Bab 1

159 4 2
                                    

Lagu yang sama kembali dimainkan berulang kali. Berkali kali. Malah, mungkin beratus-ratus kali. Dia masih belum menemui titik jemu. Sometimes, a song can say exactly feelings. Sebuah lagu yang boleh membawa kembali berjuta-juta memori

Pabila jendela terbuka
Terbongkar segala rahsia
Betapa indah semua
Kewujudan yang tercipta
Senyummu Dewi Aleeya
Indah nan mempesona
Sanggup kutelan selaut bara

Ku tak menghiraukan
Apa tohmahan terhadap dirinya
Ku yakin percaya
Kerana ku tahu kau Dewi hatiku
Kau Dewi Aleeya
Tiada duanya
Hanya kau yang satu
Kau Dewi Aleeya
Dambakan selalu
Penyeri di istanaku

Sebaris nama itu menjalar di ruang hati. Dewi Aleeya!

Matanya dipejamkan rapat. Kepalanya disandarkan pada rak buku. Seperti biasa dia duduk di tempat kesukaannya di dalam perpustakaan  itu. Jauh dari riuh-rendah dunia. Berada di pelosok tempat yang hanya ada dia dan sepi.

Surat yang dihantar langsung tidak pernah dibalas. Namun, Amril tidak kenal erti jemu. Dikarang lagi berkarung surat untuk Dewi, si pujaan hati. Penanya mula menarikan tinta lagi. Diaraut wajahnya berulang kali. Mengapakah antara dia dan Dewi perlu ada kesudahan yang sebegini rupa ?

"Saya tak boleh terima awak, Ril. Saya tak layak." Air mata merayap di ruang pipi Dewi.

Percayalah, ingin sahaja dipeluk dan dipujuk tangisan Dewi itu. Tetapi, ada garisan diantara mereka . Ada batas diantara mereka.

"Awak tak perlukan kelayakan untuk menghuni hati saya, Dewi. Kahwin dengan saya, Dewi. Apa sahaja tohmahan kita redah bersama. Awak ada saya dan saya ada awak. Enough!"

Dewi menangis dan menggeleng lagi. "Tapi antara awak dan saya... ada dia."

Amril menguak rambutnya kasar. "Saya janji, Dewi. Saya akan jaga dia macam mana saya sayangkan awak!" Tutur Amril penuh bersungguh

"Tak boleh, Amril. Saya tak boleh terima awak. Lagipun mak awak takkan benarkan kita bersama. Saya tak boleh hidup dalam kebencian. Tak boleh!"

"Habistu awak macam mana? Saya macam mana? Kita?"

Nampak Dewi seakan akan cuba menarik nafas dalam dalam. "Antara awak dan saya, dah tak wujud kita"

Air muka Amril berubah. Dia tidak mampu menerima hakikat yang satu itu.

"Tapi dulu awak pernah berjanji. Awak janji nak berada disisi saya dalam apa jua keadaan. Awak dah janji, Dewi!" Suara Amril meninggi. Hilang daya untuk bersabar apabila Dewi semakin berkeras.

"Ril, syurga seorang lelaki itu berada dibawah reda ibunya. Saya tak mahu mengheret awak ke neraka dengan menjadikan cinta sebagai tiketnya. Biarlah kita terpisah. Apalah sangat kasih sayang antara kita berdua kalau hendak dibandingkan dengan cinta ibubapa kita. Apalah sangat." Dewi sudah nampak betenang.

Cuma dia yang masih gagal menerima letak duduk hakikat sebenar. Hati lelakinya rapuh. Tidak berdaya langsung! Sepatutnya dia malu kepada Tuhan. Malu kepada Dewi

"Dewi... when you're gone, nothing feels right."
Santunnya budi.
Sopannya tutur kata.
Senyum yang indah.
Tidak mampu diterokai oleh sesiapa pun.

Sekeping gambar Dewi Aleeya yang sedang tersenyum itu ditatap penuh minat. Dialah pemangkin kejayaannya hari ini. Kasihnya kepada Dewi aleeya tidak mampu digugat oleh sesiapa pun. Tetapi takdir membawa mereka jauh..jauh yang tidak termampu digapai oleh dayanya lagi.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Hari ini posmen datang lagi. Dewi sudah menanti di ambang pintu. Sudah diketahui surat itu dari siapa.
Sepucuk surat itu dipandang dengan genangan air mata kemudian surat tersebut diletakkan di dalam sebuah kotak yang sudah tersedia di atas almari usang. Dia langsung tidak punya kudrat untuk membukanya. Dia tidak berdaya untuk meneroka isi tersurat dan tersirat. Bimbang hatinya akan tersiat sendiri. Biarlah ...

"Ril.. saya dah terima hakikat kisah penghujung kisah kita. Saya harap awak pun sama. Belajar rajin-rajin,ya." Tutur Dewi sedikit berbisik.

Dia sedar yang tangisan hanya akan membuatkan hati dan jiwa ini penat. Jadi, biarlah dia tersenyum. Terima apa sahaja jalan yang Tuhan dah bentangkan untuknya.

Jam yang tergantung di dinding rumah yang uzur itu dipandang sebentar. Sudah melewati pukul 10:00 pagi. Perlahan lahan dia membawa langkah ke bilik ibunya. Bilik yang menempatkan ibunya yang terbaring lemah akibat serangan strok.

"Umi... jom kita mandi."

Semenjak dua menjak ini, kudratnya semakin menipis. Dia tidak mampu mengangkat tubuh tua si ibu lagi. Tapi kalau bukan dia, siapa lagi yang akan menjaga ibunya.

"Kalau ayah dah takde nanti. Dewi dan abang jaga ibu,ya" pesan arwah ayahnya suatu ketika dahulu.

Sudah lebih 2 tahun ayahnya pergi. Siapa sangka selepas pemergian ayahnya, dia perlu menanggung semua ini sendiri. Mengenangkan abangnya, lagilah layu perasaannya. Memandang ibu, terus luluh jiwanya. Lerai sudah kepingan semangatnya.

Biarlah.. tuhan tahu apa yang perlu dipikul oleh tiap tiap hamba-Nya. Kenapa kita perlu berprasangka pada Tuhan pula.

Tuhan memberi, dia menerima. Lagipun ujian itu seperti ubat. Pahit tetapi menyembuhkan. Sama juga dengan ujian. Mungkin pedih, tetapi itulah jalan untuk menyembuhkan iman.

Bukan Cinta SecondhandWhere stories live. Discover now