BAB : 9

18.3K 331 3
                                    

Rayyan bergegas ke tempat yg diberitahu oleh lelaki tadi . Sampai sahaja ditempat tersebut , kelihatan Damia yg diikat tangan dan kakinya . Damia terbaring diatas rumput .

Rayyan membawa Damia ke biliknya . Damia yg pengsan belum sedarkan diri . Mungkin disuntik ubat penenang oleh lelaki tadi supaya Damia pengsan . Dia menunggu Damia ditepi katil .

Mak Timah membawa dulang makanan lalu diletakkan dimeja untuk Damia . Melihat keadaan Damia membuatkan Mak Timah menitiskan airmata . " Maafkan Mak Timah Tuan sebab tak dapat jaga dia dgn baik " kata Mak Timah sambil mengesat airmatanya . " Sokay Mak Timah . Bukan salah Mak Timah . Salah aku sebab tak jaga dia " balas Rayyan . Memang sedikit kasar bahasa Rayyan tetapi Mak Timah dah biasa dgn panggilan tu . Rayyan memang akan bercakap menggunakan panggilan ' aku kau ' tak kira pada siapa . Kerana dia biasa macam tu , bukan biadap .

Damia bangun bila merasakan badannya lenguh kerana berbaring terlalu lama . Dia lihat Rayyan sedang tidur di sofa dalam bilik itu . ' Kenapa Rayyan ada kat sini ? Oh , aku ada kat bilik Rayyan rupanya . Ya Allah terima kasih selamatkan aku . '

Dia memegang kepalanya yg masih lagi pening . ' Alamak ! mana tudung aku . Takkan mamat yg culik aku tadi ambik kot ? Ehh . buat apa dia nak ambik ? buat pusaka ? merepek je tau kau ni Damia . Ya Allah maafkan aku . Aurat aku ! ' Damia ingin meminta tolong Rayyan mengambil tudungnya . Dia malu tapi terpaksa . Dia menutup kepalanya dgn bantal bila ingin memanggil Rayyan . Takut Rayyan nampak rambut dia .

" Encik Rayy . Bangun lah Encik Rayy " Damia memanggil Rayyan . Rayyan yg mendengar seperti seseorang memanggilnya segera membuka mata . Dia lihat Damia tersenyum kearahnya dgn kepala yg ditutup dgn bantal . " Aku bangun ni .Kau kenapa panggil aku ? Pastu kepala kau tu asal tutup dgn bantal ? " Rayyan bertanya . Pelik tengok Damia macam tu . " Err tak . Kan ni aurat saya . Encik dgn saya bukan muhrim . So , saya tak boleh bagi Encik Rayy tengok aurat saya . Rambutkan aurat . Boleh tak Encik Ray tolong ambikkan tudung saya ? "  Damia tersenyum lalu menundukkan wajahnya . ' Tak boleh aku tengok mamat ni lama lama . Cair aku dibuatnya walaupun muka baru bangun tidur tapi tetap hensem ' " ouh macam tu . Jap aku ambik tudung kau " Kata Rayyan . Kepalanya yg tak gatal digaru . ' Betul jugak cakap Damia . Apa yg bangang sangat kau ni Ray '

Rayyan memberikan tudung Damia . Dia keluar sebentar bila Damia suruh . Katanya nak pakai tudung . Beberapa minit kemudian Rayyan masuk lalu duduk didepan Damia .

" Encik Ray , terima kasih sebab selamatkan saya . Kalau tak , tak tahu lah apa yg jadi kat saya . Sunpah saya takut sangat bila mamat gila tu nak bukak baju pastu nak cium saya . Nasib tangan saya kena ikat , kalau tak dah lama saya hentam mamat bodoh tu " kata Damia geram . ' Ada ke patut nak cium aku mamat gila tu . Ee !! ' "Salah aku jugak tak suruh anak buah aku jaga kau elok elok . Dah lah , tu bubur Mak Timah dah letak atas meja . Kau makan pastu kau tidur. Tak payah pikir sangat . Esok siap2 balik kampung kau . " kata Rayyan lalu bangun untuk keluar . Damia yg mendengar perkataan ' balik kampung ' terus tersenyum . Ye lah , dah nak balik kampung . Mestilah best takkan nak nangis pulak kan ? kalau kau nangis , maknanya kau bodoh plus gila . Haha . '

Rayyan memandang sekilas Damia yg muka ceria mengalahkan orang menang judi . Over excited boleh balik kampung . Rayyan menggelengkan kepalanya tengok perangai Damia yg tersenyum sorang sorang . ' Macam budak budak minah ni ' . " Kau tak payah nak excited sangat boleh balik kampung tuh . Kau balik pon sebab kena kawin dgn aku . " kata kata Rayyan mematikan senyuman Damia . Ya , tu syarat yg Rayyan tetapkan . ' mamat ni pagi2 dah spoilkan mood aku . '

Damia dan Rayyan menaiki kereta Lamborgini milik Rayyan pulang ke kampung dan beberapa buah kereta BMW bodyguard nya yg mengikut mereka dari belakang . Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu mengambil masa beberapa jam untuk sampai . Masing masing melayan perasaan . Hanya bunyi radio yg dipasang dalam kereta mereka . Damia yg bosan dgn suasana sunyi itu , terus tertidur .

# So ? macam mana ? bosan tak dengan story ni ? Sorry kalo ad perkataan yg tak sedap didengar . hehe . Apa yg jadi bila Rayyan dan Damia sampai di Terengganu ? Wait for a new chapter .

KAU MILIK AKUTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang