BAB 6

135 4 2
                                    

         "Tahniah, puan bakal menjadi ibu! Kandungan puan sudah masuk 5 minggu." Doktor Dayana memberi penerangan kepada Anis. "Betul ke doktor? Alhamdulillah!" Ihsan yang berada di sebelah isterinya mengucap syukur kepadaNya. Sudah lama mereka menanti detik bersejarah ini. "Terima kasih doktor. Boleh kami keluar sekarang?" Ihsan bertanya. "Saya tidak melakukan apa-apa. Berterima kasih kepadaNya. Allah yang bagi awak berdua rezeki ini. Pastikan jaga kesihatan dan pemakanan." Doktor Dayana memberi keterangan. "Baik doktor. Terima kasih. Kami balik dulu. Assalamualaikum." Ihsan dan Anis meminta diri untuk pulang. "Waalaikumussalam. Jaga diri." Doktor Dayana membalas.

            Mereka keluar dari klinik dan masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan kereta dipandu menuju ke destinasi. "Anis, Anis kena hati-hati sekarang. Makan pun kena banyak pantang." Ihsan memulakan perbualan. "Ye, bang. Anis akan jaga diri. Abang tak perlu risau." Anis menjawab. "Mana tak risau, dah lama kita tunggu. Macam-macam kita buat tapi tak ada hasil. Bila Allah dah bagi, kita kenalah jaga elok-elok." Ihsan memberi penjelasan. "Yela, bang." Anis menjawab pendek. Mereka berdua ketawa.

             "Naz, kenapa kau banyak diam sekarang? Selalu kau yang paling riuh dalam rumah ni. Kau sakit ke?" Haziq meluahkan rasa risaunya selepas melihat perubahan pada rakannya, Nazrin. "Tak ada apa. Aku ok je. Aku cuma rasa tak sedap hati. Rasa macam ada orang perhati je. Setiap masa." Nazrin membalas. Kalau nak diikutkan, dia hanya mahu mendiamkan hal ini tetapi demi keselamatan rakan-rakan dan dirinya, dia mengambil keputusan untuk memberitahu rakannya. "Kau biar betul. Kau penat sangat kut sebab tu la rasa macam-macam. Kau stress sangat la tu." Fauzan memberi pendapat. "Suka hati kau la nak percaya ke tak. Aku bagitahu je." Nazrin memberi jawapan acuh tak acuh. Malas nak melayan kerenah rakannya. "Prang!" Bunyi kaca pecah datang dari arah dapur. Mereka semua terdiam.

              "Aida, kau nak bagi hadiah apa untuk hari lahir aku nanti?" Rabiatul bertanya. "Emm.. Mana boleh bagitahu. Rahsia. Kau nak hadiah apa?" Aida menjawab. "Alaa..  aku tak kisah. Kalau kau tak bagi pun tak apa janji kau sentiasa ada dengan aku. Kau kawan aku sampai bila-bila tau." Rabiatul menjawab sambil membuat muka manja. "Mengada-ngada la kau. Buat muka bagai. Aku tau kau kawan aku sampai bila-bila. Ingat, kita takkan berpisah walau apa pun terjadi." Aida menambah. Mereka ketawa dan berpelukan.
     
            "Rabi!" Aida terjaga dari tidurnya. Mimpi tentang Rabiatul tadi betul-betul membuatkan hatinya sebak. Tanpa sedar air matanya mula gugur. "Ya Allah! Berat sungguh ujianMu ini." Aida tidak dapat meyambung tidurnya. Dia mengimbas semula waktu pertama kali bertemu Rabiatul. "Harini kita ada pelajar baru. Masuklah. Tak perlu malu." Puan Fatin memanggil Rabiatul masuk ke kelas barunya dengan senyuman. Rabiatul masuk dan mula memperkenalkan diri. "Assalamualaikum. Saya Rabiatul Adawiyah binti Afiq Aiman. Selamat berkenalan." Selepas memperkenalkan diri, Puan Fatin mengarahkan Rabiatul untuk mengambil tempat kosong di sebelah Aida. "Comel gila budak baru tu. Pendek tapi 'cute'. Macam penguin aku tengok." Amir, seorang pelajar lelaki kelas tersebut mula bersuara. "Kau ni, semua kau nak. Bagi la kitorang pula. Asyik kau je." Arif mula menyampuk. Suasana kelas mula riuh.
           "Kringgg!!!" Loceng berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat. Semua pelajar keluar dari kelas untuk pulang. "Saya Aida. Awak balik dengan siapa? Naik apa? Rumah kat mana?" Aida menyoal bertubi-tubi. "Saya balik sorang. Rumah saya dekat je jadi saya naik basikal." Rabiatul membalas. "Oo.. baguslah. Saya pun sama. Kita balik sama-sama nak?" Aida memberi cadangan. "Boleh. Saya tak kisah." Rabiatul membalas. Mereka menunggang basikal dan pulang ke rumah. "Awak tinggal kat sini? Awak tau tak sebelah rumah awak ni rumah siapa?" Aida menyoal seolah tidak percaya. "Aah. Saya tinggal kat sini. Kenapa? Siapa yang tinggal situ?" Rabiatul menyoal semula. "Ru...ru..mah..rumah tuu.... Rumah saya! Awak tinggal kat sebelah rumah saya." Aida membalas dengan gembira. "Laa.. awak ni. Terkejut saya. Saya ingatkan kenapa tadi. Mereka berdua ketawa. Selepas puas bersembang dan bersuka-ria, mereka masuk ke dalam rumah masing-masing.
     
              "Semua tu tinggal kenangan. Rabiatul dah tak ada. Allah lebih sayangkan dia. Tenanglah sahabatku di sana. Kita akan berjumpa bila tiba masanya." Gumam Aida.

12:00Where stories live. Discover now