyuman. "Awak, maafkan saya. Saya betul-betul tertidur" kata Faris. "Emm.. Yela. Jom masuk. Nak mula dah ni." Balas Rabiatul dengan senyuman yang dibuatnya. Mereka masuk ke dalam kompleks tersebut dan menuju ke arah sebuah panggung yang terletak di tingkat atas. Selepas menunjukkan tiket, mereka masuk ke dalam panggung. Mereka mengambil tempat duduk yang telah ditetapkan. Selepas beberapa iklan dan peringatan supaya telefon dimatikan disiarkan, tayangan seram bermula. Mereka memilih cerita seram yang sedang hangat dan popular di tanah air. Cerita tersebut mendapat sambutan hangat oleh kerana kisah tersebut kebanyakannya adalah kisah benar.
 
               "Ahh!" Panggung tersebut dipenuhi dengan jeritan dek kerana terkejut dengan babak-babak seram yang ditayangkan. Ada yang menangis dan ada juga yang keluar dari panggung tersebut. "Awak, saya takut" kata Rabiatul sambil menutup mata dengan tangannya. Kedua belah kakinya sudah lama diletakkan di atas bangku dan dipeluk olehnya. Tubuhnya yang kecil memudahkan pergerakkannya. "Alahh.. takkan ini pun awak takut. Awak juga yang ajak saya tengok cerita ni." Balas Faris tanpa melihat Rabiatul. Tumpuannya hanya pada cerita seram tersebut. "Yela. Yela. Saya salah. Saya yang ajak awak tengok cerita ni. Saya ingatkan tak seram sangat cerita ni. Bila cerita ni nak habis? Lamanya." Rungut Rabiatul. "Janganlah macam ni. Emm.. Mungkin lagi setengah jam habislah cerita ni. Kenapa? Awak nak balik awal ke?" Tanya Faris. "Tak ada apa. Saja tanya" balas Rabiatul. Entah mengapa hatinya berasa tidak tenang waktu itu. Dia merasakan ada sesuatu sedang memerhatikan mereka.

               "Akhirnya, dah habis pon cerita tu." Kata Rabiatul. "Awak nak pergi mana lepas ni?" Soal Faris. Rabiatul melihat jam di tangannya. "Dah dekat pukul 12.00 ni. Kita balik aje la."  Balas Rabiatul. "Ok. Saya hantar awak balik. Bahaya malam-malam ni." Faris memberi cadangan. "Ok." Jawab Rabiatul ringkas.

                Mereka menunggang motosikal dan menuju ke rumah Rabiatul. Sepanjanag jalan yang dilalui oleh mereka, lampu jalan tidak menyala. "Rosak agaknya" gumam Faris. Faris terlihat satu kelibat melintasi mereka dengan pantas. Dia melihat sekilas jam tangannya, "11:55" kata Faris sendiri. Sedang Faris ingin mengenal pasti kelibat apa yang dilihat tadi, sebuah lori datang dari arah depan dan merempuh mereka. Rabiatul dan Faris tercampak agak jauh dari tempat kejadian. Darah mengalir membasahi jalan. Faris cuba bangun untuk mencari Rabiatul tetapi kondisinya tidak membenarkan. Keadaan mereka berdua semakin kritikal. Lori yang melanggar mereka tadi seakan-akan ghaib. Faris perasan sesuatu sedang merenungnya. Dia cuba untuk membuka mata. Dalam samar-samar, dia lihat satu makhluk yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Matanya merah, berbadan besar dan seakan-akan senyum penuh puas melihat keadaan Faris ketika itu. Faris terdiam dan tidak tahu hendak buat apa. Dia tahu yang masanya sudah tiba. Esoknya mayat Faris dan Rabiatul ditemui oleh penduduk setempat.





12:00Where stories live. Discover now