Hari yang dinanti sudah tiba. Majlis pertunangan Nazrin dan Aida akan berlangsung hari ini. Rumah Pak Wan dipenuhi ramai orang. Semua saudara-mara dan sahabat terdekat datang untuk meraikan mereka. "Aida, kau nampak cantik hari ini. Tak sangka kau akan jadi kak ipar aku." Aisyah memuji Aida. "Emm. Tula aku pun tak sangka. Ini semua takdir yang DIA tentukan. Kita hanya mampu merancang." Mereka berterusan berbual dan bergurau. "Wei, Naz. Nanti lepas kau kahwin, kau pindah ke? Duduk dengan isteri kau?" Haziq mula rasa berat hati. "Kau ni, mestilah dia duduk dengan isteri dia lepas kahwin nanti. Tapi, sekarang dia duduk dengan kita lagi. 'Relax'la." Fauzan mencelah. "Tengok la dulu. Kau ni jangan la beremosi sangat. Kita 'still' boleh jumpa. Kat ofis ke makan-makan. Ok?" Nazrin menyedapkan hati kawannya. Majlis tersebut berterusan sehingga petang.
"Alhamdulillah, semua dah selesai. Malam ni, tidurlah sini. Esok balik la. Keluarga makcik semua balik. Rumah mereka dekat je. Yang jalan kaki pun ada. Bukan selalu kamu semua datang sini." Puan Hamizah menawarkan untuk bermalam dirumahnya. "Terima kasih makcik. Kalau makcik bagi tak akan kami nak tolak pula kan, bang? Boleh la, kita tidur sini. Makcik masak sedap. Selalu Sya makan kat luar je." Aisya memujuk abangnya. Nazrin rasa berat hati untuk bermalam di rumah tersebut. Bukan kerana dia takut tetapi dia tidak mahu menyusahkan Pak Wan dan Puan Hamizah. "Naz, tidur je sini. Pakcik tak kisah. Tak adanya menyusahkan. Bermalam je kat sini. Bahaya balik malam-malam ni." Pak Wan seperti boleh baca gerak hati Nazrin. Dia dah lama kenal Nazrin. Sejak Nazrin masih bayi lagi. Dia dah faham sangat dengan perasaan dan tingkah laku Nazrin. Itu juga sebab dia ingin ambil Nazrin menjadi menantunya.
"Baiklah pakcik, makcik. Terima kasih." Nazrin mewakilkan mereka semua. Mereka bermalam di rumah Pak Wan pada malam tersebut. Selepas sarapan, mereka bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Keriangan jelas kelihatan pada wajah mereka. Hari berganti hari, masa berlalu dengan pantas. Hari-hari mereka sudah tidak lagi diganggu oleh makhluk dan amaran-amaran yang menganggu ketenteraman.
1 tahun kemudian...
"Rayyan! Humaira! Jangan main jauh sangat. Bahaya!" Anis memanggil anak kembarnya, Rayyan Huzairi dan Alia Humaira. Anis telah berkahwin dengan Zikry selepas melahirkan anak kembarnya. Mereka saling mencintai sewaktu pertama kali berjumpa di kedai buku. Sejak dari itu, hubungan mereka semakin rapat dan mereka berkahwin secara kecil-kecilan. Hidup mereka bahagia dan sentiasa tenang walaupun tidak memiliki harta yang banyak. Zikry hanya seorang pekerja yang bekerja di sebuah syarikat manakala Anis hanya surirumah yang mengambil tempahan jahitan.
Nazrin dan Aida sudah bergelar suami isteri. Aida sedang mengandung dua bulan. Kehidupan mereka sentiasa dipenuhi dengan ketenangan. Mereka tidak sabar menunggu kelahiran anak pertama mereka. Nazrin menjaga Aida dengan penuh kasih sayang. Aida hanya dibenarkan buat kerja-kerja ringan malah pemakanannya juga dipantau oleh Nazrin. Nazrin mengikut pesan ibu mertuanya, Puan Hamizah supaya menjaga Aida dengan baik dan penuh tanggungjawab.
Haziq dan Fauzan masih belum bertemu pasangan hidup. Mereka bekerja seperti biasa. Tetapi, kehidupan mereka lebih senang. Rezeki masuk tanpa putus. Mereka sentiasa mendapat projek dan kenaikan pangkat. Jika dulu hutang sentiasa keliling pinggang, sekarang semua hutang mereka lunaskan secepat mungkin.
Aisyah tinggal bersama Nazrin dan Aida. Pada awalnya, Aisyah tidak kisah tinggal bersendirian di rumah sewanya. Tetapi Nazrin mengarahnya untuk tinggal bersama mereka. Macam-macam alasan Nazrin berikan seperti bahaya, bosan duduk seorang diri dan lain-lain. Akhirnya, Aisyah akur dan tinggal bersama mereka. Hidup mereka semua aman dan harmoni.
~TAMAT~😊
:: Terima kasih kerana sudi membaca 12:00. Saya minta maaf jika ada sebarang kekurangan. Mungkin ceritanya agak ringkas tetapi saya akan cuba perbaikinya di masa hadapan.😄
> Terima kasih pada rakan-rakan dan keluarga yg memberi idea x seberapa ni. 😆😂 . Tanpa korang cerita ni mesti x best. Kita dh buntu cr idea x jumpe. Thanks a lot😙😙😝.
YOU ARE READING
12:00
HorrorMengisahkan kehidupan adik beradik, Muhammad Ihsan, Muhammad Nazrin dan Siti Aisyah yang seringkali ditimpa malang tanpa putus. Orang di sekeliling mereka juga ditimpa musibah yang sama. Apakah sebab mereka ditimpa musibah? Siapakah dalang di sebali...