Chapter 9

1K 127 11
                                    

Keesokkkan harinya, awan gelap mula menyelubungi langit yang cerah. Hujan mulai turun renyai-renyai seperti dapat menjangkakan hari ini adalah hari yang menyedihkan. Jin memayungkan Eunmi. Jaehyun mengesat air matanya yang membasahi pipi. SinB dan Binnie memandang dinding yang memaparkan gambar Saeyoung. Jackson membaca dinding tersebut tertara 'Di sini tinggalah memori Ahn Saejin'. Semua orang menundukkan kepala.

"Saya dah pesan dekat dia kerja mafia ni kerja yang bahaya dia tetap berdegil nak buat juga," Saena adik kepada Saejin aka Saeyoung merenung gambar abangnya yang tersenyum di dinding memorial itu. Wajah Saeyoung bermain di fikiran. "Disebabkan nak balas budi baik, Tuan Oh Sangmin. Dia sanggup menyertai mafia,"

Eunmi memandang Saena di sebelahnya. Gadis itu mengesat air mata yang mengalir. Saena yang sedar dirinya di pandang membalas semula pandangan Eunmi.

"Saya tak boleh salahkan awak atas permegian dia. Ini takdir Tuhan," Saena tersenyum walaupun jelas sekali senyuman dia sangat di buat.

Eunmi mengeluh. Matanya memandang simen lantai di bawah kakinya. "Maaf," ngumam Eunmi.

"Tak perlu, abang tetap akan jalankan tugasan dia walaupun bahaya. Itulah Ahn Saejin, mana pernah nak dengar cakap orang," Saena menolak rambut hadapannya ke belakang.

"Walaupun saya tak berapa kenal dia tapi saya dapat rasakan yang dia seorang yang taat dan bersungguh-sungguh," Eunmi menepuk bahu Saena. "Juga sangat menyayangi adiknya,"

Saena mengagguk. "Dia memang jenis yang macam tu,"

Jin mencelah. "Tambahan pula, Saeyoung memang seorang detektif yang hebat. Mata dia yang tajam tu boleh kesan bukti yang kecil," Celah Jin.

"Oh begitu," Jawab Eunmi pendek.

"Tunduk hormat!" Arah Jin.

Lantas, ke semua ahli Black Mask menunduk hormat. Tanda penghormatan terakhir buat Saeyoung. Jasa Saeyoung kepada Black Mask tak akan sekali di lupakan.

"Di sini, perginya seorang lagi ahli Black Mask yang berdedikasi. Dia bukan sahaja seorang yang pakar tapi juga keluarga kepada kami. Pemergian Ahn Saeyoung, dapat kami rasakan. Semoga tenang di sana," Ucap Jin.

"Selamat tinggal!" Ucap ahli Black Mask serentak.

Apabila selesai, Eunmi masih lagi berdiri di situ memandang tempat memorial Ahn Saejin. Selagi dia tidak bergerak, selagi itu Black Mask tidak boleh beredar. Hujan mulai lebat, Jin memeluk bahu Eunmi melindungi gadis itu dari terkena hujan kerana payung yang mereka gunakan agak kecil.

"Baiklah, mari kita beredar," Eunmi memusingkan badan ke belakang dan berjalan dahulu.

Satu-persatu ahli Black Mask beredar. Tinggalah Saena seorang diri menangis. Eunmi pula hanya melihat. Saena yang dahulunya mempunyai seorang abang kini tinggal seorang diri. Abangnya sahaja sentiasa berada di sisi selepas kematian kedua-dua ibu bapanya. Kesuyian yang Saena rasai adalah lebih perit berbanding kesunyian yang Eunmi rasai. Eunmi memasuki kereta. Enjin kereta di hidupkan dan memulakan perjalan. Eunmi seperti biasa hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Keluhan berat di lepaskan. Hujan yang membasahi bumi seperti bersama-sama berkongsi air mata.

"Saya nak jumpa Yura," Kata Eunmi pada Jin yang sedang memandu.

"Ya?" Jin seakan meminta Eunmi mengulang semula kerana dia tidak fokus.

"Bawa saya ke hospital. Saya nak jumpa Yura," Arahnya.

"Menurut perintah, Cik muda," Jin membelokkan kereta menukar jalan.

•••

Yura menghirup secawan koko panas memandangkan hari ini hujan yang sejuk. Dia membaling pandangannya ke luar tingkap, hujan lebat di luar. Tiba-tiba wajah Saeyoung terbayang di mindanya. Yura masih lagi tidak percaya bahawa lelaki yang bernama Saeyoung itu telah pun pergi buat selamanya. Saeyoung, kenapa dia sudah lama tidak bersua muka dengan Saeyoung? Yura kemudian memandang koko panas di tangannya. Teringat sewaktu kali pertama dia dan Saeyoung bertemu, kenangan yang paling manis dan kelakar sekali. Air mata Yura mengalir, tanpa di sedari air matanya termasuk ke dalam koko panas. Saeyoung, kenapa kau tinggalkan aku? Air mata Yura semakin deras apabila terfikirkan yang dia tidak dapat bersama-sama Saeyoung buat kali terakhir. Dia tidak dapat melihat wajah senyuman Saeyoung buat kali terakhir. Guraun hambar lelaki itu juga tidak dapat dia dengari lagi. Dia tidak dapat menyetuh Saeyoung buat kali terakhir. Langsir wad Yura di tarik laju oleh seseorang. Wajah Eunmi yang tenang bersama Jin di sisi menyapa Yura yang sedang menangis.

[HIATUS] CIK MUDA CIK MAFIAWhere stories live. Discover now