Sabtu
Aku sudah bangun lebih awal daripada rakan-rakanku, takut akan ada peperangan hidup atau mati.
Aku membangunkan rakan-rakanku setelah habis mandi. Nasib baik ada air panas.
"Saudari semua, sila bangun!"Kataku sambil menepuk bahu El dan Azleen.
Main kompang jap.
"Abang ni kacau la. Alin nak tidur pon tak senang..."Kata Azleen sebelum membelakangiku.
Ooo, korang taknak bangun eh?
Aku memilih telinga kanan Azleen sebelum aku membuat suaraku menjadi garau.
"MA RABBU KA?!"Tanyaku.
"ALLAHU RABBI!"Jerit Azleen, membangunkan rakanku yang lain.
"Thanks Az sebab bangunkan yang lain. Dah gi mandi, bau cam ayam mentah"Kataku sambil menutup hidungku.
"Sekejap la, ngantuk ni...."Kata El, masih lagi dalam keadaan mamai.
"Dey, nanti ada doktor lelaki nak masuk. Nampak je muka korang macam ni, nauzubillah"Mata Azleen membulat sebelum dia terus terjah masuk ke dalam bilik air.
"Weh Alin! Bagi la aku mandi dulu. Kau mandi dah la lambat, macam kura²!"Kata Ameira.
"Sape suruh lambat pick up!"Jerit Azleen dari dalam tandas.
"Nenek aku yang suruh! Aku tau kau mandi setengah jam, kaki ni atas dahi kau!"Kata Ameira manakala aku hanya menggelengkan kepala sahaja melihat karenah mereka.
Skip
Semua sudah siap mandi dalam masa yang singkat sahaja. Bilik juga telah dikemas dengan cantik.
Tiba-tiba pintu diketuk daripada luar.
"Boleh saya masuk?"Suara yang kami kenal kedengaran dari luar bilik.
"Boleh"Kata El.
Doktor tersebut membuka pintu sebelum tersenyum ke arah kami berlima.
"Assalamualaikum"Kami menjawab salam.
"Cemana Tyra, sihat?"Tanya Izran dengan fail yang sudah siap berada di tangannya.
"Alhamdulillah sihat walafiat lagi"Kataku.
Izran menulis sesuatu di dalam fail yang dipegangnya.
"Masih sakit lagi bahu tu?"Tanya Izran sambil memandangku.
"Not at all, maybe ada rasa lenguh sikit sebab tak banyak gerakkan bahu kanan"Terangku.
"Okey kau dah boleh balik. Aku akan bagi ubat untuk kau, mana la tau kalau² kau terasa sakit secara mengejut ke"Kata Izran sebelum menghulurkan sepaket ubat kepadaku.
Aku menerima hulurannya.
"Thanks"Izran hanya menganggukkan kepalanya lalu beredar keluar.
"Sebab kau dah boleh keluar, jom gi KLCC"Ajak Azleen.
"Okey je. Lagipon kita kan 'cuti' jaga anak dara ni"Kata Moon sambil memegang bahu kiriku.
"Excuse me? Aku yang jaga korang. Asyik bising je ,dah la berdengkur sana situ sini"Mereka hanya menayangkan gigi mereka yang putih bak kereta yang baru sahaja dilicinkan.
Skip
Kami akhirnya sampai di KLCC. Kelihatan ramai manusia yang berada di sana.
"So many humans"Kata Moon.
"Jom gi makan dulu, aku dah lapar"Kata Azleen sebelum dia membawa kami ke suatu tempat yang agak cantik dan unik.
"Nice place. Cemana kau tau tempat ni?"Tanya El.
"Abang aku yang bawak sini. Sedap giler makanan dia"Kata Azleen setelah melabuhkan punggungnya di bangku yang disediakan.
Seorang pelayan wanita datang ke arah kami.
"Eh Alin, nak makan macam biasa ke?"Tanya wanita tersebut.
"Macam biasa la Hana, tapi buat untuk kawan² aku sekali"Kata Azleen.
"Tunggu sat na"Kata wanita yang dipanggil Hana sebelum dia beredar ke arah dapur.
Setelah kami tunggu dalam beberapa minit, Hana meletakkan air teh limau yang berada di dalam gelas dan nasi kosong serta tomyam yang sedang dimasak.
"Nampak sedap~"Kami menganggukkan kepala tanda setuju dengan kenyataan Ameira.
"Yang makanan mentah letak tepi. Yang sosej ke apa masukkan dalam tomyam"Kami hanya akur sahaja dengan arahan Azleen sebelum menutup periuk.
"Then kita tunggu dalam 5 minit macam tu"Kami menganggukkan kepala sahaja sebelum ralit bermain dengan telefon pintar.
Setelah selesai dimasak, kami memasukkan makanan mentah pula lalu makan makanan yang telah dimasak.
"Sedapnya~"Kata Ameira.
"Oishi (tasty)~Pandai abang kau cari tempat makanan yang sedap"Kata El.
"Abang aku pandai dalam mencari je, kalau bab pelajaran so-so jelah"Kata Azleen.
"Nanti kita gi Popular jap, boleh?"Tanyaku.
"Let me guees, kau nak beli komik?"Tanya Azleen.
"Bingo! Kau memang pandai"Kataku sambil menepuk belakang Azleen.
"Memang la aku tahu. Dah kau kawan aku sejak dari kecik, memang layan je dengan perangai kau"Kata Azleen sebelum sambung makan. Setelah selesai, kami ke arah Popular Book.
Setelah kami membeli komik, kami mencari baju. Bukan sebarang baju, ianya gaun yang labuh.
"Kenapa kita kena cari dress labuh?"Tanya El pelik.
"Bukan kau tak suka pakai kain ke?"Tanya Moon pula.
"Ahad ni Irf ajak aku gi mana tah"Mereka tersengih.
"Date la ni"Tanya Ameira sinis.
"Nak aku jerit kau suka Syaraf?"Tanyaku tetapi apa yang aku dapat merupakan pukulan maut daripada Ameira.
"Kan dah dapat sebijik. Biar dosa kau semua aku keluarkan"Kata Ameira manakala aku hanya memuncungkan bibir sahaja.
"Dah tepi giler, aku nak cari dress ni"Kataku sebelum sambung mencari gaun walaupun masih sakit lagi dengan pukulan yang dihadiahkan oleh Ameira.
Aku teringat akan sesuatu.
"Wait, aku rasa dress aku dah beli dengan mamat tu"Mereka memandangku.
"Since when?"Tanya Moon.
"Sebelum aku masuk hospital"Kataku.
"Ooo, senyap² eh kau gi dengan Irf"Aku menjeling Azleen.
"Takpe la, aku beli baju lain la"Kataku sebelum mengambil pakaian rajut berwarna putih krim dan ke arah kaunter pembayaran.
Skip
Setelah selesai, kami balik ke rumah masing-masing. Azleen menghantarku balik ke rumah.
"Thanks hantar aku. Nanti aku belanja kau aiskrim magnum"Kataku sambil tersengih.
"Tau² je apa yang aku nak. Bye-bye~"Kata Azleen sebelum beredar pergi.
Aku terus masuk ke dalam rumah dengan semua barang yang telah ku beli
Sila vote, comment and follow. See ya'
YOU ARE READING
Ketua Pengawas
RandomTengku Athirah Qistina Binti Tengku Syahrul Nizam *Panjagn bebenor nama* Athirah kehilangan ibu bapanya ketika dia hanya berumur 5 tahun. Abang-abangnya baru sahaja balik daripada London, jadi mereka berpindah ke Perak. Athirah masuk ke sekolah SMK...