Chapter 7

757 123 16
                                    

Entah kenapa pagi ini Eunmi terjaga dengan sendiri tanpa perlu di kejutkan maidnya. Dia bangkit dari baringannya dan mengedipkan mata berkali-kali seperti sedang keliru. Jam dinding di pandang. Waktu sekarang ini adalah tepat pada tujuh pagi. Nak sambung tidur dia tidak pula terasa mahu menyambungnya. Eunmi turun dari katilnya dan menuju ke tingkap bilik. Langsir di tarik dengan luas, langit pagi menyapanya dengan indah. Kejadian semalam bermain di dalam mindanya, terutama sekali kejadian di mana Jin meminta untuk berhenti kerja. Eunmi menjongket bahunya bermaksud lantaklah, pagi ini aku bangun dengan aman tanpa bantuan kau. Angin sejuk pagi menyapa badan Eunmi dengan lembut. Gadis itu tersenyum dan kemudian menghirup udara segar. Suasana yang tenang terbantut apabila telefon pintar Eunmi berdering, reminder yang di setkan di telefon pintarnya mengingatkan Eunmi sesuatu. Dia yang tadi tersenyum berubah wajah ke kecewa dan sedih. Keluhan berat di lepaskan.

"Yura!" Panggil Eunmi lantang agar di dengari Yura.

Yura yang mendengar namanya di panggil terus berlari ke bilik Eunmi dengan pantas. Tidak sampai 5 minit selepas panggilan tersebut, Yura tiba.

"Ya, cik muda?" Tanya Yura.

"Sediakan baju saya untuk ke majlis perkahwinan..." Tutur Eunmi dengan tenang sambil matanya memandang permandangan kebun bunga rumahnya.

Yura memandang cik mudanya dengan perasaan yang risau. Biar betul Eunmi ini? Kemudian, Yura tersedar. Kalendar yang di selaknya sebentar tadi mengingatkan dia sesuatu.

"Cik muda... hari ini ke harinya...?" Tanya Yura dengan nada berhati-hati.

Eunmi mengeluh dengan perlahan. "Ya..."

•••

"BANGUN!"

Jeritan tersebut mengejutkan Jin yang tertidur di sofa. Aduh, kepalanya di gosok. Namjoon di hadapan hanya mencekak pinggang sambil mengelengkan kepala.

"Kau semalam dah lah datang sini tengah-tengah malam. Lepas tu, main masuk rumah orang tanpa bagitau apa tujuan kau dekat sini," Ujar Namjoon.

"Kejut aku elok-elok tak boleh ke?" Marah Jin sambil menutup wajahnya dengan kusyen.

"Tak boleh!" Balas Namjoon. "Kau kena tendang keluar dari villa tu ke?" Teka Namjoon bersama kerutan dahi.

"Tak, aku yang keluar sendiri," Jin menjawab dengan jujur.

"Hmm, hal kau dengan cik mudalah ni kan? Okay, aku tak akan tanya dah," Namjoon dengan segera mencapai alat kawalan jauh. "Kau macam suami dia pula gaduh-gaduh lepas tu tumpang tidur rumah kawan,"

TV di tekan butang on. Satu-persatu saluran televisyen di tekan Namjoon. Sehinggalah tiba di berita mengenai dunia selebriti.

"Perkahwinan Woo Taejun dan Kim Eunji pada hari ini di sambut dengan mewah," Ujar salah satu pengacara.

Apabila terdengar topik pada berita tersebut. Perlahan-lahan kusyen di turunkan dari wajahnya. Gambar Eunji dan pasangannya terpapar pada skrin televisyen. Dia tampak begitu gembira dan bahagia. Perkahwinan kedua bak orang kata pengubat hati bagi mengantikan perkahwinan yang pertama. Jin mengeluh. Wajah Eunmi bermain di mindanya, gadis itu pasti tahu hari ini adalah harinya.

"Wah, ini perkahwinan dia yang kedua," Kata Namjoon dengan berminat. "Kalau dia ada anak apalah agaknya anak dia akan rasa?"

"..." Jin kembali menutup wajahnya menggunakan kusyen.

Kelahiran Eunmi dari darah daging Oh Sangmin dan Kim Eunji memang di rahsiakan dari pengetahuan dunia luar.

•••

[HIATUS] CIK MUDA CIK MAFIAWhere stories live. Discover now