BAB : 27

16K 264 5
                                    

Seminggu selepas kejadian tersebut Damia menghabiskan masanya dgn Rayyan . Bahu Rayyan juga pulih sepenuhnya.  Mereka sekarang berada di Paris . Rayyan membawa Damia untuk berhoneymoon katanya .

Mereka berada di Paris selama seminggu . Bahagia mereka rasakan bila saling menyayangi antara satu sama lain . Mereka berjalan jalan disekitar kawasan tersebut . Sungguh mesra pasangan itu . Pun begitu mereka sentiasa diawasi oleh orang upahan Rayyan .

Setelah seharian berjalan mereka pulang ke hotel VIP yg ditempah khas untuk mereka berdua . Masing masing bersiap untuk membersihkan diri .

Rayyan keluar daripada bilik air dgn memakai tuala . Damia memerhatikan badan Rayyan dipantulan cermin . Mukanya membahang . Malu . Rayyan yg perasan dgn pandangan Damia tersenyum . Serious cair kalau tengok dia senyum . Yelah ! Sebelum ni muka tu ketat macam tertelan ubat nyamuk je . Bengis pulak tu  !

Damia melarikan pandangannya kearah lain . Dia bangun menghampiri Rayyan . Pakaian Rayyan diberikan . Dia mengambil tuala lalu masuk ke bilik air .

Selepas siap membersihkan diri , Damia keluar hanya dgn makai tuala yg menutupi separuh tubuhnya . Rayyan yg sedang baring dikatil menelan air liur bila terpandangkan peha Damia yg gebu itu . Damia segera mencapai bajunya .

Belum sempat dia memakai pakaiannya , Rayyan sudahpun memeluk pinggangnya dari belakang . Damia terkejut . Wangian daripada rambutnya menaikkan lagi nafsu Rayyan . Bahu Damia dicium . Dari bahu turun ke leher jinjang Damia .

Rayyan mengangkat Damia yg masih lagi bertuala . Dibaringkan Damia diatas katil . Tuala yg menutupi badan Damia dibuka perlahan lahan . Akhirnya malam itu mahkota Damia diserahkan kepada Rayyan . Rela . Dia sudah bersedia menjadi isteri dalam erti sebenar kepada Rayyan . Akhirnya mereka hanyut dgn dunia yg dicipta mereka .

**************

Damia membuka matanya . Rayyan yg sedang memeluk pinggangnya dipandang . Serta merta wajahnya berubah merah mengingati peristiwa semalam . Tangan Rayyan yg memeluknya cuba diangkat perlahan lahan . Tapi Rayyan mengemaskan lagi pelukannya .

" Awak ! Saya nak mandi ni . Kejap lagi nak solat . Lepaslah " tutur Damia . Geram dgn Rayyan yg tak mahu melepaskan pelukannya .

Rayyan tersenyum . Matanya dibuka. Dia bangun dari pembaringannya lalu melepaskan pelukannya . " Thanks pasal semalam dear " ujarnya . Matanya dikenyitkan sedikit . Damia sudahpun menunduk . Malu . Rayyan menyambung tidurnya . Damia pula sudahpun berada dibilik air .

*************

Genap 9 bulan perkahwinan mereka . Pelbagai dugaan diharungi bersama . Alhamdulillah . Mereka bahagia .

Pulang daripada Paris , Damia kerap melawat ibunya . Menghabiskan masa berdua . Rayyan pula memulakan tugasnya di pejabat . Dia melawat ibunya dgn keizinan daripada suaminya . 

" Mak . Mak rasa jodoh Rayyan dgn Mia panjang ke ? " soal Damia sewaktu duduk di ruang tamu rumah ibunya .

" Ya Allah Mia ! Apa yg kau merepek ni ? Dah jodoh Mia dgn si Rayyan tu . Doakanlah supaya kekal . Hish budak ni ! Mak sepatutnya berterima kasih dgn Rayyan tu . Dia dah banyak tolong Mak  " tutur Puan Halimah . Tenang . Takkan nak menjerit pulak kan ? Tak pasal pasal kena cop gila !

" Mia tanya je sebab Mia rasa tak sedap hati lah Mak semenjak dua menjak ni  . Macam ada benda nak jadi je " serius Damia menjawab . Kebelakangan ni dia rasa macam ada tak kena je . Entah lah ! Perasaan je kot ! Positif Mia

" Insya allah takde apa Mia . Doalah banyak2 . " nasihat ibunya .

" Takpe lah kalau macam tu . Mia balik dulu ye Mak . Dah lewat ni . Rayyan pun mesti dah balik . Assalamualaikum Mak " Damia menyalam tangan ibunya sebelum berlalu .

" Waalaikumussalam . Suruh khai bawak kereta tu hati hati tau " jawab ibunya . Damia mengangguk lalu memboloskan dirinya dalam perut kereta yg dipandu Khai .

' Semoga kekal ke akhir hayat '

KAU MILIK AKUTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang