Chapter 15

701 65 5
                                    

WARNING! CHAPTER KALI INI TERLALU BANYAK SANGAT BAHAGIAN YANG BAHAYA UNTUK DI BACA DAN DI IKUTI. JADI KEPADA SESIAPA YANG TIDAK SELESA DAN BERUMUR BAWAH 16 JANGAN BACA DI BAHAGIAN TERSEBUT. 

 
Eunmi perlahan-lahan membuka matanya. Dia melihat sekelilingnya dalam keadaan yang kelam. Entah kenapa terasa dirinya begitu lemah. Eunmi cuba mengurut dahinya namun terhenti apabila merasai kedua-dua tangannya dan kakinya di ikat dan di gari pada kerusi. Eunmi membeliakkan mata. Dia menarik-narik tangannya cuba untuk melepaskan diri. Namun, dia langsung tidak bergerak dari tempat asal. Peluh mula membasahi dirinya.

"Tolong!" Jerit Eunmi. "Tolong!!!" Jeritnya lagi kuat meminta tolong.

"Urgh, bisinglah," Kei di sebelah sedang membaca buku bersama lampu suluh menjeling Eunmi.

"Apa yang kau dah buat?!" Tengking Eunmi. "Lepaskan aku!"

"Itulah ayat yang selalu di ungkapkan seseorang apabila mereka di culik. 'Lepaskan aku,' 'tolong' 'aku akan buat apa sahaja,' hahahaha. Sangat tipikal," Kei menutup bukunya lalu lampu suluh di suluhkan pada wajah Eunmi.

Eunmi mengalihkan pandangannya kerana silau. Kei kemudian menekan suis lampu di dinding. Namun, keadaan sekelilingnya masih lagi malap.

"Macam mana kau boleh bawa aku ke sini?" Soal Eunmi.

"Senang sahaja, dengan cecair kloroform. Kau pengsan lepas aku tekup kau dengan kain. Eh, sekejap perlu ke aku terangkan?" Sengih Kei dengan bangga.

Eunmi merenung tajam. "Aku tak faham apa tujuan kau buat semua ini. Aku tak faham kenapa aku yang kena tanggung kesalahan papa aku,"

"Wah, ini sangat mengejutkan," Kei menekup mulutnya berpura-pura seperti terkejut. "Bukan kebiasaanya anak-anak mahu melindungi ibu bapa mereka? Tak sangka pula kau lain ceritanya,"

Eunmi mendiamkan diri. Dia mengeluh secara perlahan. Kemudian, rambut Eunmi di tarik dengan kuat oleh Kei. Eunmi menjerit kesakitan. 

"Tapi kau masih lagi darah daging lelaki tak guna tu. Memandangkan aku tak boleh dekati dia. Anak dia lebih mudah di dekati," Kei tersenyum sinis. "Lagipun, dia dah langgar orang yang paling penting dalam hidup aku. Dengan adanya kau, kami win-win situation," Rambut Eunmi di lepaskan dan kemudian di tunjal kasar.

"Hah, kau ingat kau akan menang dengan buat begini? Kau tak kenal siapa lagi aku—,"

Eunmi terhenti apabila Kei memotong. "Kau, pewaris perempuan yang seterusnya kumpulan mafia paling di geruni Korea Selatan, Black Mask. Betulkan itu apa yang kau nak cakap?" Kei membelek-belek kukunya. 

"Macam mana kau tahu," Eunmi membesarkan matanya terkejut kerana identiti Black Mask terutama sekali pewaris pasti akan di rahsiakan dengan rapi.

"Hei, ini Keilah. Aku tak akan semudah tu sahaja nak culik seseorang tanpa perancangan," Kei dengan bangga menerbangkan rambutnya ke belakang. "Hanya sebab kau anak dan pewaris kumpulan mafia. Kau ingat itu boleh gentarkan aku untuk lakukan dendam yang bertahun ini ke?"

"Black Mask akan datang selamatkan aku. Kau akan menyesal dengan perbuatan kau!"

Kei ketawa dengan begitu kuat. "Kau tak tahu ke apa yang jadi sekarang ni pada Black Mask? Mereka sedang bertungkus-lumus mengatur strategi untuk menyelamatkan ketua mereka yang di tangkap organisasi ejen rahsia Korea Selatan,"

"Seokjin," Bisik Eunmi perlahan. Patutlah Seokjin dan mana-mana perkerjanya tidak mengambilnya pulang dari Universiti.

"Macam mana kau tahu yang dia di tangkap? Kau begitu yakin," Eunmi cuba meminta kepastian.

[HIATUS] CIK MUDA CIK MAFIAWhere stories live. Discover now