"Siti Aisyah binti Muhammad Alif ? Awak ada pengalaman kerja kat mana-mana? Boleh bagitahu saya kenapa saya perlu ambil awak bekerja kat sini?" Kata Hafiz yang merupakan seorang pengarah syarikat terkemuka. "Ini kali pertama saya bekerja, tuan. Sebelum ni saya hanya bekerja sambilan di kedai-kedai makan. Emm.. saya boleh buat pelbagai jenis kerja encik. Encik mesti tak akan menyesal kalau ambil saya bekerja." Kata Aisyah dengan penuh yakin. "Dah ramai yang cakap mereka boleh buat semua kerja tapi bila dah mula bekerja, hancur, satu benda pun tak tau." Kata Hafiz dengan nada tegas. Aisyah terdiam dengan kata-kata Hafiz. Apa yang Hafiz kata memang kebanyakannya betul. Ramai yang mengaku boleh buat semua kerja tapi akhirnya semua tidak tahu nak buat apa bila diarahkan buat suatu tugasan.
Aisyah tidak mengangkat kepalanya. Dia tidak sanggup nak merenung mata Hafiz yang merenungnya sejak dari tadi. "Baiklah, awak boleh mula bekerja di sini mulai esok." Kata Hafiz sambil membelek fail-fail yang berada di atas mejanya. Siti Aisyah yang tadi terdiam kini mengangkat kepalanya dengan rasa tidak percaya. "Betul ke tuan? Saya boleh mula esok?" "Kenapa? Awak taknak ke?" Kata Hafiz. "Eh, mestilah saya nak. Terima kasih tuan." Kata Aisyah sambil menundukkan sedikit kepalanya. "Ada apa-apa lagi ke, tuan? Kalau takde, boleh saya keluar sekarang?" Kata Aisyah. "Silakan" pendek jawapan Hafiz. Aisyah mengatur langkahnya keluar dari pejabat Hafiz.
Selepas keluar dari pejabat encik Hafiz, Aida mendapatkan Aisyah. Aida merupakan kawan baik Aisyah sejak zaman sekolah menengah lagi dan rakan serumahnya. Dia jugalah yang mencadangkan pekerjaan tersebut pada Aisyah. "Macam mana? Dapat tak? Dia cakap apa?" Soal Aida bertubi-tubi. "Err.. mm.. aku.. aku.." jawab Aisyah terketar-ketar sambil membuat muka sedih. "Wei. Kau tak dapat ke kerja tu?" Soal Aida bersimpati. "Emm.. Mestilah aku dapat!" kata Aisyah dengan gembira. "Betul ke? Kau dapat? Yey! Akhirnya. Syukurlah kau dapat." Balas Aida dengan gembira. "Bila kau boleh mula?" Soal Aida dengan teruja. "Esok." Jawab Aisyah. "Dahlah. Aku balik dulu. Jumpa kat rumah. Jangan balik lewat sangat." Pesan Aisyah. "Ok, boss! Hihihi.." jawab Aida. "Boss.. boss.. tu boss kat dalam" balas Aisyah melayan rakannya itu.
"Naz, kau nak buat apa ni? Dari minggu lepas tak siap-siap." Soal Fauzan. Belum sempat Nazrin menjawab, Haziq mencelah. "Alaa.. kau bukan tak kenal dia. Dia kalau bab bertukang ni memang minat dia. Biarlah dia nak buat apa pun." Kata Haziq sambil layan komputer ribanya. "Mmm... memanglah, tapi apa benda yang dia tengah buat? Nampak macam susah aje. Dengan wayar sana sini. Boleh gerak ke benda tu?" Soal Fauzan lagi. "Aku tengah cuba nak buat robot yang kita boleh kawal dia." Jawab Nazrin ringkas. "Ooo.. baik beli kat kedai. Macam-macam jenis ada. Kau pilih je.. Tak payah susah-susah nak buat." Haziq memberi cadangan. "Memanglah. Tapi aku nak cuba buat sendiri. Dah alang-alang aku tak ada benda nak buat, apa salahnya. Bukan macam kau asyik layan laptop je." Perli Nazrin.
"Emm.. yela. Kau je yang betul" balas Haziq dengan malas. "Korang ada dengar cerita tak?" Soal Haziq tiba-tiba. "Cerita apa?" Nazrin dan Fauzan menjawab. "Alaa.. yang kemalangan motor haritu." Balas Haziq. "Mm.. kenapa?" Soal Nazrin. "Kau tak kenal dengan mangsa ke? Aku rasa macam pernah nampak je budak perempuan tu tapi tak ingat kat mana." Haziq melepaskan isi hatinya. "Memanglah. Budak tu kawan adik aku, kalau tak silap nama dia Rabiatul." Balas Nazrin. "Oo.. patutlah macam pernah nampak. Tapi kau tak rasa pelik ke? Macam mana diorang boleh accident tiba-tiba je. Pastu motor yang diorang naik tu ada kesan kemik macam kene rempuh dengan kuat dan sebab tu juga mangsa tercampak." Balas Haziq.
Fauzan yang dari tadi membisu mula menyampuk "apa yang pelik? Dah ajal diorang berdua. Nak buat macam mana? Tuhan dah tentukan." "Itu aku tahu la. Tapi kalau diorang kena rempuh kenapa sampai sekarang polis tak dapat jumpa apa-apa bahan bukti? Satu lagi, jam mangsa berhenti tepat-tepat pukul '12:00'." Soal Haziq mahukan kebenaran. "Dahlah. Kau ni sibuk je. Biarlah. Itukan kerja diorang, tahu la diorang nak buat. Korang tau kan sekarang pukul berapa? Taknak tidur ke? Aku masuk tidur dulu." Balas Fauzan malas nak melayan rakannya itu. Mereka bertiga masuk ke dalam bilik masing-masing untuk tidur.
YOU ARE READING
12:00
HorrorMengisahkan kehidupan adik beradik, Muhammad Ihsan, Muhammad Nazrin dan Siti Aisyah yang seringkali ditimpa malang tanpa putus. Orang di sekeliling mereka juga ditimpa musibah yang sama. Apakah sebab mereka ditimpa musibah? Siapakah dalang di sebali...