Rayyan yg melihat lelaki tersebut terpana . Dia kenal lelaki itu .
" Hafiz " hanya satu nama yg mampu disebutnya .
" Oh ! Kau ingat lagi aku rupanya . Well . Baguslah kan ? Kau pun kenal aku kan ? So , mesti kau wondering why aku buat macam ni ? " terukir senyuman sinis dibibir Hafiz .
" Apa yg kau nak sangat sial ?! Sampai bini aku yg tak bersalah tu pun kau nak bunuh ! Ha setan ?! " amarah Rayyan tak dapat dibendung mengingatkan isterinya yg dilanggar orang upahan Hafiz .
Tengku Hafiz hanya ketawa mengejek . Kemudian mukanya berubah tegang .
" Kau tanya apa aku nak ?! Aku nak hancurkan kau lah bodoh !! Sebab kau Zara tinggalkan aku selamanya ! Sebab kau ! " Hafiz menjerit .
Rayyan berfikir sejenak sebelum mengeluh . " Dah lah Hafiz ! Tu semua dah lama . Kau kena terima yg jodoh kau dgn Zara tak lama . Aku tau perasaan kau . Tapi tu semua bukan puncanya dari aku ! Kau yg salahkan aku sebab semua ni ! " ujar Rayyan .
Tengku hafiz yg mendengar ucapan Rayyan menjadi semakin bengang . Kolar baju Rayyan ditarik kasar . Muka Rayyan ditumbuk bertubi tubi . Rayyan terduduk .
Kekuatannya yg sedikit itu membuatkan dia tak mampu membalas serangan Hafiz .
Tengku Hafiz mengeluarkan pistolnya . Lalu diletakkan di bahu kiri Rayyan .
" Aku tak rasa semua ni bukan sebab kau ! Kau taknak aku bunuh bini kau kan ?! Oke fine ! Sekarang dia pun entah hidup entah tak kat hospital tu ! Harap harap cepat mampos ! So sekarang kau jadi ganti ! "
Tengku Hafiz menarik picu pistol . Senyuman sinis tak lekang dari bibirnya .
Rayyan yg mendengar Tengku Hafiz menyebut nama Damia , berusaha untuk bangun lantas terus menumbuk Hafiz . Dengan kudrat yg ada dia menendang perut Hafiz sekuat yg mungkin . Tengku Hafiz terjelopok diatas tanah .
Pisau yg diselitkan dikakinya diambil . Belum sempat dia menikam Hafiz , Tiba tiba dia tersentak . Mukanya berkerut . Tengku Hafiz menembak perut Rayyan . Darah keluar membuak buak . Rayyan menekan perutnya .
Tengku Hafiz sedaya upaya bangun dari tanah . Pistol dihalakan pada dahi Rayyan ditekan . " Kau boleh dah nak mampos ! " ujarnya lalu ketawa . Perutnya yg pedih yg terkena sedikit pisau yg dipegang Rayyan tak dihiraukan .
PANGG !!!
Pistol yg dipegangnya terjatuh ke tanah . Dia kemudian perlahan lahan terbaring . Belakangnya ditembak oleh seseorang . Sebelum matanya tertutup , sempat dia melihat mulut Rayyan yg bergerak seperti meminta maaf padanya . Seketika kemudian dunianya gelap .
Beberapa orang suruhan Rayyan mendekati Rayyan yg kelihatan tak bermaya . " Boss ! Bos okay ? " soal salah seorang daripada mereka . Rayyan hanya mengangguk sedikit sebelum dia memejamkan matanya .Gelap ! Mereka kemudian mengangkat Rayyan masuk ke dalam kereta dan memecut laju menuju ke hospital .
Sementara Tengku Hafiz juga diangkat dan diletakkan dalam ambulans yg diupah khas oleh Rayyan , dan termasuk beberapa orang orang upahan Rayyan yg cedera parah .
KAMU SEDANG MEMBACA
KAU MILIK AKU
RandomDamia Qalisha yang terpaksa berkahwin dengan seorang gangster berpengaruh setelah secara tidak sengaja melihat pergelutan yang berlaku ketika pulang dari rumah kawannya . Dia diculik oleh anak buah Tengku Rayyan Danial iaitu ketua gangster yang berp...