Fauzi duduk termenung sambil memikirkan kejadian tadi.Dia cuba melupakan Harun kerana dia ada misi yang lebih penting.Fauzi juga telah membuat keputusan untuk tidak memberitahu Nafiz tentang segala perkara yang berkaitan dengan Harun.Dia tidak mahu Nafiz bersedih lagi.Beberapa ketika selepas termenung,Fauzi pon terlelap.
Dia terjaga pada waktu petang.Fauzi terus berjumpa dengan Tisha untuk belajar cara-cara menggunakan alat yang diberitahu oleh Joe.Tisha tidak banyak bercakap.Dia bukanlah seorang yang petah berkata-kata.Sepanjang sesi pembelajaran,Tisha hanya menerangkan tentang alat itu sahaja.Selepas itu,Tisha kembali ke biliknya.
Isharani keluar dari dalam kokpit lalu menghampiri Fauzi yang sedang termenung sambil memandang sayap pesawat itu.
"Fauzi,kau okay?" Isharani duduk di hadapan Fauzi.Dia merenung Fauzi beberapa ketika kemudian berkata lagi,"Fauzi?"
Kali ini,Fauzi tersentak.Dia memandang Isharani sambil menggosok matanya yang berair dan menyedut hingusnya.Hidung dan muka Fauzi kelihatan merah padam.
"Kau okay?"
"Uh...ya..ya aku okay..."
"Hmm,ok aku nak ingatkan kau balik.Kitorang akan turunkan kau jauh dari bangunan Wicked and kau kene jalan kaki sikit tau,kitorang tengok kau dari jauh ok?"
"Okay," jawab Fauzi perlahan.
"Kau pergi kat bahagian belakang sana,pegi sediakan barang-barang yang kau perlukan," kata Isharani sambil menunjuk sebuah pintu berhampiran.
Fauzi tidak menoleh untuk memandang pintu itu.
"Lepastu,kau rehat lah ye,kita akan sampai esok pagi.Jangan fikir sangat tau," Isharani terus berdiri lalu menepuk bahu Fauzi sebelum berjalan pergi.
Tanpa melengahkan masa,Fauzi trrus masuk ke bilik tadi.Dia mengambil sebuah beg untuk memasukkan device yang diberikan oleh Tisha.Kemudian dia memilih beberapa pakaian bersih.
Selepas itu,Fauzi kembali ke tempat duduknya semula.Sekali lagi dia merenung keluar tingkap sambil memikirkan tentang sahabat-sahabtnya yang lain,terutama sekali Harun.Tidak lama kemudian,Fauzi pon tertidur.
Pagi menjelma.Cahaya matahari memancar ke muka Fauzi melalui tingkap.Fauzi terjaga dari tidurnya,namun dia tidak membuka matanya terus.Selepas menyelesakan matanya dengan sinaran itu.Tiba-tiba,Isharani datang menghampiri Fauzi,"Fauzi,kita dah nak sampai,kau pegi siap cepat."
Fauzi terus berlari ke bilik belakang.Dia membasuh mukanya lalu memandang cermin.Kemudian,dia menjenguk ke tingkap kapal terbang itu.Dia ternampak daratan yang diliputi salji.Dia berasa sangat terkejut,Bagaimana kawasan berpasir boleh ada salji?
Dia menyalin pakaiannya lalu menyarungkan sepasang sarung tangan yang agak tebal.Selepas beberapa minit berlalu,Fauzi terus berjalan ke arah pintu pesawat.Kelihatan Isharani dan Tisha sedang menunggunya.
"Ready?" Isharani.
"Yep," Fauzi.
"Jangan lupa device tu," Tisha bersuara buat julung kalinya.
"Ok,aku akan cepat-cepat pasang device tu," Fauzi tersenyum.
"Ingat ya,kitorang akan datang dalam pukul 11 pagi,Jaga diri kau," Isharani
Fauzi hanya tersenyum lalu berjalan keluar.Kasutnya sedang memijak salji.Dia tertanya-tanya pernahkah dia bersemuka dengan salji.Fauzi terus berjalan menghampiri bangunan putih yang kabur di hadapannya.Ribut salji ketika itu agak kencang tetapi ia tidak menejejaskan semangat Fauzi.Sepanjang perjalanannya,tiada satu pon crank muncul.Fauzi mengetuk pintu besi bangunan itu.Dia teringat ketika kali pertama dia memasuki bangunan itu.Tak sangka aku akan masuk tempat ni balik../
"Hello?!Tak nak kasi aku masuk ke?!" Fauzi menjerit.
