Part 5

14.5K 855 35
                                    

Aku memakai shawl berwarna pale pink, hoodie berwarna royal blue serta seluar sukan Adidas. Aku turun ke bawah dengan pantas.

"Qis nak ke mana tu?"Tanya Syahir yang memasak telur.

"Jumpa kawan kejap, nanti aku balik"Kataku.

"Okay, jangan lama²"Aku menganggukkan kepalaku lalu beredar dengan buku latihan berada di dalam beg galasku.

Sampai sahaja di taman, aku ternampak Irfan sedang makan KFC dengan berseleranya dan di hadapannya terdapat Zinger burger.

"Sape lagi yang datang?"Tanyaku setelah sampai di hadapnnya.

"Kau dengan aku je la"Kata Irfan setelah menghabiskan makanannya.

"Pastu sape punya Zinger burger ni?"Tanyaku sambil menunjukkan burger tersebut.

"Kau punya la pendek, sape lagi?"Mataku bersinar. Aku dah tak kisah die nak panggil aku pendek pon, aku tengah lapar.

"Thanks Irf!"Kataku gembira lalu terus duduk di hadapan Irfan dan mula makan setelah habis membaca doa makan.

"Irf?"Kening Irfan terangkat.

"Nickname kau la, means aku tak benci kau but aku juga tak suka kau"Terangku.

Irfan terdiam sebelum tersenyum kecil.

"Tak macam perempuan aku tengok kau ni, makan pon comot"Kata Irfan menukar topik sambil tergelak kecil manakala aku hanya membuat bodoh sahaja.

Setelah habis makan, aku mula membuat latihan matematik kerana bagiku matematik merupakan subjek yang paling susah. Irfan merenungku sahaja menyebabkan aku berasa tidak senang duduk.

"Kau nak kena pijak dengan aku ke? Tenung tu macam tak pernah nampak perempuan"Kataku sambil menjeling Irfan.

"Need help?"Aku menggelengkan kepalaku.

Irfan mengeluh lalu merampas buku latihanku.

"Ey mamat cekodok ni, bagi balik!"Marahku, cuba merampas buku tersebut daripada Irfan.

"Just let me help you, will ya?"Irfan masih lagi mengangkat buku latihanku tinggi ke langit.

"Eeee, nak tunjuk cool pon macam natey beruk aku tengok"Kataku sambil tergelak.

"Kau lak, gorilla versi pendek"Kata Irfan sinis.

Aku mengeluh dan hanya membiarkan sahaja Irfan mengajarku.

Beberapa minit pun telah berlalu. Aku melihat jam di pergelangan tangan kiriku.

"Eh aku dah nak kena balik, dah kul empat sepuluh kot"Kataku sambil mengemas barangan milikku.

"Biar aku hantar kau balik"Ajak Irfan sambil memperbetulkan rambutnya yang sedikit kusut kerana angin yang bertiup sedikit kuat sebentar tadi. Nasib la tak terbang buku aku. Nanti aku nak jawab ape kat cikgu? Buku terbang tinggalkan tuan die sebab jawapan yang tuan die tulis tak cerdik?

"Bukan rumah kau jauh ke?"Tanyaku pelik manakala Irfan tergelak kecil.

Dah buang tabiat ke ape mamat ni?

"Serious ah kau tak sedar lagi?"Tanya Irfan sambil memandangku.

"Tahu ape kalau kau gelak pon macam cippanzi"Kataku bosan.

"Kita jiran la sengal"Kata Irfan sambil mengetuk kepalaku menggunakan botol air miliknya.

"Adui!"Aku menjeling Irfan yang tergelak lalu aku memukul perut Irfan menggunakan begku yang mengandungi buku latihan setebal buku kamus dewan.

Irfan menjerit kecil sambil memegang perutnya yang senak. Aku apa lagi, terus pecut macam Usain Bolt.

"Siap kau!"Jerit Irfan daripada belakangku manakala aku tergelak.

Aku selamat mengunci pintu rumahku setelah aku sampai di rumah. Syahir datang ke arahku dengan mukanya yang menunjukkan bahawa dia pelik melihat kelakuanku dan agak risau.

"Qis dah kenapa lari macam baru kena kejar dengan hantu?"Tanya Syahir pelik.

"Memang kena kejar dengan hantu pon, hantu galah"Kataku, sedikit tercungap-cungap kerana penat berlari.

"Dah², gi makan. Nanti sejuk pulak makanan yang abang masak"Arah Syahir.

"Ye la abang kesayanganku yang terlalu protective dan giler"Kataku sebelum beredar ke dapur.

Di atas meja makan, terdapat stu ayam, ikan goreng serta telur sambal.

"Smells good"Kataku setelah melabuhkan punggung di hadapan Syahir.

"Mesti la sedap, abang yang masak"Kata Syahir sambil mencedok nasi putih ke dalam pingganku manakala aku tersengih.

Syaqir yang baru sahaja turun terus melabuhkan punggungnya di sebelah Syahir.

"Qis tak tunggu abang pon..."Kata Syaqir sambil memuncungkan bibirnya.

"Ala kau ni, suka sangat buat muka buruk kau tu. Jom ah makan"Kataku sambil tergelak kecil. Syaqir terus mencedok nasi.

Selepas habis sahaja makan, aku masuk ke dalam bilik dan ke arah balkoni. Aku duduk di kerusi yang telah disediakan lalu mengambil gitar. Hanya untuk pengetahuan, aku pakai hoodie ye untuk menutup auratku. Aku mula memetik gitar memainkan lagu Ruang Rindu.

*Boleh mainkan lagu di atas jika mahu tahu lagu yang macam mana*

Habis sahaja aku bermain dengan gitarku, kedengaran seseorang menepuk tangan. Aku memandang belakang dan terlihat Irfan di balkoninya.

"Nice song"Irfan tersenyum manis ke arahku. Aku dengan cepat terus masuk ke dalam bilikku semula dengan perasaan malu. Aku menutup pintu balkoni dan menarik langsir dengan pantas.

"Buat2 tak ingat je Tyra, jangan ingat"Bisikku sendirian sebelum masuk ke dalam bilik air.

Setelah mencuci muka dan gigi, aku menutup lampu bilik sebelum tidur untuk cuba melupakan situasi sebentar tadi.

Irfan Pov

Bilik Athirah sudah kehilangan cahaya, bermakna dia sudah masuk tidur.

"Cute"Itu sahaja yang boleh aku ungkapkan. Aku masuk ke dalam bilik semula setelah mengunci bilik balkoni lalu tidur sambil tersenyum.




Please vote, comment and follow. See ya'

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now