Tapi ,sekarang nampak macam kereta Audi tersebut memang ikut dia . Damia cemas bila kereta tersebut semakin dekat dengannya . Menyesal tak dengar cakap Khai . Dah lah ilmu pertahankan diri satu pun dia tak ada .
Dia kelam kabut mengambil iphone nya yg terletak dalam beg LV hadiah daripada Rayyan sempena hari lahirnya . Dia mencari nombor Khai di phone book nya . Nombor Khai didail .
" Khai , help me ! Ada orang follow saya kat belakang masa nak balik tadi . Dia dah dekat dgn saya . Please hurry Khai ! " ujar Damia .
Rasa macam nak nangis pun ada . Tu lah kau Damia . Orang cakap taknak dengar . Ikut kepala dia je . Tengok sekarang apa dah jadi ?! Belum sempat Damia meneruskan perbualannya dgn khai .
BUMMM !!
Keretanya dilanggar dari depan . Dami terkejut . Sempat Damia menekan brek keretanya . Kalau tak memang dah terhantuk kepalanya kat stereng kereta . Tiba tiba keluar seorang lelaki dari kereta yg melanggarnya .
Lelaki tersebut menutup kepalanya dgn jaket yg dipakainya . Dia berjalan menghampiri kereta Damia . Wajah Damia pucat .
Pintu Damia dibuka lalu jaket yg menutup wajahnya dibuka . Terbuntang Damia melihat lelaki tersebut . Lelaki yg menculiknya sebelum ini berada dihadapannya . Sumpah rasa macam nak jerit je panggil Rayyan . Takut sampai nak pengsan dah ni .
Lelaki tersebut menarik tangan Damia supaya mengikutnya . Damia mengeraskan badannya . Dia cuba untuk melepaskan tangan lelaki tersebut .
" Apa ni ?! Le.. Lepas lah ! Aa .. Awak nak apa lagi dgn saya ?! Tolong lah .. Le.. lepaskan Sa.. saya . Please ! " Damia merayu supaya lelaki tersebut melepaskan tangannya .
Tangannya sakit dgn pegangan kuat dari lelaki tersebut . Dia merayu dgn suara yg tersekat sekat . Airmatanya tak dapat ditahan lagi . Dia takut . Takut bila ingat balik apa yg lelaki tersebut lakukan pada dia sebelum ni .
' Mana awak Khai ? Tolong lah datang cepat . Saya takut . Rayyan tolong saya ! ' rintihnya dalam hati .
Damia bergelut dgn lelaki tersebut untuk melepaskan diri . Memandangkan kawasan yg dia berhenti agak jauh dari jalan raya , membuatkan jeritannya tak didengari .

KAMU SEDANG MEMBACA
KAU MILIK AKU
RandomDamia Qalisha yang terpaksa berkahwin dengan seorang gangster berpengaruh setelah secara tidak sengaja melihat pergelutan yang berlaku ketika pulang dari rumah kawannya . Dia diculik oleh anak buah Tengku Rayyan Danial iaitu ketua gangster yang berp...