Chapter 13

698 100 7
                                    

Jimin menendang kasar pasu di hadapan pintu rumahnya. Dia kemudian mencampakkan beg ke atas serpihan kaca pasu bunga. Batang besi yang tersorok di belakang pintu di ambil lalu di hentakkan kuat pada rak kasut melepaskan kemarahan. Habis tumbang rak kasut tersebut. Pembantu rumah Jimin, Sunmi dan Yeeun yang berdiri di belakang Seunghoon hanya melihat Jimin penuh ketakutan. Jonghyun juga mampu melihat dengan wajah yang tenang. Dia tidak berani hendak menghalang.

"Perempuan tak guna!" Jerit Jimin.

Sakit betul hatinya apabila papanya membuat keputusan begitu sahaja. Batang besi di campakkan ke tepi sehingga mengenai cermin kereta. Habis berderai kaca pintu kereta tersebut. Kisah apa dia, papanya banyak duit. Petik jari sahaja boleh dapat dan betulkan semua benda ni. Pembantu rumah Jimin terjerit kecil lalu menekupkan telinga apabila mendengar bunyi kuat kaca berderai. Kereta berwarna biru gelap memasuki perkarangan villa Park. Pintu kereta tersebut di bukakan oleh drivernya. Wajah Lee Hyejin, ibu kepada Jimin bersama Mina di sebelah menyapa mereka semua. Lantas, kesemua perkerja villa Park menunduk hormat.

"Park Jimin!" Panggil Hyejin dengan lantang. Langkahnya pantas mendekati anaknya.

Mina di sebelah Hyejin memandang sekeliling kawasan rumah yang sudah hampir di musnahkan oleh tangan Jimin sendiri. Dia tersenyum sinis puas hati. Jimin memandang mamanya.

"Apa yang kamu buat? Kamu cuba nak musnahkan rumah ni ke?!" Marah Hyejin. Kemudian, matanya jatuh pada cermin kereta yang sudah pecah sehingga cebisan. "Park Jimin, kamu ke yang buat semua ni?!" Dia menunjukkan ke arah cermin kereta.

Jimin mengeluh berat. Dia menoleh tidak mahu bertentang mata dengan Hyejin. Namun, matanya bertentangan dengan Mina. Gadis itu seperti tersenyum kemenangan. Darah Jimin kembali berderau. Dia berjalan ke arah Mina. Tangan yang memegang batang besi itu di angkat dan di ayunkan hendak menghentak Mina. Mina apa lagi terus cuba mempertahankan dirinya mengunakkan tangan. Melihat tindakan Jimin, lantas Seunghoon dan Seungyoon menahan Jimin. Besi di tangannya terjatuh. Badan Jimin di tolak ke bawah dan tangannya di letakkan ke belakang badan.

Jimin cuba melepaskan diri. "Lepaskan akulah! Kau tahu tak kau tengah buat apa sekarang ni? Aku boleh pecat kau sekarang juga!" Teriaknya.

"Maafkan kami, Tuan Muda. Ini untuk kebaikan Tuan Muda," Kata Seungyoon.

"Aunty!" Mina terus berlari ke belakang Hyejin meminta perlindungan kerana ketakutan.

Hyejin menepuk-nepuk lengan Mina cuba menenangkan gadis tersebut. 

"Park Jimin, bawa bertenang! Kamu ni gila ke cuba nak pukul Mina?!" Marah Hyejin sekali lagi.

"Saya tak gila. Perempuan tak guna tu yang gila! Pandai-pandai buat cerita dekat papa!" Jimin masih lagi bergelut. "Kau perempuan gila! Biar aku bunuh sahaja kau!"

Hyejin mengarahkan Jonghyun dan Yonghwa mengangkat Jimin untuk menghadapnya. Apabila sudah di angkat terus tamparan hinggap di pipi Jimin.

"Mama tak ajar kamu jadi macam ni! Kamu yang buat dia jadi macam tu kamu tak nak mengaku? Park Jimin, kenapa sejak balik ke sini kamu banyak berubah!" Hyejin menepuk dadanya kerana terasa begitu kecewa.

"Tapi Jimin tak buat dia mengandung!" Akhirnya, Jimin meninggikan suara. Suaranya seperti bergema di kawasan villa Park.

Pekerja villa Park semuanya terkejut dan mula membisik sesama sendiri. Mina yang duduk di belakang Hyejin menjeling sekilas Sunmi dan Yeeun. Terus tertunduk dua orang pembantu rumah tersebut.

"Buat benda tu pun tak pernah. Macam mana pula betina tu boleh mengandung?!" Jimin merenung tajam Mina di belakang mamanya. "Mama pasti ke tu anak kandungan Jimin? Entah jantan mana dia tidur sekali. Perempuan murahan macam ni memang berlambak jantan nak!"

[HIATUS] CIK MUDA CIK MAFIAWhere stories live. Discover now