Chapter 6

908 126 35
                                    

Pintu bilik Eunmi di buka luas. Kiri dan kanan di toleh cuba memastikan tiada sesiapa yang memerhati. Perlahan-lahan pintu di tutup agar tidak membuat bunyi yang kuat. Langkah kecilnya cuba berhati-hati supaya tidak terlanggar barangan Eunmi kerana jika tersilap langkah tindakannya pasti akan di ketahui. Laci baju Eunmi di buka dan di selongkar dengan hati-hati. Kemudian, dia beralih pada bahagian meja belajar Eunmi. Satu persatu laci buku di tarik dengan kasar. Dia bertambah geram apabila tidak menemui apa-apa. Buku-buku yang tersusun kemas di atas meja Eunmi juga di selak satu persatu. Tiba-tiba matanya tertangkap pada kotak bersaiz sederhana yang tersorok pada belakang susunan buku. Apabila tangannya perlahan-lahan mencapai. Bahunya ditarik seseorang.

“Seokjin oppa,” Sebutnya dengan nada terkejut.

Jin mengerutkan dahi. “Apa kau buat dekat sini, Dahyun?” Tanya Jin yang masih lagi tidak melepaskan bahu gadis itu.

Mata Dahyun memandang ke arah lain cuba mengelak dari memandang mata Jin. Di benam fikirannya bermain pelbagai alasan. “Err, saya tercicir benda dalam cik muda,” Sengihnya.

“Aku tak rasa tugas kau untuk mengemas bilik cik muda?” Jin semakin hairan. “Dan barang apa yang kau tercicir tu?”

Dahyun mengetap bibir. Cuba mencari alasan lain. Hah, barang apa yang kau cicirkan tu Dahyun? Dahyun meramas-ramas jari-jemarinya menampakkan kegelisahan.

“Sebenarnya, saya tak sengaja terjatuhkan subang saya. Lepas tu, subang ni jatuh tergolek-golek sampai termasuk ke dalam bilik cik muda yang pintunnya terbuka sedikit…” Dahyun cuba membuat muka kesian.

“Subang apa?” Tanya Jin lagi untuk kepastian.

“Subang saya bentuk kepala beruang warna coklat. Saya ingatkan cik muda mungkin simpankannya sebab benda tu terjatuh semalam,” Terang Dahyun.

Jin perlahan-lahan mengagguk. Pinggang di cekak. “Okay, habis tu dekat telinga awak tu apa? Bukan subang tu awak hilangkan ke?”

Dahyun membulatkan mata. Lantas telinganya di pegang bagi menutup bukti namun apakah daya dia sudah terlambat. Lalu Dahyun menundukkan kepala.

“Okay, saya tahu awak baru sahaja bekerja di sini tiga hari lepas dan awak mungkin tak tahu peraturan di dalam Villa ni. Jadi, saya akan bagitahu peraturan mengenai bilik cik muda,” Jin menyilang tangan. “Pertama, bilik cik muda tak boleh di masuki sesuka hati. Kedua, yang hanya di benarkan masuk ke bilik ini saya, Yura nuna, Encik Woo dan Tuan Besar Oh. Ketiga, Kalau awak nak masuk kena beritahu saya dan Yura dahulu. Keempat, Kalau dah dapat kebenaran barang cik muda,” Jin mendekati buku-buku yang berselerak di atas meja Eunmi “Jangan sekali di sentuh,”

Dahyun mengagguk dengan pantas. “Faham, maafkan saya. Saya janji saya tak akan buat lagi,” Dia menunduk meminta maaf.

“Baguslah, kalau begitu sila keluar,” Arah Jin.

Dahyun mengagguk sekali lagi. Dia terus berjalan dengan pantas keluar dari bilik Eunmi. Jin memerhatikan gadis itu sehingga hilang di koridor tingkat dua villa ini. Selepas itu, Jin kembali pada meja belajar Eunmi. Disusunya semula buku-buku Eunmi dalam masa yang sama di mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket. Nombor telefon, Jane di dail.

“Yup, ketua!” Jawab Jane dengan ceria.

“Tolong perhatikan maid baru tu,” Arah Jin sambil memasukkan buku ke tempat asal.

“Aik? Kenapa pula? Maksud ketua, Dahyun ke?” Binnie membetulkan apronnya. Dia berada di dapur sedang membantu Puan Yoo memasak pie di dapur.

“Yalah, siapa lagi? Dia baru sahaja selongkar bilik Cik muda,” Jin mengeluh.

[HIATUS] CIK MUDA CIK MAFIAWhere stories live. Discover now