Masa berlalu begitu pantas, sekarang peperiksaan Mina sudah pon habis. Kini, tinggal menunggu keputusan nya keluar sahaja. Dan sepanjang peperiksaan itu berlangsung. Bagi dia tiada masalah. Mungkin dia boleh lulus dalam peperiksaan kali ini.
"Cikgu Lee!" Mina memanggil Cikgu Lee dari belakang. Dia terus berlari anak mendapat cikgu nya.
"Oh Mina, waeyo?"
"Emm...boleh tak kalau saya nak mintak tolong dengan Cikgu Lee." kata Mina teragak-agak. Malu jugak dia meminta tolong kepada Cikgu Lee. Tapi apa boleh buat hanya Cikgu Lee sahaja yang dapat bantu dia sekarang.
"Tolong apa?" soal Cikgu Lee ingin tahu.
Mina tersenyum.
✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘
Jimin termenung di hadapan supermarket. Habis sahaja sekolah, dia berhasrat untuk pergi ke supermarket, makan ramen.
Cup ramen yang berada di hadapannya dibiarkan.
Jimin mengeluh perlahan. Peperiksaan sudah habis, lagi 2 minggu keputusan akan keluar. Dia bukan takot tentang keputusan nya. Tetapi dia takot tentang keputusan Mina.
Kalau Mina lulus macam mana?
Boleh ke dia terima Mina berpindah ke Jepun buat selama-lamanya?
Fikiran Jimin semakin serabut. Dia mendengus kasar. Cup ramen dicapai lalu dilahapnya tanpa henti.
"Khamsamidha.." kedengaran suara seorang gadis yang amat dia kenali. Jimin mengangkat wajahnya.
Kelihatan Mina keluar dari kedai supermarket tu beserta dengan satu plastik ramen.
Jimin terus bangun dan menghampiri Mina.
"Mina."
Gadis itu berpaling ke belakang. Riak wajahnya terus berubah, hanya beberapa saat sahaja dia memandang muka Jimin kemudian dia terus menyambung langkahnya semula dengan pantas.
Jimin menarik tangan Mina.
"Kau nak apa lagi? Aq dah tak ganggu hidup kau kan." Mina menepis tangan Jimin.
"Mina...tolonglah maafkan aku. Penat aku pujuk kau selama ni. Kenapa susah sangat kau nak maafkan aku?"
"Memang. Memang susah aku nak maafkan kau. Sebab kesalahan yang kau buat terlalu besar Jimin. Kau sakitkan hati aku. Dan aku tak pernah mintak pon untuk kau pujuk aku."
Air mata Mina mula berlinangan. Tidak tahu kenapa tapi dia berasa sebak kerana hubungan dia dengan Jimin bukan apa yang dia sangka kan selama ni.
"Jaebal Mina. Kau suruh je aq buat apa² asalkan kau maafkan aku."
Mina terdiam seketika. Nak tak nak dia terpaksa cakap benda ni.
"Aku nak kau....
Tinggalkan aku."
✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘
Mina merenung nasi putih di hadapan nya. Sejak dia bertembung dengan Jimin 3 hari lepas, dia terus tidak mahu keluar dari rumah. Malah pergi sekolah pon tidak. Lagipon sudah habis exam. Takde guna kalau pergi sekolah lagi.
"Mina...jangan termenung depan rezeki." tegur Pn. Myoui dengan lembut.
Mina tersedar dari lamunan nya.
"Mianhei omma.." tutur Mina dengan perlahan. Dia segera mencapai chopstick lalu makan dengan sopan.
"Kamu dah kemas baju² kamu ke untuk pergi ke Jepun tengah malam nanti?" soal Pn. Myoui.

ANDA SEDANG MEMBACA
Friend + Park Jimin
FanfictionHanya disebabkan kepandaian yang kau ada. Kau lupa. Siapa kawan kau sendiri. { On-Going}