Mina memusingkan pen hitamnya sambil merenung kalendar yang ada pada atas meja belajar. Gayanya seperti memikirkan sesuatu.
Kemudian, dia mengeluh perlahan. Tarikh yang bertulis 02/03 itu dipangkah.
"Bila kau nak balik, Park Jimin? Aku rindu kau..."
'Jimin...'
Mina memanggil kawan baiknya dengan sayu.
'Kenapa? Kau ok ke tak ni?' Jimin memandang Mina dengan gelisah. Gadis yang berumur 10 tahun itu hanya menunduk memandang lantai sahaja.
'Tadi aq kena marah dengan cikgu. Sebab tak dapat nak jawab quiz lepastu markah periksa aq rendah.' Kata Mina dengan sedih..
Dia memang lemah dalam pelajaran. Apa saja pelajaran dia semua lemah. Yelah, dia dilahirkan di negara Japan. Jadi sudah tentu di belum fasih lagi dalam bidang bahasa Korea.
Jimin tersenyum nipis. Spec nya dibetulkan.
'Gwaenchana, petang ni kau datang rumah aku. Nanti aq ajar kau sampai kau pandai macam aku. Ok?'
Mina memandang Jimin dengan teruja.
'Jinjja?!'
Jimin mengangguk sambil tersenyum.
'Woahh! Gomawo Jimin! Kau lah kawan aku dunia akhirat!' Mina memeluk leher Jimin sambil terloncat-loncat dengan gembira. Lelaki itu hanya tersenyum sahaja.
Mina meletakkan kepalanya di atas meja.
"Aku rindu kau sangat², Jimin..."
✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘
'Mina! Mina!' Jimin menjerit nama Mina di koridor sekolah.
Gadis itu berpaling ke belakang. Kelihatan Jimin bersama spec bulatnya berlari mendapatnya dengan sepucuk surat. Muka dia kelihatan teruja sekali.
'Kenapa?' Soal Mina sebaik sahaja Jimin betul² berdiri di hadapannya. Budak lelaki itu tercungap² mencari nafas.
YOU ARE READING
Friend + Park Jimin
Fiksi PenggemarHanya disebabkan kepandaian yang kau ada. Kau lupa. Siapa kawan kau sendiri. { On-Going}