Frnd 15

297 23 2
                                    

Taehyung duduk disebelah Jimin yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Jimin-shhi... " panggil Taehyung.  Jimin mengalihkan pandangannya.

"Apa?"

"Bila kita nak balik Korea? Tak lama lagi kita nak graduate. Aku rindu omma aku." tangan Taehyung mula bermain dengan bahu Jimin.

Jimin memutarkan biji bola matanya.  Begitu menyampah dia melihat kegedikkan Taehyung itu.

"Nantilah balik Korea.  Masalah aku dekat sini belum selesai lagi. Kalau boleh aq nak ajak Mina graduate dengan kita sekali.  Kau nak balik Korea awal² buat apa?  Omma kau bukannya ada dekat Korea pon."

Taehyung mencebik.  Rancangan dan alasan yang diberikan kepada Jimin untuk balik ke Korea awal,  tidak membawa hasil.

❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌

"Kita nak pergi mana?" Momo memandang Jungkook disebelah.

Sekarang mereka berdua berada di dalam teksi yang disewa oleh Jungkook. Dia masih lagi pelik dan keliru. Sebelum ni Jungkook tidak pernah untuk mengajak dia berjalan jauh. Hanya sekadar di pantai kampungnya sahaja. Tetapi hari ni pelik.

"Kita pergi date."balas Jungkook dengan ringkas.

"Date?"

❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌

Momo dan Jungkook melangkah masuk ke dalam lif. Mereka berdua berdiri dengan rapat. Tangan Jungkook mula menekan punat lif tersebut.

Suasana di dalam lif itu agak sunyi. Masing² mendiamkan diri.

Jungkook yang lebih tinggi dari Momo menunduk memandang gadis itu disebelah. Dia tersenyum kecil melihat wajah Momo yang agak gementar itu. Mungkin ini kali pertama dia dapat keluar dengan Jungkook seperti ini.

Tangan Jungkook perlahan² meraih tangan Momo lalu digenggam dengan erat.

Momo terkejut apabila Jungkook menggengam tangannya. Dia memandang lelaki itu tetapi lelaki itu hanya buat muka selambanya sahaja.

Momo hanya membiarkan. Perlahan² dia membalas pegangan Jungkook.

Tidak lama kemudian lif itu dibuka pada tingkat lain. Bermaksud ada orang lain yang ingin masuk ke dalam lif tersebut.

Jungkook dan Momo berganjak ke belakang sikit apabila sepasang kekasih mula melangkah masuk ke dalam lif tersebut sambil gelak ketawa. Jungkook yang berada di belakang hanya melihat sahaja lelaki itu memeluk bahu teman wanitanya.

Tiba², pasangan kekasih itu mula berciuman antara satu sama lain. Momo sudah terkejut lalu mengalihkan pandangannya menghadap ke Jungkook. Dia menyorokkan kepalanya di belakang badan lelaki tersebut.

Dalam lif buat perkara tak senonoh.

Gila ke apa?!

Jungkook yang menyedari tingkah laku Momo mula tersenyum sinis. Mesti teman wanitanya malu melihat aksi tersebut.

Ting!

Akhirnya pintu lif itu dibuka, pasangan kekasih itu meleraikan ciuman mereka tetapi mereka tidak berganjak lagi.

"Kajja."

Jungkook menarik tangan Momo lalu berjalan keluar dari lif tersebut. Momo hanya akur. Kepalanya masih lagi tertunduk kerana malu melihat perkara tadi. Haih....

Jungkook pon tidak pernah melayan dia seperti itu.

"Kau malu ke tengok benda tadi?" Soal Jungkook sambil memandang wajah Momo.

Friend + Park JiminWhere stories live. Discover now