Jimin merenung ke luar tingkap kapal terbang nya. Dia memandang awan yang gelap itu sambil termenung.
"Myoui Mina...?"
"Yah! Janganlah buli dia!" Jimin memandang seorang gadis kecil yang berada tidak jauh dari kedudukannya.
3 orang budak lelaki itu memandang gadis itu dengan sinis.
"Kau nak apa, Mina?" Soal salah seorang budak lelaki itu dengan sinis.
Jimin yang terduduk menahan sakit itu hanya diam dan mengalirkan airmatanya sahaja.
Mina menghampiri budak lelaki tersebut.
"Aq tak nak kau buli dia lagi."
"Kalau aq buli dia? Kau nak buat apa?" Budak lelaki menolak bahu kanan Mina membuatkan Mina terdorong sedikit ke belakang.
Mina memandang budak lelaki itu dengan tajam. Tanpa berkata apa², dia terus menarik rambut budak lelaki itu sekuat hati.
Meraung budak lelaki itu meminta rambutnya dilepaskan.
"SAKIT, MINAA!!"
"Janji dengan aku dulu yang kau takkan buli dia lagi!" Ujar Mina tanpa melepaskan tarikannya. 2 orang kawan budak lelaki itu hanya memandang sahaja pergaduhan mereka. Mungkin takot untuk masuk campur.
"Cepat! Janji dengan aku!" Jerit Mina lagi.
"Aku janji! Aku janji!"
Mina melepaskan tarikannya dengan puas. Lintang-pukang 3 budak lelaki itu berlari meninggalkannya.
Mina memandang Jimin yang terduduk itu.
"Awak ok?"Jimin memperbetulkan specnya. Air matanya dikesat beberapa kali.
"N..nae. Saya ok. Te..terima kasih."
Mina tersenyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
Friend + Park Jimin
FanfictionHanya disebabkan kepandaian yang kau ada. Kau lupa. Siapa kawan kau sendiri. { On-Going}