Chapter 5

977 133 19
                                    

“Tak” Eunmi mengeleng.

Jin memberikan arahan pada perkerja tersebut untuk mengambil pakaian yang lain. Wanita itu mengagguk. Dia mengambil pakaian yang sudah di pilih oleh rakan sekerjanya lalu menunjukkan pada Eunmi. Baju dress labuh berwarna hijau muda ditunjukkan. Eunmi mengeleng sambil melihat kukunya. Jin mengeluh. Dia menggunakan isyarat mata untuk pakaian yang seterusnya. Baju blouse berwarna peach bersama dengan skirt paras lutut berwarna hitam di padankan bersama pula ditunjukkan.

“Urgh, teruknya warna,” Rungut Eunmi. “Apa? Awak ingat saya nak pergi makan malam syarikat ke?” Jeling Eunmi.

Wanita itu menunduk meminta maaf dan meninggalkan Eunmi bersama Jin kembali mencari pakaian baru. Jin mengerling Eunmi yang kini sibuk dengan telefon pintar.

“Cik muda, dah dua jam kita dekat sini. Berapa lama lagi cik nak pilih baju?”

Eunmi merenung tajam Jin. “Hei, suka hati sayalah!” Balas Eunmi.

Jin mencebik. Rasa nak keluarkan pistol tembak budak ni sahaja. Namun, itu adalah satu tindakan yang bodoh. Jin memasuki kawasan kedai meninggalkan Eunmi di dalam bilik persalinan seorang diri. Para pekerja sedang tekun mencari baju yang sesuai untuk Eunmi pakai pada makan malam ini. Dia mendekati seorang gadis muda.

“Hi,” Sapanya dengan sopan.

Gadis itu memandang Jin. Kemudian, dia menunduk hormat. “Err, Hi? Boleh saya bantu Encik?” Tanya gadis yang bernama Wendy Son.

“Boleh tunjukkan saya pakaian yang melambangkan feminin?”

Wendy mengagguk. “Sudah tentu, mari ikut saya,” Gadis itu terus membawa Jin ke bahagian pakaian dress yang berparaskan lutut.

Pelbagai warna dan gaya berada di situ. Jin mula melihat dengan teliti. Wendy pula mula menerangkan setiap ciri-ciri pakaian tersebut. Eunmi yang berada di dalam bilik persalinan menjadi bosan apabila menunggu pekerja yang lain mencarikannya baju. Dia menjengukkan kepalanya keluar bilik persalinan melihat mereka semua. Kemudian, matanya tertangkap pada Jin yang sedang mengagguk-anggukkan kepala apabila mendengar penerangan Wendy. Jin tersenyum manis apabila dia bertentangan mata dengan Wendy. Wendy pula malu-malu. Eunmi mengeggam langsir.

“Oh, pergi mengorat orang nampak. Buat kerja tak nak!” Eunmi menjeling. “Tak pernah pun dia nak tersenyum macam tu dekat aku!” Bebel Eunmi seorang diri. Dia mencampakkan langsir ke belakang.

Jin yang menyedari seperti di perhati mmandang kearah bilik persalinan yang sedang di masuki oleh pekerja kedai pakaian ini bersama beberapa helai pakaian. Jin memandang Wendy semula.

“Maaf, boleh ulang semula?” Jin tersengih.

“Boleh, Encik,” Balas Wendy. “Baju ini tampak lebih sopan dan elegant. Tak terlalu pendek atau labuh sangat. Sesuai untuk makan malam. Di bahagian bawah dress ini, ada lace yang menunjukkan sifat lembut. Di gabungngkan bersama dress berwarna merah jambu pastel ini dapat menarikkan lagi perhatian pasangan. Pakaian ini rasa lebih selesa di pakai kerana kain satinnya yang lembut,”

Jin mengagguk-angguk sambil membelek dress tersebut. “Boleh tambahkan sesuatu di sekeliling pinggang ni tak?”

“Boleh, kami akan tolong tambahkan reben berwarna putih yang berukuran 6mm di sekeliling pinggang bagi menampakkan bentuk badan,”

“Saya ambil yang ini. Tolong bawakan ke dalam bilik persalinan Cik Muda,”Kata Jin.

Wendy menunduk hormat. “Baiklah, saya akan bawakannya ke dalam bilik persalinan selepas meletakkan reben di bahagian pinggang,”

Setelah selesai, Jin kembali ke dalam bilik persalinan. Yup, seperti di dalam tekaannya. Eunmi masih lagi menolak semua pakaian yang di pilih para pekerja tanpa mencubanya dahulu.

[HIATUS] CIK MUDA CIK MAFIAWhere stories live. Discover now