Frnd 5

274 23 0
                                        

Jimin merenung makanan di hadapannya dengan pandangan kosong. Dikuis² makanan itu menggunakan chopstick.

Taehyung yang berada di hadapannya mula berhenti makan.

"Kau kenapa? Risau exam nak dekat ke apa?"

Jimin mengeluh.

"Aq risaukan Mina lah."

"Buat apa kau nak risaukan dia?"

Jimin memandang Taehyung.

"Kau tak nampak ke? Sejak aku hina dia dengan teruk haritu. Dia terus rajin gila nak belajar. Semua soalan yang ssaem tanya, semua dia boleh jawab."

Taehyung tergelak sinis.

"Baguslah tu. Sekurang²nya dia nak buktikan dekat kau yang dia tu boleh jadi bijak. Bukannya bebal lagi." Taehyung mencapai chopstick lalu memakan semula.

"Masalahnya kalau dia lulus exam kali ni dia akan pindah dekat Jepun buat selama-lamanya. Kau faham tak?"

"Aku faham Jimin. Dah itu kehendak dia. Aku nak buat apa?"

Jimin mendengus kasar.

"Susahlah aku bercakap dengan orang bijak macam kau ni."

"Eleh. Cakap jelah yang kau taknak dia pindah Jepun sebab kau suka dia kan?"

Jimin memandang Taehyung dengan tajam.

"Mana kau tahu?"

"Well, aku kan bijak. Macam yang kau cakapkan tu." Taehyung tersenyum bangga.

Jimin hanya diam.

Sudah banyak kali dia menahan Mina di sekolah tetapi gadis itu tidak habis² mengelakkan dirinya. Di rumah pon sama, bila datang duduk terperap dalam bilik.

Nampak sangat yang Mina sudah mula bencikan dia sekarang...

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Mina..."

Mina yang sedang menonton televisyen mengalihkan pandangannya ke arah Pn. Myoui.

"Yer, omma?"

"Kamu masih lagi bergaduh dengan Jimin ke?"

Mina mengalihkan pandangannya.

"Mina yang tak nak layan dia. Biarlah dia omma. Dia dah ada kehidupan dia sendiri sekarang." balas Mina dengan selamba.

Padahal, hati nya masih lagi sakit dengan Jimin. Sampai bila² dia tak akan maafkan budak pendek tu.

"Tapi...Jimin tu kan kawan kamu."

Mina tersenyum sinis. Agak kelakar apabila dia terdengar perkataan 'kawan' itu.

"Jimin tak pernah anggap saya ni kawan dia omma. Kawan apa kalau sanggup hina kawan dia sendiri?"

Pn. Myoui hanya diam.

"Mina masuk bilik dulu. Nak belajar. Lagi 2 hari Mina exam."

Pn. Myoui hanya angguk. Dia melihat sahaja susuk tubuh anaknya mendaki anak tangga.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Saya tengok awak sekarang semakin bagus, Mina." Cikgu Lee memuji Mina disebelah.

Mereka berdua berjalan bersama² menuju ke kelas. Kebetulan kelas pertama dia di kelas Mina.

Mina hanya tersenyum.

"Terima kasih, ssaem. Berkat sokongan ssaem jugak."

Cikgu Lee hanya tersenyum. Hanya beberapa langkah sahaja mereka akan sampai ke kelas. Tiba².....

Friend + Park JiminTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang