Part 1

35.6K 1.1K 65
                                    

"Qis,sarapan!"Kedengaran suara abang pertamaku, Syahir.

Hey, nama aku Athirah Qistina sepertimana di description telah terangkan. Aku berumur 16 tahun dan akan masuk ke sekolah baru kerana abang pertamaku telah dinaikkan pangkat. Ibu bapaku sudah tiada kerana kemalangan.

"Coming!"Aku turun ke dapur dengan tergesa-gesa.

"Morning Add"Kataku sambil menghadiahkan senyuman kepada Syahir.

Abang pertamaku bernama Syahir Addrian manakala abang keduaku bernama Syaqir Idham. Okay back to story.

"Qis, nanti abang hantar ke sekolah naik kereta kay?"Kata Syaqir yang duduk di atas sofa sambil melihat telefon pintarnya.

"And this is why I love you"Kataku sinis.

"Abang tak sayang?"Tanya Syahir sambil memuncungkan bibirnya, buat-buat merajuk.

Aku tergelak kecil melihat gelagat Syahir yang seperti budak kecil.

"Mesti la aku sayang abang2 aku~"Kataku sebelum memeluk Syahir. Kepala pun hanya sampai di dada sahaja, ciss.

"Dah jom gerak, nanti lambat pulak"Kata Syaqir sebelum ke arah pintu rumah.

"Bye Add"Aku menyalam tangan Syahir sebelum keluar daripada rumah. Kai terus beredar setelah aku masuk ke dalam kereta milik Syaqir.

Sampai sahaja di sekolah, aku menyalam tangan Syaqir.

"Qis terpaksa balik jalan kaki tau sebab abang ade kerja yang nak kena settle"Kata Syaqir, rasa bersalah kerana tidak dapat mengambilku daripada sekolah.

"Orait bos!"Aku tabik seperti tentera sambil tersengih sebelum keluar daripada kereta milik Syaqir. Setelah kereta Syaqir tidak kelihatan lagi, aku masuk ke dalam sekolah dan melihat persekitaran sekolah terlebih dahulu.

Tiba-tiba seorang senior melanggarku. Cemana aku tau dia senior?Sebab dia tu tinggi memang tak boleh bawak bincang.

"Wah saudara, jalan tak tengok depan ke?"Tanyaku sambil tersenyum, tersenyum tu sebenarnya tahan marah aje.

"Adik yang pendek, sape yang tengok depan?Adik ke abang?"Tanya lelaki tersebut, tanpa senyuman menghiasi mukanya.

Dehekk?!Pantang mak datuk aku betul bile orang cakap pasal ketinggian aku ni. Dahlah panggil diri sendiri abang, geli-geliman aje aku.

"Suka-suki kau aje panggil aku pendek, kau tu yang tinggi macam galah!"Kataku sambil menunding jari ke arah lelaki tersebut dan menjelingnya. Dia agak tergamam, mungkin sebab aku berani marah dia.

"Daripada aku gaduh dengan kau yang memang otak skru longgar tu, baik aku cari pejabat. Huh!"Kataku lalu beredar ke arah pejabat.

"Tak guna punya galah, main langgar aku je. Kalau bukan sebab ni first day aku, dah lama aku sepak muka cerpelai die tu"Omelku sendirian sambil memperbetulkan tudungku yang sudah senget sedikit. Ni sebab marah la ni!

Aku masuk ke dalam pejabat dan menanyakan tentang kelasku kepada pekerja tersebut. Dia mencari guru yang bertugas.

"Kamu Athirah Qistina, betul?"Tanya seorang guru lelaki yang baru sahaja muncul. Aku melihat tanda namanya dan tertulis nama 'Khai'.

Aku menganggukkan kepalaku.

"Saya guru kelas kamu. Mari saya tunjukkan kelas"Aku hanya menurut sahaja. Kami terus beredar daripada bilik pejabat.

Sampai sahaja di hadapan kelas, cikgu masuk ke dalam kelas terlebih dahulu manakala aku hanya berdiri di luar sahaja.

"Assalamualaikum cikgu"Suara ketua kelas kedengaran diikuti semua pelajar kelas tersebut.

"Waalaikumussalam. Hari ni kita akan ade rakan baru jadi cikgu nak kamu jaga adab kamu. Sila masuk"Aku masuk ke dalam kelas dan berdiri di sebelah cikgu Khai.

"Sila perkenalkan diri kamu"Aku menganggukkan kepalaku sebelum memandang semua murid yang juga memandangku.

