Chapter 1

1.5K 159 21
                                    

Jin mengeluh berat. Lengannya yang luka di balut dengan kain putih. Rasa sakitnya seperti di cucuk jarum yang tajam. Namun, di tahan bersama kerutan dahi. Dia bersandar pada sebalik dinding bangunan lama itu. Penat tahu tak, asyik lari sana sini untuk melindungi diri. Nafasnya di tarik dalam-dalam. Suasana di bangunan lama itu menjadi sunyi. Tiada lagi bunyi tembakan seperti tadi, mungkin kerana mereka semua sedang bersembunyi dan menunggu musuh menyerang dahulu. Mask mata berwarna hitam untuk menutup identitinya di betulkan.

"Bodoh ke apa diorang ni tunggu musuh serang dulu," Rungut Jin seorang diri. Pistolnya ditarik picu sedia untuk menyerang. Dia terlebih dahulu mencuri pandang sebalik dinding yang berlubang itu.

Tiba-tiba bunyi seseorang sedang meluncur masuk ke arah Jin mengejutkannya. Pistol terus di acukan pada lelaki itu.

"Eh, ketua! Ni aku, I.M!" I.M terus cuba melindungi dirinya takut-takut Jin tertembak.

Jin mengeluh lega. Dia sempat menjeling ke arah I.M. "Kau ni, boleh tak jangan buat aku terkejut! Kalau tak kau dah jadi arwah dah tadi!" Marah Jin.

I.M hanya menunduk. Dia mengaru-garu kepalanya yang terasa gatal. Tak berani hendak menjawab, karang tak pasal-pasal dia betul-betul jadi arwah di situ. Jin mencuri pandang sekali lagi.

"Laporan kedudukan musuh," Kata Jin yang masih lagi memerhatikan keadaan.

I.M bersandar pada dinding. "Dari arah kiri dan kanan terdapat dua orang musuh,"

Jin mengagguk. "Dia tahu tak aku di sebalik dinding ni?"

"Mereka tahu kedudukan, ketua," I.M mengeluh.

Jin memandang I.M "Mereka tahu tak kau ke sini?" Tanyanya.

"Tak, ketua,"

"Di mana kedudukan Leo?" Tanyanya lagi.

"Kedudukan Leo tidak jauh di sini. Dia berada di arah tenggara di mana musuh di bahagian kiri," I.M melihat jam tangan yang di ciptanya yang memberitahu kedudukan musuh mereka dan ahli black mask yang lain.

"Laporkan pada Leo, masa untuk kita keluar," Jin menarik picu pistolnya. "Beraksi," Senyumnya.

Satu das tembakan di lepaskan oleh Jin kepada seorang musuh yang sedang menghendapnya di arah utara. Jatuh rebah seorang dengan mudah. Leo melompat keluar dari tempat persembunyiannya dan menembak salah seorang lelaki di arah kiri dan kanan dengan mudah. I.M terus melindungi ketuanya dari belakang agar tidak di serang musuh yang lain. Bermulalah sesi pertarungan yang lebih sengit, musuh yang lain mula keluar dari tempat persembuyian dan mula menyerang dengan tembakan. Jin sempat melindungi dirinya dari terkena tembakan. Dia berlindung di sebalik perabot yang mula di makan anai-anai. Berdas-das tembakan di lepaskan oleh Jin, I.M dan Leo.

Tiba-tiba telefon pintar Jin bergetar. Ah, biar betul ada orang telefon waktu sengit begini! Jin hanya tidak mengendahkan panggilan dan terus menyerang musuhnya. Banyak juga musuh yang muncul pada hari ini. Mark dan Jackson muncul menyertai pertarungan. Dua, tiga orang berjaya di tembak mereka. Sekali lagi, telefon Jin bergetar, lelaki itu hanya mampu mengetap bibir dan mengeluh dengan panjang. Dia melihat skrin telefon pintarnya. Panggilan dari cik mudanya. Serius ni!

"Jackson!" Jerit Jin memanggil lelaki itu.

Satu das tembakan di beri musuh mereka apabila tenampak Jin. I.M terlebih dahulu bertindak menyerang lelaki itu sebelum dia cuba untuk melepaskan lagi das tembakan pada ketua mereka.

"Lindungi aku!" Arah Jin.

Jackson terus mengagguk. Dia berlari ke arah Jin dan membelakangi lelaki itu. Jin mengakat panggilannya.

[HIATUS] CIK MUDA CIK MAFIAWhere stories live. Discover now