PRAKATA

384 13 0
                                    


Allah berungkap dalam al-Quran, "Katakanlah (wahai Muhammad): 'Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu'." (Surah Al-Naml 27: ayat 69)

Banyak kali dalam Al-Quran Allah menyebut dan menyuruh hamba-Nya - kita semua - agar mengembara dan memerhati dengan mata hati, dengan nurani. Menurut pakar tafsir, terdapat dua belas kali ungkapan serupa atau sama erti ditemui dalam kitab suci umat Islam itu.

Dalam pada itu, sebahagian besar kandungan al-Quran adalah kisah dan ceritera. Perkisahan sejarah makhluk dan manusia. Bukan perkara main-main.

Sejarah? "Bosanlah subjek sejarah!"

"Malas aku dengan sejarah. Asyik kena hafal tarikh, nama dan peristiwa!"

"Aku tak suka sejarah! Payah mahu menghafal!"

Itulah ungkapan yang mungkin sering kita dengar, atau kita yang berkata demikian, terutamanya di bangku sekolah.

Sahabat Rasulullah (SAW), Abdullah bin Mas'ud berkata, "Jika kalian menginginkan ilmu, maka telaahlah al-Quran kerana di dalamnya terdapat ilmu generasi manusia pertama dan terakhir (atau ilmu umat dahulu dan mendatang)."

Orientasi peperiksaan yang perlukan pelajar menghafal menyebabkan subjek sejarah atau tawarikh menjadi bosan, terasa tidak penting dan bahkan timbul pertanyaan, "Buat apa belajar sejarah?"

Pada hemat saya sang fakir di sisi Allah ini, apa yang perlu bukannya 'menghafal' secara harfiah atau literal, tapi yang terlebih utama ialah memahami sejarah tertentu. Ya, memahami dan mentaakul apakah yang ditulis oleh sejarawan. Kalau setakat menghafal, burung kakak tua pun boleh. Burung gembala kerbau pun boleh!

(Nota: Harfiah ialah perkataan demi perkataan, bukan terjemahan. Ia juga membawa makna selapis yang dapat difahami secara sekilas pandang sahaja.)

Suruhan Allah itu bukan setakat berjalan di atas hamparan muka bumi ini, bahkan mengelilingi dunia demi meraih banyak bukti konkrit akan peristiwa yang telah terjadi. Maknanya lebih luas dan bermanfaat sekiranya sejarawan, dan kita sebagai majoriti umat manusia menelaah apa kejadian alam ini.

Apa ibrah atau pengajaran daripada umat-umat yang pernah berbuat onar jahat di atas muka bumi, di lautan, bahkan di angkasa raya.

Mengapa dua pertiga al-Quran mengandungi ceritera dan mengapa Allah secara khusus menyuruh hamba-Nya berjalan? Insya-Allah, ia justeru kerana sejarah bakal berulang, seperti mana kata-kata Abdullah bin Mas'ud di atas.

Berjalan atau mengembara atau membaca catatan sejarah bererti membaca masa lalu untuk memahami masa sekarang dan mentafsir masa hadapan. Walaupun masa depan masih tetap dalam ilmu Allah yang Maha Agung, namun dengan izin-Nya juga kita dapat belajar sesuatu.

Sungguh alam tidak tempang, justeru alam juga makhluk Allah yang sentiasa dan tetap kekal benar dalam tindakannya. Hanya kita - jin dan manusia serta makhluk lain - yang selalu berlaku tidak adil terhadap amanah yang diberikan oleh Allah. Justeru alam buana ini hanya menurut titah perintah Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Membalas.

Dalam menulis novel sejarah ini, saya merujuk kepada tiga sumber utama:

(1) Sastera/prosa bahari, catatan atau lagenda orang terdahulu;

(2) Taurat dan Bible yang sudah diubah, dan akhirnya dibetulkan dengan sumber paling ampuh;

(3) Kitab al-Quran.

Dalam sebuah buku, dicatatkan bahawa:

"Para sejarawan membahagi catatan sejarah kepada dua kategori utama. Pertamanya sejarah khusus yang menurut kebiasaannya sesuai dengan hasrat penulis atau senario penguasa di suatu ketika, atau boleh juga disebut sebagai pandangan etnosentris setempat."

NAKHODA AGUNGWhere stories live. Discover now