Chapter 12

780 106 3
                                    

Jimin mengetuk meja restoran bertemakan makanan itali menggunakan jarinya. Dia menunggu Eunji yang sedang membuat pesanan. Di sini, jika nak buat pesanan harus bangkit dan bayar terus. Seusai selesai, Eunji kembali pada tempat duduknya. Fail berwarna coklat yang di peluk erat menjadi perhatian Jimin sejak dari awal lagi. Kerusi perlahan-lahan di tarik agar tidak mengeluarkan bunyi yang kuat. Fail bersama kotak kecil hadiah di letakkan atas meja. Mata Jimin masih lagi melekat padanya.

Adakah itu untuk Eunmi? Sebab itu ke Eunji di sini?

"Maafkan, aunty ya sebab nak bercakap dengan kamu secara tiba-tiba," Kata Eunji dengan lembut.

"Ah... Tak mengapa," Jimin memberikan senyuman.

"Boleh aunty tahu nama kamu?" Tanya Eunji.

"Lupa pula nak perkenalkan diri," Jimin terus membetulkan posisi duduknya ke duduk tegak bagi tampak sopan. "Nama saya Park Jimin,"

"Oh, Park Jimin sedap nama kamu," Puji Eunji.

"Haha, mana ada sedap," Jimin ketawa kekok.

"Kamu ni kawan Eunmi atau...?" Kening kanan Eunji terangkat tatkala menanyakan soalan tersebut.

Jimin terdiam sejenak. Dia menundukkan kepala berfikir dan kemudian mengakat semula bersama senyuman yang tawar. "Sekadar kawan sahaja,"

"Oh begitu," Kata Eunji dengan nada yang perlahan.

"Sebenarnya, apa yang aunty nak cakapkan pada saya?" Tanya Jimin. Rasa pelik pula panggil artis terkenal Korea 'aunty'.

"Oh ya," Eunji seakan baru sahaja teringat. "Jika kamu tak keberatan..." fail dan kotak hadiah tersebut di tolakkan kepada Jimin.

Jimin hanya memandangnya. Kemudian, dia beralih pada Eunji.

"Boleh berikan ini pada Eunmi?" Sambung Eunji.

"Surat apa ni...?" Soal Jimin teragak-agak.

"Kamu kawan Eunmi mungkin kamu dah tahu ni... atau mungkin tidak..." Eunji sedikit teragak-agak untuk mengatakan ini tapi dia mengambil keputusan untuk memberitahu. "Sebenarnya, aunty ini ibu kepada Oh Eunmi,"

"Saya tahu," Jawab Jimin sepantas cahaya apabila Eunji selesai menghabiskan ayatnya.

Eunji kaku. Bagaimana Jimin boleh tahu? Sekejap sudah tentulah dia tahu, dia kawan Eunmi. Eunji kembali tersenyum.

"Yalah, sudah tentulah kamu tahu," Eunji menanggukkan kepala secara perlahan tanda mengerti.

"Jadi apa surat ni sebenarnya?" Soal Jimin semula.

"Ini surat pertukaran nama keluarga," Jawab Eunji. "Aunty nak bawa Eunmi tinggal bersama aunty..."

Jimin membulatkan mata. Surat pertukaran nama keluarga?

"Aunty nak ambil 'hak' aunty semula," Kata Eunji dengan nada yang serius.

Jimin mengelipkan matanya berkali-kali. Dia mengeluh panjang lalu menyadarkan dirinya pada kerusi. "Hak aunty? Sejak bila pula aunty baru sedar yang Eunmi tu hak aunty? Kelakar betul," Jimin menyilangkan tangannya bersama senyuman senget.

"Aunty tahu selama ni aunty tak hiraukan pasalnya. Tapi ada sebab kenapa aunty buat macam itu," Terang Eunji.

"Kenapa baru sekarang?" Jimin menongkat kepalanya. "Kenapa bukan dulu? Kenapa baru sekarang nak mengaku yang Eunmi tu anak aunty?" Soal Jimin dengan pedas. Kisah apa dia.

Eunji menundukkan kepala agak susah juga hendak menerangkannya. "Semua berpunca dari bekas suami aunty. Dia tak benarkan aunty berjumpa dengan Eunmi mahupun ambil Eunmi. Dia tak mahu Eunmi di bawah jagaan aunty sebab..." Eunji mula menceritakan tapi agak sedikit teragak-agak untuk memberitahu perkara seperti 'mafia'. Mungkin Jimin tidak mengetahui hal ini. Dia terdiam buat seketika.

[HIATUS] CIK MUDA CIK MAFIAWhere stories live. Discover now