Chapter 2

1K 142 13
                                    

Langsir bilik Eunmi di buka luas Yura. Gadis itu memusingkan kepalanya memandang Jin yang sedang mencekak pinggang memandang Eunmi sedang tidur lena lagi. Boleh pula gadis itu tersengih-sengih dalam mimpi. Jin mengeleng.

"Seokjin, nuna rasa tak baiklah kejutkan dia cara tu," Yura memegang lengan Jin.

"Ala, nuna. Dia dah terlepas waktu latihan dia sejam yang lalu! Tengok sekarang pukul berapa? Nak masuk pukul 10;30 pagi dah!" Jin menunjukkan jam tangannya.

Yura mengigit kukunya. Bukan sebab dia takut cuma kesian pula melihat gadis ini tidur lena dan harus di kejutkan melalui paksaan. Jin menepuk bahu Yura.

"Nuna, apa kata nuna turun suruh mereka sediakan sarapan, cik muda," Kata Jin.

"Ah, okay," Balas Yura dengan pendek.

Apabila Yura menghilang dari bilik Eunmi tersebut. Jin memandang semula Eunmi. Selimut yang membaluti Eunmi di tariknya dengan kasar. Bergolek-golek gadis itu jatuh dari katilnya. Bunyi dentuman lantai kedengaran. Eunmi baru sahaja mencium lantai. Gadis situ mengaduh kesakitan. Kepalanya yang terasa sakit di usap. Dia membetulkan posisinya kepada duduk. Kemudian, dia menoleh ke arah manusia yang membangunkannya cara kasar.

"Awak ni gila ke! Macam tak ada cara lain nak kejutkan!" Marah Eunmi.

"Eh? Saya gila? Bukan cik muda ke? Dengan air liur basi meleleh, gelak waktu tidur," Jin memegang rambut Eunmi. "Rambut yang kusut,"

Eunmi dengan pantas mengelap kawasan mulutnya. Dia menjeling Jin.

"L-lantaklah!"

"Cik muda, waktu latihan cik muda sudah lepas lebih kurang sejam lepas," Jin memeluk tubuh.

"Hah! Maksudnya latihan hari ini dibatalkanlah?" Senyum Eunmi dengan perasaan gembira.

"Siapa cakap dibatalkan? Bangun!" Arah Jin.

"Eh, awak tuan muda ke saya cik muda? Pandai-pandai nak arahkan orang!" Eunmi memuncungkan mulut sambil berpaling.

"Cik muda, pergi bersiap dan sarapan. Waktu latihan akan bermula!" Jin memaksa.

Eunmi memeluk tubuh sambil menyandarkan dirinya di tepi katil. "Tak mahu!"

Jin mengetap bibir. Ish, degil betul! "Jangan buatkan saya guna kekerasan!"

"Kalau berani buatlah!" Eunmi berpaling ke arah kanan pula. "Hmph!"

"Cik muda yang suruh ya! Saya hanya ikut arahan," Jin membuka tuxedonya. Jam tangannya juga di buka.

Sewaktu, Eunmi mencuri pandangan Jin cuba mengetahui apa yang ingin di lakukan oleh Jin serta-merta dia berdiri. Selimut di kakinya tadi terus di tarik menutupi badan.

"A-Apa yang awak nak buat?!" Eunmi meninggikan suara.

Jin kemudian menyisingkan baju lengannya. Kemudian, dia berjalan kearah Eunmi. Gadis itu terus berlari ke penjuru bilik.

"Argh! Tolong orang gila dalam bilik ni!" Jerit Eunmi.

"Ada ke patut cik muda panggil saya gila? Cik muda tak nak mandikan biar saya campakkan cik muda ke dalam tab mandi. Air pun dah di sediakan Yura tadi," Jin semakin mendekati Eunmi.

"Jangan dekat!" Jerit Eunmi sambil mencampakkan selimutnya ke Jin. Lelaki itu menangkap selimut tersebut.

"Ya, ya saya pergi bersiap!" Eunmi terus berlari memasuki bilik mandi.

Pintu bilik air di tutup rapat. Jin cuba menahan diri dari ketawa akhirnya melepaskan tawa. Kelakar juga melihat reaksi cik mudanya. Mesti dia salah faham tadi. Padan muka, nak sangatkan! Jin hanya mengelengkan kepala mengingatkan peristiwa sebentar tadi. Baju Eunmi yang telah di sediakan Yura tadi Jin letakkan di atas katil Eunmi dengan kemas. Dia menunggu Eunmi di luar bilik gadis itu.

[HIATUS] CIK MUDA CIK MAFIAWhere stories live. Discover now