"Nah, makan." Mina meletakkan makanan di hadapan Jimin dengan Taehyung.
"Kau tak makan sekali ke Mina?" soal Taehyung.
"Tak. Aku masuk bilik dulu." Mina tersenyum nipis lalu berjalan menuju ke biliknya.
Jimin mengeluh perlahan. Mendengar keluhan Jimin itu, Taehyung segera berpaling.
"Kau dah cuba pujuk dia?"
"Banyak kali aq dah buat. Tapi dia tetap macam tu jugak. Melampau sangat ke dengan apa yang dah buat dekat dia dulu?"
Taehyung mula mencapai chopstick.
"Melampau lah jugak. Kau buat dia malu, sakit hati, sedih, kecewa." jawab Taehyung dengan selamba.
"Macam mana aq nak pujuk dia?"
"Kau kan kawan baik dia sejak kecil dulu. Takkan kau tak tahu cara nak pujuk dia?"
"Masa kecik kitaorang tak pernah gaduh. Zaman kecik dulu apa je yang kitaorang tahu. Cuma main je."
"Tak apa. Kau usaha je pujuk dia. Mana tahu dengan usaha kau, kau boleh buat hati Mina lembut ke suatu hari nanti."
Jimin memandang Taehyung. Dia tersenyum.
"Kau ni kadang² baik juga kan. Aku ingat kau ni jenis yang annoying."
"Hello, befday aku dah lepas. Ofkoz lah aq dah makin matang sekarang."
Jimin hanya ketawa kecil.
❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌
Momo duduk di tepi tingkap sambil memeluk lutut nya. Dia merenung ke luar tingkap biliknya. Hanya cahaya bulan sahaja yang menyinari biliknya yang gelap itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
(( Just Imagine je k gais. ))
Dia menangis dalam diam. Kadang² dia berasa penat dengan perangai Jungkook.
Yg selalu dingin.
Cepat salah faham.
Panas baran.
Dan susah tengok dia senyum.
Tetapi dia sayangkan lelaki itu. Terlalu sayang. Hanya Jungkook sahaja yang selalu berada di sisi dia selain keluarganya.
Dia mula membenamkam mukanya pada lututnya sekali lalu menangis.
Jungkook membuka pintu bilik Momo tanpa sebarang bunyi.
Bilik Momo memang gelap. Lalu dia ternampak susuk tubuh kecil sedang duduk di tepi tingkap.
Dia terdengar tangisan kecil dari gadis itu. Terbit rasa bersalah dihatinya.
Jungkook perlahan² duduk di sebelah Momo. Mungkin gadis itu terlalu kawal kesedihan dia sehingga dia tidak sedar dengan kehadiran Jungkook.