Momo mula melabuhkan pungggung nya di sebelah Mina.
"Aku rasa dia betul² menyesal kot atas perbuatan dia dekat kau selama ni."
"Maksud kau?"
Momo mengeluh.
"Maksud aku. Jimin rasa menyesal sebab hina kau. Tu yang dia sanggup datang Jepun semata-mata nak minta maaf dekat kau."
"Aku tak kan maafkan dia."
"Mina, rendahkan ego kau tu. Masa dia takde kau sendiri yang cakap yang kau rindu dia. Bila dah ada depan mata kenapa perlu nafikan?"
"Sebab sekarang aku tengah cuba untuk lupakan dia. Perbuatan dia terlalu kejam Momo. Aq tak boleh maafkan dia macam tu je."
"Sampai bila kau nak terus nafikan perasaan kau?"
Mina memejamkan matanya seketika.
"Aq akan cuba untuk lupakan dia dan aku akan tolak perasaan ni jauh²."
Momo memeluk bahu Mina.
"Jangan macam ni. Kau masih lagi ada banyak peluang untuk berbaik dengan dia. Takkan kau nak sia² kan peluang tu."
Mina hanya diam. Dia meletakkan kepalanya pada bahu Momo. Dia perlukan kekuatan buat masa sekarang.
❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌
Jimin memandang Taehyung yang sedang baring di atas katil.
"Yah Taehyung. Tolonglah aku kemas baju ni." Rungut Jimin.
"Kejap². Aku nak selfie dulu. Bukan senang kita nak datang sini."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Jimin menjeling Taehyung lalu menyambung mengemas baju nya. Tiba² pintu bilik nya dibuka. Mereka berdua terus menoleh. Kelihatan Jungkook sedang berdiri di muka pintu sambil membawa bantalnya.
"Wae?" soal Jungkook dengan dingin.
"Kau...tidur sini ke apa?" Soal Jimin.
"Yelah. Ni je bilik yang ada. Takkan aku nak guna bilik Mina dengan heolmeoni dia pulak." kata Jungkook dengan selamba lalu mencampak bantal tersebut tepat ke arah muka Taehyung.
Taehyung mengalihkan batal itu lalu bangun.
"Kita tidur bertiga dalam satu katil? Kau gila?" Taehyung memandang Jungkook dengan wajah yang tidak percaya. Dahlah katil ni hanya muat untuk 2 orang je.
"Habis. Kau nak aq tidur dekat mana?"
"Luar." jawab Jimin dan Taehyung dengan serentak.
Jungkook agak terkejut. Berani 2 orang monyet ni suruh dia tidur luar?
"Aq tak suka tidur luar." kata Jungkook lalu merebahkan diri nya di atas katil.
"Kalau macam tu biar aku jelah tidur luar." ujar Jimin lalu bangun.