Part 49

6.6K 362 11
                                    

Ahad

Aku bangun daripada perbaringanku. Aku membuka telefon pintar milikku dan kelihatan sudah pukul 6.00 pagi. Aku terus berdiri lalu masuk ke dalam bilik mandi.

Setelah habis mandi, aku ke arah Irfan yang masih lagi lena tidur di atas katil.

"Rif....Rif...bangun. Solat subuh"Aku menepuk bahunya dengan lembut. Irfan membuka matanya sebelum mengelipkan mata untuk menghilangkan rasa mengantuk yang menguasai dirinya.

"Dah pukul berapa?"Tanya Irfan dengan suaranya yang serak.

"Pukul enam"Irfan berdiri lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk mengambil air wuduk.

Skip

Setelah selesai solat subuh berjemaah, aku turun ke bawah dengan tudung sudah siap dipakai. Terlihat Izran dan Irdam sedang menonton televisyen manakala Ira sudah bersiap untuk keluar pergi ke sekolah.

"Eh Ira, kenapa awal sangat nak pergi ni? Makan pon tak lagi. Jom tolong akak masak nasi goreng"Ira pantas sahaja mengikutiku yang sudah mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak.

"Eh dia ni, kalau dengar je nasi goreng mesti laju"Aku menggelengkan kepalaku.

"Eh mesti, nak gak rasa dari air tangan akak"Kata Ira sambil tersengih. Kami terus memulakan misi untuk memasak.

Irfan turun dengan berpakaian pejabatnya.

"Saya ingatkan awak cuti?"Tanyaku sambil mengangkat kening sebelah.

"Saya ada appointment, awak kalau boring boleh main dengan Ikki"Aku hanya akur.

Buat pengetahuan semua pembaca, Ikki tu anak kucing yang dia bela.

"Taknak makan dulu ke?"Tanyaku.

"Takpelah, saya bawak bekal je"Aku menganggukkan kepalaku sebelum masuk ke dalam dapur untuk memasukkan nasi ke dalam bekal berbentuk segi empat.

Aku menghulurkan bekal kepadanya sebelum menyalami tangan Irfan dan dia mengucup dahiku lalu beredar.

"So~ Korang dah buat projek ke?"Aku dengan spontan terus memukul bahu Ira.

"You want more?"Ira menggelengkan kepalanya dengan laju.

"Ira ni pon, akak mana la bersedia lagi nak buat"Kataku dengan muka sedikit merah menahan malu.

"Okay then~ Ira pergi dulu"Aku menganggukkan kepalaku. Mereka bertiga terus beredar untuk pergi ke tempat kerja dan sekolah kecuali aku.

Aku terbaring di atas sofa.

"What should I do?"Omelku perlahan.

Tiba-tiba Ikki melompat ke atasku menyebabkan aku hampir mencarut. Senak oii dia pijak.

"Ya Allah Ikki, nasib la kau ni comel. Kalau tak dah lama aku baling kau macam anak patung"Kataku dengan nada bergurau.

Oleh kerana aku bosan sangat, aku terfikir untuk membuka klinik. Aku membuka mesej.

Mr.Husband💞

Jangan tanya aku, dia yang mintak tukar.

Assalamualaikum Rif,
sye nk gi klinik
haiwan tau?
Boring la
ddk dkt rmh

Waalaikumussalam.
Sure tpi jgn balik
lewat tau?

Okey

Aku terus mendaki tangga  untuk menukar pakaian.

Aku memakai hitam berlengan pendek, kardigan berwarna hitam, skirt labuh berwarna tan dan kasut Adidas berwarna putih dan emas. Dah jadi isteri orang, pakaian kena la nampak keperempuanan sikit. 

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now