BAB : 32

15.3K 275 2
                                    

Setelah beberapa bulan Rayyan tidak menyedarkan diri daripada kejadian antara dia dan Tengku Hafiz . Tapi Damia tetap menemani Rayyan setiap masa dgn perutnya yg semakin membesar . Kandungannya pula sudah mencecah 8 bulan .

Damia memerhatikan wajah tenang Rayyan yg masih belum sedarkan diri . Kepala dan perutnya dibalut kemas .  Pipi itu diusap perlahan kemudian dahi Rayyan dikucup lama .

Sungguh dia terlalu rindukan Rayyan . Doanya tak pernah putus supaya suaminya itu sedar . Airmatanya mengalir perlahan lahan .

" Awak ! Bangun lah . Awak tak kesiankan saya ke ? Baby dalam ni pun dah lama tunggu awak . Saya rindukan awak .Tolong jangan tinggalkan saya . Saya sayang awak . Bangun lah "

Damia bercakap sendirian seraya memegang tangan suaminya . Akhirnya dia tertidur dgn memegang erat tangan suaminya . Penat mungkin .

Orang suruhan yg memerhati Damia hanya mampu menunduk . Kesian dia nelihat isteri bosnya begitu dan juga Rayyan yg masih belum sedar .

**************

Ttttt .. Ttttt .. Tttt

Damia tersedar dari tidurnya yg terganggu dgn bunyi mesin dikepala Rayyan . Dia terpana . Tangan yg digenggamnya terasa bergerak gerak . Pantas dia memanggi doktor .

Setengah jam kemudian dia menunggu di luar bilik yg menempatkan Rayyan , doktor memberitahu bahawa Rayyan sudah sedar .

Gembiranya hanya tuhan yg tahu . Segera dia bersyukur denganNya .

Pintu dikuak . Dia masuk dan melihat Rayyan yg tersenyum memandangnya . Senyuman suaminya dibalas .

Dengan pantas dia menghampiri Rayyan lalu memeluk erat suaminya . Dia menangis teresak esak .

" Awak . Saya rindu awak . Alhamdulillah awak dah bangun . Jangan tinggalkan saya lagii " katanya sambil menangis .

Rayyan tersenyum . Tangannya mengusap lembut belakang isterinya . Airmata lelakinya jatuh setitik demi setitik . Dia bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu isterinya . Dia juga terlalu rindukan istterinya .

" Shhhh ... Dah jangan nangis . Aku tak tinggalkan kau dah . Aku janji " dia tersenyum memandang Damia .

" Betul awak takkan tinggalkan saya ? " tanya Damia dgn muka yg teruja .

Rayyan ketawa kecil . Hidung isterinya dicuit . " Aku takkan tinggalkan kau walau apa pun jadi . " tegas dia berkata .

Damia tersenyum lalu memeluk kembali tubuh Rayyan . Kepalanya dilentokkan di bahu Rayyan .

' Terima kasih kerana menyayangi aku '

KAU MILIK AKUTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang