"Aisyah, Aku pergi kerja dulu. Kalau aku tunggu kau, sampai bila pun tak siap. Jangan lewat sangat!" Jerit Aida dari tingkat bawah. "Yela.. Kau pergi dulu nanti aku datang." Balas Aisyah dari tingkat atas. Aisyah sedang bersolek. Bedak disapu ke mukanya, selepas itu dia menggunakan pelembab bibir. Aisyah hanya mengenakan solekan yang nipis sahaja. Dia melihat jam di dinding biliknya. "Aik.. pukul 12:00, bila pula jam ni rosak?" Gumam Aisyah. Dia mengendahkan jam tersebut dan keluar dari rumah untuk pergi ke kerja.
Nazrin sedang memotong sayur di dapur. Rakan-rakannya sudah pergi kerja. Memandangkan hari ini dia mendapat cuti, Nazrin hanya mahu berehat di rumah sahaja. "Ahh.. darah pula.. " jari terlunjuknya terhiris pisau yang digunakan. Nazrin membersihkan darah tersebut dan menyambung tugasannya yang tergendala. Dia menumis bawang dan sayur-sayur lain serta lauk di dalam kuali. Selepas masak, dia mula menjamu selera sambil menonton televisyen. "Tak ada cerita 'best' pun" Nazrin berkata seorang diri. Dia menekan-nekan butang untuk menukar siaran. Tiba-tiba, televisyen tersebut tertutup sendiri. Dia menekan butang 'ON' berkali-kali tetapi hampa. Dia mula memeriksa televisyen tersebut. "Wayar putus? Habis macam mana 'tv' tu boleh terbuka tadi?" Gumam Nazrin. Bulu romanya meremang apabila mendapati ada sesuatu merenungnya.
Ihsan tidak menghiraukan kejadian yang menimpanya semalam. Dia hanya menganggap bahawa itu adalah perasaannya sahaja. Tetapi, hatinya seperti tertarik-tarik untuk masuk ke dalam bilik tersebut. Dia mencari-cari kelibat isterinya. Sebaik memastikan isterinya tiada, dia masuk ke dalam bilik itu. Kertas-kertas lama bersepah di lantai bilik itu. Ihsan mengutip satu-persatu helain kertas tersebut. Selain itu, terdapat gumpalan seperti rambut di setiap tempat. Ihsan dapat meneka ada sesuatu yang tidak kena. Dia membaca isi kandungan kertas tersebut. "Apa benda ni?" Gumam Ihsan. Di dalam kertas tersebut terdapat beberapa cara untuk menyeru makhluk dari alam ghaib. "Eh, ini macam baru je." Ihsan memerhatikan tulisan '12.00 MATI' yang seperti ditulis dengan menggunakan darah. Darah tersebut masih basah dan segar. Ihsan berasa tidak sedap hati. "Dum!" Pintu tertutup sendiri. Dia cuba membuka pintu tapi hampa. Pintu tersebut seakan-akan terkunci dari luar. Secara tiba-tiba, seperti ada sesuatu yang memegang bahunya. Ihsan menoleh dan tiada apa pun di belakangnya. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. "Bumbung ni bocor ke? Hujan ke kat luar? " Ihsan mengelap titisan yang jatuh di atas kepalanya. Dia melihat cecair yang terlekat di tapak tangannya. Dia tergamam. Perlahan-lahan dia mendongak untuk melihat dari mana titisan tersebut jatuh. Alangkah terkejutnya dia apabila terlihat lembaga berbulu hitam, berbadan besar, matanya yang merah merenung tepat ke arah Ihsan. Di sebalik giginya yang tajam, dapat dilihat dengan jelas kepala manusia! Darah yang menitik-nitik itu datang dari kepala tersebut. Lembaga tersebut menerkam ke arah Ihsan. Ihsan menjerit sekuat hatinya dan baca ayat-ayat Al-Quran yang diingati. Bacaannya tunggang-langgang akibat ketakutan yang teramat.
"Abang! Bangun! Bangun!" Anis menggoncang-goncang badang suaminya. Ihsan membuka matanya. Badannya dipenuhi dengan peluh. Mukanya kelihatan sangat cemas. "Allah, mimpi rupanya." Gumam Ihsan. Dia lihat wajah isterinya. Jelas kerisauan dapat dilihat di muka Anis. "Abang mimpi apa? Sampai berpeluh satu badan?" Anis menyoal. "Tak ada apa. Sekarang pukul berapa?" Ihsan mengubah topik perbualan. "Pukul 12:10." Anis memberi jawapan. Ihsan terdiam dan memikirkan mimpi yang dialaminya tadi.
YOU ARE READING
12:00
HorrorMengisahkan kehidupan adik beradik, Muhammad Ihsan, Muhammad Nazrin dan Siti Aisyah yang seringkali ditimpa malang tanpa putus. Orang di sekeliling mereka juga ditimpa musibah yang sama. Apakah sebab mereka ditimpa musibah? Siapakah dalang di sebali...