"Kau kenapa ikut aku?" Mina memandang Jimin dengan pelik.
"Saja. Teman kau."
"Tak payah nak mengada lah. Lebih baik kau tolong Jungkook dengan Momo masak." kata Mina sambil memasukkan baju² kotor itu satu persatu ke dalam mesih basuh.
Jimin menyilangkan tangannya lalu tersenyum memandang Mina. Dia suka tengok muka Mina dari tepi.
Nampak menawan.
"Kau suka aku kan?"
Mina terhenti dari membuat kerja.
"Apa kau merepek?"
"Come on. Mengaku jelah yang kau suka aku." Jimin memandang Mina dengan sinis.
"Memang aku suka kau tapi itu 10 tahun yang lepas. Sekarang tak lagi." Mina menyambung Kerjanya semula.
"Betul kau tak suka kan aku?"
"Ya. Dan aku yakin dengan jawapan aku."
Jimin tersenyum sinis. Dia berjalan menghampiri Mina.
"Kalau kau tak suka kan aku kenapa mata kau terkebil² bila pandang aku?"
Mina tersentak.
Macam mana dia boleh perasaan?
"Aku boleh tahu perasaan orang melalui mata. Dan aku dah tafsirkan perasaan kau melalui mata kau sendiri. So, aku tanya kau lagi sekali. Kau suka aku kan?"
Mina memejamkan matanya seketika. Dia menutup mesin basuh tersebut lalu memandang Jimin.
"Kalau kau nak tahu. Manusia yang bernama Park Jimin dah tak wujud dalam hidup aku lagi dah. So, mustahil kalau aku jatuh cinta dengan dia."
"Kau yakin dengan jawapan kau?"
"Sangat yakin."
Mina memandang Jimin dengan mendalam. Kemudian, dia terus berjalan melepasi Jimin.
Buk!
Mina tersentak. Langkahnya terhenti apabila Jimin...
memeluknya dari belakang.
Pertama kali...Jimin peluk dia.
"Y--Yah..."
"Kenapa kau perlu nafikan perasaan kau sendiri? Kenapa kau tipu diri kau sendiri Mina?" soal Jimin dengan sayu. Pelukannya dieratkan.
"A--Apa kau cakap ni. Lepaslah."
"Aku dapat rasa dengupan jantung kau Mina."
Mina terdiam. Jantung nya betul² berdebar sekarang. Sampaikan dia berasa gementar.
"Kenapa susah sangat untuk kau cakap jujur dengan aku yang kau suka aku?"Mina menolak tangan Jimin dari terus memeluknya. Dia menoleh ke belakang.
"Sebab aku tengah cuba untuk buang perasaan aku yang aku sukakan kau. Aku tak nak kenal siapa Park Jimin dalam hidup aku dan aku tak nak ada apa² perasaan dekat dia. Sebab Park Jimin yang aku kenal betul² dah buat aku terluka."
Jimin terdiam seketika. Dia agak terkilan mendengar luahan hati Mina. Seperti cintanya ditolak.
"Aku...akan buat kau jatuh cinta dekat aku balik." kata Jimin dengan serius. Kali ini pandangannya betul² membuatkan Mina gerun.
❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌
"Mina...kau ok?" tegur Momo.
Mina tersedar dari lamunannya. Dia sekarang berada di rumah Momo semula. Selepas makan malam di rumah nya tadi dia terus meminta diri untuk balik.
YOU ARE READING
Friend + Park Jimin
FanfictionHanya disebabkan kepandaian yang kau ada. Kau lupa. Siapa kawan kau sendiri. { On-Going}