Cuti semester baru bermula . Memang dah hobi Damia atau nickname nya ' Mia ' melepak di rumah kawan baiknya , Natasha . Walaupun rumah sewa mereka berlainan , tapi hubungan persahabatan mereka sangat erat .
" Mia . kau tak nak balik ke ? Dah lewat ni . " Natasha bersuara apabila melihat kawannya itu sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah sewanya . " Kau macam halau aku je . Kalau tak suka aku lepak rumah kau , kau cakap je lah " Damia bersuara . Sedikit terasa hati dengan kawannya . " Tak lah bodoh ! Aku cakap je kan ? Lagipon dah lewat malam ni . Kau tengok jam dah pukul 11 dah . Kau tu pompuan , ingat lah sikit Mia " ujar Natasha . Natasha juga risau dengan Damia tapi Damia ni memang jenis ikut kepala je , Tak pikir apa dah . " Yelah2 ! Aku nak balik lah ni . Kau tak payah lah risau sangat . Aku tau jaga diri aku . Dah besar dah pon . "
Damia melangkah keluar dari rumah kawannya selepas meminta diri untuk pulang . Dia berjalan kaki memandangkan rumahnya hanya beberapa meter saja . ' Ishh gelap lah pulak . Takut aku . Ehh Mia , sejak bila kau takut ? Sebelum ni bukan main oke je kau balik sorang2 malam2 ' dia membebel dalam hati .
Setelah berjalan beberapa lama , dia terdengar suara orang mengerang kesakitan di lorong kosong yg berhampiran dengannya . Dia terus berjalan dan mengatur langkah perlahan lahan . Bila dia semakin dekat , dia ternampak sekumpulan lelaki berbadan sasa sedang memukul seorang lelaki yg kelihatan sedikit kurus . ' Ya Allah , takkan gangster kot . Mati aku kali ni . Macam mana nak lari ni . ' Damia gelisah . Dia yg sedang memerhati lelaki tersebut terkejut bila lelaki tadi memandangnya . Wajahnya pucat .
Nak lari , kaki rasa macam kena gam je . Dia cuba untuk berjalan tanpa memandang lelaki tersebut sebelum tangannya tiba tiba ditarik kasar oleh salah seorang daripada lelaki tersebut .
" Eh bodoh ! Kau nak lari mana ha ?! Kau ingat kau boleh lari lah ?! " kata lelaki tadi yg bertattoo ditangannya . ' muka je hensem , bahasa tuhan je tau . Nak je aku sepak mamat nih ' " Er .. ss ... Saya nak balik . Tolong lah lepaskan saya " kata Damia tersekat sekat . " Lepaskan kau ? Jangan mimpi ! " kata lelaki tadi sambil tersenyum sinis . " Kau bawak pompuan ni jumpa bos ! " lelaki tadi mengarahkan dua lagi lelaki yg sebaya dengannya lalu menolak kasar Damia kedalam sebuah van . " Eh apa ni ?! lepaskan saya lah . Tolong !! " jerit Damia . Dia meronta ronta sebelum matanya berat . Kabur dan kabur sehingga dunianya gelap selepas lelaki tadi menekup mulutnya dengan kain yg telah diletakkan klorofin .
*****************

KAMU SEDANG MEMBACA
KAU MILIK AKU
DiversosDamia Qalisha yang terpaksa berkahwin dengan seorang gangster berpengaruh setelah secara tidak sengaja melihat pergelutan yang berlaku ketika pulang dari rumah kawannya . Dia diculik oleh anak buah Tengku Rayyan Danial iaitu ketua gangster yang berp...