"Assalamualaikum, nama aku Tengku Athirah Qistina Binti Tengku Syahrul Nizam tapi korang boleh panggil aku Athirah. Aku dari Penang"Kataku ringkas walaupun namaku panjang. Mahu terbelit lidah cikgu kalau nak sebut nama aku.

"Baiklah Athirah, kamu boleh duduk belakang El. Airil, tolong jaga kelas sebab saya ade meeting sekejap"Airil angguk tanda faham setelah aku melabuhkan punggung di tempat duduk bahagian belakang sekali.

Cikgu keluar daripada kelas dan kelas terus bising termasuk Airil iaitu ketua kelas sendiri. Ape la nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang. Tapi bila difikirkan balik, aku pun budak zaman sekarang.

"Hey Tyra, nama aku El Sakamaki mix Malay and Japan"Kata El setelah memusingkan badannya menghadapku.

Muka putih susu, mata yang sedikit bulat, tinggi serta keningnya yang cantik. Uish memang betul-betul Jepun budak depan aku ni. Nasib bukan lelaki, nanti tergoda pulak.

"Hai"Kataku setelah berjabat tangan bersama El.

"Uit, kalau ye pon nak berkenalan dengan budak baru tunggu la aku siapkan kerja sekolah"Tegur seorang pelajar perempuan yang duduk di sebelah El.

"Sibuk je kau ni. Ha ni Ameira, kawan aku sejak tadika"Aku berjabat tangan dengan Ameira pula.

Putih tapi tak seputih El, hidungnya kecil, tinggi-tinggi aku sahaja dan dari muka aku boleh tahu bahawa dia pandai matematik tambahan. Nice, akhirnya ada tutor tak bergaji aku.

"You can just call me Am"Kata Ameira sinis manakala aku hanya akur.

"Oh ya, nak tanya je but kau minat anime?"Mataku terus bersinar setelah mendengar perkataan 'anime'.

"Akhirnya ade jugak kawan yang minat anime sama macam aku"Kataku sambil melepaskan nafas lega manakala El serta Ameira tergelak kecil. Sape je tak gembira? Sekolah lama aku tu dah la takde sekor manusia pon yang minat anime. Dorang cuma cakap 'Anime is trash' je. Mahu kena makan kasut dengan aku.

Aku teringat akan sesuatu.

"Eh aku nak tanya, korang kenal tak senior yang tinggi macam galah and pakai baju biru?"Tanyaku.

"Oh you mean Irfan? Memang kenal je sebab die popular kat sekolah ni"Kata Ameira bosan. Mungkin dia tidak berminat dengan lelaki tersebut.

"Muka garang die tu boleh kalah singa"Kata El pula.

"Tapi asal kau tanya?"Tanya Ameira pelik sambil memandangku.

"Kau cinta pandang pertama kat die ke?"Aku membuat muka jijik manakala El tergelak melihat mukaku.

"Takde maknanya aku nak minat mamat tu. Tapi aku tanya sebab masa aku cari pejabat, die langgar aku dengan takde minta maafnya. Aku boleh bersabar lagi waktu tu tapi bile die panggil aku pendek, memang gi mampos segala kesabaran aku tu. Marah jugak la aku kat die, then aku blah"Terangku.

"Aku rasa better kau jangan cari nahas dengan dia"Aku memandang El.

"Asal?"Tanyaku sambil mengangkat kening sebelah.

"Dia tu ketua pengawas dekat sekolah ni and memang terkenal la dengan semua cikgu. Garang pon garang jugak"Terang El.

"Oi oi, cikgu dah masuk tu"Kami berhenti berbual dan sambung belajar.

Setelah beberapa minit, akhirnya masa rehat yang dinanti-nantikan.

"Uit, kau taknak rehat ke?"Tegur Ameira kepadaku.

"Jap jap, lagi sikit je"Kataku sambil menulis beberapa lagi ayat sebelum menutup buku dan berdiri daripada tempat dudukku.

"Orait let's go. Let us show you the canteen"Kata Ameira sambil tunduk 90 darjah dengan tangan kanannya di perut seperti menunduk hormat kepada raja.

"Thank you very much, my loyal friend"Aku berkata dengan kepala didongakkan sedikit, untuk menunjukkan aku angkuh.

Kami terdiam sebelum ketawa kecil melihat perangai kami. Alhamdulillah aku dapat member kelas yang perangai gila-gila macam aku.



Assalamualaikum semua! So this is my first book so mintak maaf sangat kalau ade ape² kesalahan tatabahasa atau ejaan. Hope you guys like this story. Please vote,comment and follow. See ya'

Ketua PengawasWhere stories live. Discover now