BAB 8

118 4 2
                                    

              "Nazrin dengan Aisyah tak nak balik ke? Tak apa ke cuti lama-lama? Jangan risau. Akak boleh jaga diri." Anis mula bertanya selepas adik-adik iparnya sudah beberapa hari menginap di rumah peninggalan suaminya, Ihsan. "Tak apa. Keselamatan akak lagi penting. Lagipun bahaya duduk seorang dalam hutan ni. Kan?" Aisyah jawab sambil memandang Nazrin. "Aah. Tak apa. Tapi, akak tak nak pindah ke? Dalam hutan ni macam-macam boleh berlaku." Nazrin menjawab. Sebenarnya dia dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah tersebut. Sepanjang tiga hari dia bermalam di situ, dia sering terdengar bunyi-bunyi pelik, suara garau, dan macam-macam lagi. Kadang-kadang dia dapat lihat ada lembaga yang seringkali duduk di sudut rumah tersebut. "Bukan akak tak nak pindah, tapi rumah ni ada banyak kenangan Abang Ihsan. Akak rasa berat hati nak tinggalkan rumah ni." Anis mula berasa sebak.

            Malam itu, Nazrin tidak dapat melelapkan mata. Dia berfikir dan mencari jawapan di sebalik kejadian-kejadian aneh yang menimpa dirinya. Dia juga rasa ada yang tidak kena dengan kematian abangnya, Ihsan. Kematian Ihsan dan kejadian yang menimpa dirinya itu mesti ada kaitan tetapi dia perlu cari punca masalah tersebut.

            Matahari mula terbit. Anis dan Aisyah menyediakan sarapan. Nazrin keluar membeli keperluan dapur. Selepas Nazrin pulang, mereka bersarapan bersama-sama. Selepas selesai, Anis berehat di dalam bilik manakala Aisyah dan Nazrin mengemas meja dan membasuh pinggan yang mereka gunakan. Sambil membasuh, Aisyah memulakan perbualan. "Abang, abang pernah kena kacau tak? Macam nota ke, amaran ke, pastu mimpi pelik-pelik?" Aisyah menyoal. Nazrin terdiam. Riak mukanya berubah. "Kenapa Sya tanya?" Nazrin menyoal semula. "Mm.. baru-baru ni, Sya dapat amaran, mimpi pelik-pelik pastu Sya dapat rasa ada orang perhati. Abang pernah kena tak? Sya tanya, je. Mungkin perasaan kut. Penat sangat." Aisyah membuat andaiannya. "Sya dapat amaran macam mana? Abang tak pasti tapi kalau Sya nak tau, abang pun ada dapat amaran dengan mimpi-mimpi pelik tu. Abang pasti amaran dengan benda-benda pelik yang kita kena tu mesti ada kena mengena dengan kematian Abang Ihsan." Nazrin menyuarakan pendapatnya. "Abang pasti ke?" Aisyah ingin mendapatkan kepastian. "Betul ke?" Anis yang mendengar perbualan mereka mula bersuara. Nazrin dan Aisyah terdiam. Mereka tidak mahu menambah beban pada kakak ipar mereka. "Betul ke apa yang korang cakap tadi? Ada yang tak kena? Kenapa tak bagitahu akak?" Anis mula beremosi. "Kami bukan tak nak bagitahu tapi tunggu masa yang sesuai." Nazrin menjawab tanpa mahu menggores perasaan kakak iparnya. "Dahla. Akak tak nak dengar apa-apa lagi. Korang boleh balik sekarang. Keluar." Anis tidak dapat kawal perasaannya.

             Aisyah cuba memujuk Anis tetapi tidak diendahkan. Anis hanya menepis dan menolaknya. "Keluar!"
Anis menengking mereka. Nazrin dan Aisyah tiada pilihan. Mereka mengemas beg dan pulang. Sebelum pulang, Nazrin meninggalkan sejumlah duit kepada Anis. Anis tidak mengambil wang tersebut malah menyuruh mereka supaya cepat keluar dari rumahnya. Aisyah menaiki kereta Nazrin. Mereka menuju pulang ke Kuala Lumpur. "Bang, tak rasa pelik ke? Perangai Kak Anis tu pelik. Tiba-tiba je nak marah. Pastu dia macam terlebih kuat." Aisyah mula berasa curiga dengan perubahan Anis. "Entahla. Tapi abang rasa memang ada yang tak kena dengan rumah tu. Abang kene minta tolong dengan kawan abang untuk tengok-tengok rumah tu. Kalau tak silap nama dia Ustaz Yassin. Tapi abang dah 'lost contact' dengan dia. Nanti abang tanya yang lain. "Mm.. Kesian Kak Anis. Risau saya. Dia mengandung. Bahaya." Aisyah mula risau selepas mereka telah 1 jam bertolak. "Kita doa yang baik-baik je. Doakan keselamatan dia. Ok?" Nazrin menyembunyikan rasa risaunya. Mereka diam sepanjang perjalanan. Perjalanan selama lima jam tersebut memang memenatkan. Selepas menghantar adiknya, Nazrin pulang ke rumahnya yang tidak jauh dari situ.

         

12:00Where stories live. Discover now