Taehyung dengan Momo terkejut.
Jungkook terus on top Taehyung lalu menumbuk muka lelaki itu dengan perasaan marah.
"Oppa hajimaa!" Momo bangkit lalu mendapat kan Jungkook.
Mina yang berada di belakang rumah terus berlari ke hadapan untuk melihat apa yang berlaku.
"KAU BUAT APA DEKAT DIA HAH?! BAGITAHU AKU! APA KA DAH BUAT DEKAT DIA?!" Jungkook menarik kasar kolar baju Taehyung. Bibir Taehyung sudah pecah akibat di tumbuk oleh Jungkook.
"Aku tak buat apa²! Kau dah salah faham ni!"
"PENIPU!!" Jungkook terus menumbuk pipi Taehyung.
"Yah! Apa dah jadi ni!" Mina menghampiri mereka semua.
"Oppa hajima!!" Momo menarik lengan Jungkook berkali².
"Jungkook sudahlah!" Jimin cuba untuk meleraikan pergaduhan dyeorang.
"Arghhh!!" Jungkook terus bangun lalu menepis kasar tangan Momo. Dia terus berjalan keluar dari rumah tersebut.
"Jungkook-ahh!" Momo berlari mengejar Jungkook dari belakang.
Mina dan Jimin membantu Taehyung untuk bangun.
"Apa dah jadi ni?" soal Mina dengan risau. Dia masih lagi tidak tahu dengan apa yang dah berlaku.
"Ini...semua...salah faham." kata Taehyung dengan lemah. Pipi dan bibirnya sudah merah dengan darah.
Momo dan Jimin mendudukkan dia di atas sofa.
"Jimin, amikkan ais dan air suam." arah Mina sambil melihat muka Taehyung.
"Teruk ni luka kau." kata Mina sambil membelek muka Taehyung dengan lembut.
❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌
"Yah! Jungkook! Berhenti!" Momo menjerit nama Jungkook dari belakang.
Jungkook membawa dirinya ke pantai itu semula. Dia berjalan dengan laju sambil mengawal perasaan marahnya.
"Saya kata berhenti!!"
"Kau nak apa?!" Jungkook terus berpusing ke belakang. Dia menghadap Momo dengan bengis.
"Apa yang awak nampak tu. Itu semua salah faham. Taehyung tersadung kaki dia dan dia terjatuh atas saya. Benda itu baru je berlaku." terang Momo sambil mendongak memandang Jungkook.
Jungkook masih lagi memandang gadis itu dengan tajam.
"Percayalah. Saya tak akan berlaku curang dengan awak." kali ini Momo betul² mahu Jungkook percaya cakapnya.
"Aku tak percaya." kata Jungkook sambil mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
Momo masih lagi setia memandang lelaki tersebut.
"Awak ada masalah ke?" soal Momo dengan suara yang agak lembut sekali.
Jungkook hanya diam. Seperti dia mengabaikan soalan Momo kepadanya.
"Pandang saya Jungkook. Awak ada masalah ke?" Tangan Momo menolak lembut pipi Jungkook menghadap wajahnya.
Kini, Jungkook merenung anak mata Momo.
"Saya kenal Jeon Jungkook saya macam mana. Jadi bagitau saya, awak ada masalah ke?"
Jungkook mengeluh. Kepalanya ditundukkan.
"Aku dapat mimpi...mimpi yang kau akan tinggalkan aku."
Momo tersenyum kecil. Dia mengusap perlahan pipi mulus Jungkook.

ANDA SEDANG MEMBACA
Friend + Park Jimin
FanfictionHanya disebabkan kepandaian yang kau ada. Kau lupa. Siapa kawan kau sendiri. { On-Going}