Part 44

7.6K 483 5
                                    

Selasa

Aku sudah sampai di pejabat bersama Fariel. Kami terus membuat kerja kami setelah kami duduk di tempat kami.

Setelah beberapa minit, akhirnya siap juga fail yang aku perlu hantar kepada Irfan. Aku ke arah pejabatnya sebelum masuk ke dalam lalu aku meletakkan fail di atas meja dan meletakkan nota kecil di atas fail tersebut.

Ni fail yang kau mintak. Aku terpaksa datang awal tau tak sebab nak buat benda alah ni -_-Jangan nak jadi picky sangat

- Tyra -

Aku duduk semula di tempatku sambil bermain dengan telefon pintarku. Bukan main, tetapi aku menghantar mesej di dalam Whatsapp.

WOLF💜🐺

Am, nnti kitorg dtg
restorn kau lgi tau?

Ambrella☂️
Korg ade dtg ke?
Aq tk prsn pon

Zirafah☕
Mmg la kau tk thu,
kau kn msk. Aq tau
pon sbb Tyra yg call

Ambrella☂️
Korg nk dtg
kul brpe?

Kul 1 lbih cmtu.
K la, aq nk chau lu.
Adios

Aku meninggalkan El dan Ameira yang masih lagi berbual di dalam Whatsapp. Aku membuka komputer sebelum meneliti kesemua fail sambil melayani lagu.

Secara misterinya, seseorang menepuk belakangku secara mengejut. Apa yang aku buat, aku memukul manusia tersebut menggunakan kertas yang bertimbun yang berada di atas mejaku.

"Woi, kau gile ke?!"Eh, alien rupanya.

"Aku ingatkan hantu mana la yang main sentuh aku ni. Bila kau datang?"Tanyaku.

"Baru je tadi, sape suruh dengar lagu kuat² sampai tak dengar bunyi tapak kaki aku. Irf jalan dekat sebelah kau pon kau tak perasan, dia siap tenung kau lama² lagi"Terang Azleen sambil menggelengkan kepalanya.

"Oh yeke? Aku tak perasan lak"Kataku sambil tersengih.

"Nokharom tul. Dah bagi balik kertas kerja aku tu, rosak nanti boleh mampos aku dikerjakan dengan si Irf"Azleen merampas kertas yang berada di tanganku manakala aku hanya menayangkan sengihan sahaja.

Aku meneliti CCTV dari dalam komputer, aku malas mahu pergi ke bilik pengawal.

Meow~

Aku kaku sebelum perlahan-lahan memandang ke arah belakang. Kelihatan kucingku sudah ada di hadapan mataku, malah muka kucingku amat dekat dengan mukaku.

"Huee!"Aku terkejut sehingga aku terjatuh daripada kerusi. Rupanya Irfan yang mengangkat kucingku.

Azleen dan Fariel sudah bantai menggelakkanku. Aku terus berdiri sambil menahan muka dari memerah.

Malu dia sampai rasa nak flush muka tu kat dalam jamban.

"Terkejut aku. Kenapa Kembar ada kat sini?"Tanyaku.

"Oh, aku ambik kucing aku tadi and then kucing kau asyik ikut aku je. So aku bawak la dia sekali. Nah"Irfan menghulurkan Kembar kepadaku.

Aku meletakkan kucingku di atas meja.

"Ade bawak tali dia?"Tanyaku.

"Eh?"Irfan menyengetkan kepalanya. Aku menampar dahiku.

"Tali untuk dia punya tag"Kataku sebelum menunding jari ke arah leher kucingku yang terdapat kolar berwarna hitam.

"You mean this?"Irfan mengeluarkan tali hitam bersinar daripada poket seluarnya.

Aku mengambil tali tersebut daripadanya.

"Thanks. Fail yang kau nak ada dekat atas meja "Irfan menganggukkan kepalanya lalu beredar ke arah pejabatnya.

Aku hanya bermain sahaja dengan kucingku yang memang jenis aktif.

1.20 PM

"Weh jomlah. Dorang dah tunggu tu"Kata Azleen. Kami ke arah restoran Am'brella.

Masuk sahaja ke dalam restoran, kami dilayan dengan lebih baik dari sebelum ini. Kami duduk di meja panjang yang telah diletakkan kad VIP di atasnya.

"So aku, kau, Riel, Irf, El dengan Am. Sape lagi yang datang?"Tanyaku.

"Hottest guy yang selebihnya, Adam and Moon"Akumenganggukkan kepalaku.

"Cakap pasal dorang, tu ha. Panjang umur"Ameira melambaikan tangannya ke arah mereka yang baru sahaja sampai.

Mereka terus duduk bersama kami.

"No worries, Syaraf dah masak makanan yang paling mantap sekali so korang tak perlu order"Kami hanya akur.

"Ni dia, spagetti dengan sos buatan sendiri. Air pulak latte dan ice lemon tea. Kalau nak yang lain, mintak je"Kata Syaraf sinis setelah pekerja meletakkan makanan di atas meja yang kami duduki.

"Sos rahsia la ni?"Syaraf menganggukkan kepalanya.

Kami mengambil pinggan sebelum mengambil spagetti. Kami terus makan dengan berselera setelah habis membaca doa makan.

"Sedapnya kau punya sos"Kata El.

"Sos ni tak pedas sangat and tak manis sangat, balance la senang citer"Kata Izran.

"Mantop bossku~"Syaraf tersengih setelah dipuji oleh Kasyaf.

"Jangan tersengih lebar sangat, kau tau kan Am mostly yang potong"Kataku sinis.

"So?"Syaraf mengangkat kening sebelah, tidak faham apa yang dikatakanku.

"Nanti dia lancar pisau dalam kerongkong tu, dah boleh dah kau sebut dua kalimah syahadah"Syaraf memegang lehernya manakala kami tergelak kecil.

"Tulah, bangga diri tu macam kau sorang je yang masak"Ameira menjeling Syaraf yang tersengih.

"Alolo, baby I marah ke?"Ameira membuat muka jijik.

"Bro, kau nak kena baling dengan kerusi ke? Aku pon dah lama sabar dengan kau, dari waktu sekolah menengah lagi ni"Kata El, sudah memegang kerusi miliknya.

"While you guys fighting, kitorang gerak dulu"Kata Irfan, sudah berdiri daripada tempat duduknya.

"Cepat betul kau makan"Adam memandang Irfan.

"Aku lapo"Kami tergelak kecil.

"Am, rakam sekali tau kalau² El baling kerusi dekat Syaraf"Kata Azleen.

"Siap bos!"Ameira tersengih manakala aku hanya menggelengkan kepala sahaja.

Kami berempat terus beredar ke arah pejabat semula.



Sila vote, comment and follow. See ya'

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now