Tiba-tiba,pintu itu terbuka.Fauzi pon melangkah ke dalam.Kelihatan Faris sedang berdiri di dalam sambil tersenyum memandang Fauzi.Fauzi berasa pelik melihat senyuman puaka itu.Bagaimana dia masih boleh tersenyum selepas apa yang sudah Fauzi lakukan terhadapnya.
"Welcome back,Fauzi,I know you will come.Follow me please," kata Faris lalu berjalan ke sebuah bilik.
"Emm,Faris,boleh tak aku nak pergi tandas dulu," Fauzi membuka mulutnya.
"Yea,sure,anything for you," Faris tersenyum.
Mereka berdua berjalan ke tandas
"Aku tunggu kat luar ye," Faris terus tersenyum.
Fauzi masuk ke dalam tandas.Dia mengambil peluang ini untuk memasang device Prof Tisha.Dia membuka begnya lalu mengeluarkan device tersebut.Fauzi menoleh ke sekeliling lalu ternampak sebuah almari.
Maybe aku boleh pasang kat sini,
Fauzi terus meletakkan alat itu di atas almari tersebut lalu memasangnya seperti yang Prof Tisha ajar.Kemudian,Fauzi keluar dari tandas.
"Done?" Faris.
"Yea..."
Mereka berdua terus berjalan ke sebuah bilik.Faris menolak pintu untuk masuk ke dalam.Bilik itu kelihatan seperti bilik mesyuarat.Ada tiga orang wanita sedang menunggu mereka di dalam.
"Take uour seat," kata Faris dengan selamba.
Fauzi duduk di hadapan Faris dan tiga orang wanita itu.Mereka menyiku lengan antara satu sama lain.Fauzi hairan dengan perbuatan mereka bertiga.
"Huh,Fauzi,Firstly...aku nak cakap.Aku nak ucap terima kasih sebab kau datang jugak akhirnya.Now,kitorang boleh siapkan antidote tu.Tapi...aku kene bagitau kau something..." Faris.
"What?" Fauzi endah tak endah.
"Kitorang kene amik otak kau," Faris
Fauzi terkejut namun dia tidak mengatakan apa-apa.
"Dr.Lisa,Terangkan..." Faris memandang seorang wanita.
"Ok,ehem...kami dah jumpa semua yang diperlukan untuk antidot tu.Tapi,ia takkan lengkap tanpa pattern dalam killzone otak kamu,untuk dapatkan pattern tu,kami kene guna otak kamu," terang Doktor Lisa.
"Huh papejela," kata Fauzi selamba walaupun dia tahu yang dia berada dalam bahaya.Dia pastinya mati jika Nafiz dan lain-lain tidak datang segera.
"Sementara tunggu bilik pembedahan tu sedia,kau kene tunggu dulu ya,aku akan bawakkan kau makanan," Faris.
Fauzi tahu,kika seseorang akan mati,dia akan diberikan makanan yang lazat.
"Aku nak chicken chop dengan nasi goreng," pinta Fauzi sebelum sempat Faris keluar.
"Sorry,kitorang just ada sandwich." Faris terus berjalan keluar.
Dua orang wanita juga turut keluar dari bilik itu.Seorang daripadanya memberikan sebuah konputer riba kepada Fauzi lalu berkata,"I want you to type something...for your friends."lalu dia terus berjalan keluar.
Fauzi tidak sangka dia sedang meletakkan dirinya dalam bahaya.Untuk beberapa ketika,Fauzi tiada idea untuk taip apa-apa.
Hey,Piz,Athirah,Mai...aku nak mintak maaf coz aku tak tepati janji aku...diorang cakap lepas antidot tu siap.Diorang akan bebaskan semua immune.Aku nak korang tau...korang lah kawan terbaik yang aku ada😉
Tiba-tiba Faris masuk ke dalam bilik itu dengan membawa sepinggan sandwich.Fauzi memakannya dengan perlahan.Kemudian Faris berkata,"Its time Fauzi...kite kene buat pembedahan tu sekarang..."
Tiba-tiba bunyi alarm bangunan berbunyi...
Seorang guard masuk ke dalam lalu bekata,"ada orang kat luar,katanya nak hantar barang..."
"Lisa! bawak dia pergi bilik pembedahan.Kita tak tahu apa tujuan orang tu.Kita kene cepat!" Fariz memberi arahan kepada Doktor Lisa dan lain-lain yang baru masuk ke situ.
Fauzi masuk ke dalam bilik itu lalu berbaring di sebuah katil.Dia berharap sangat Nafiz ada di situ untuk menyelamatkannya.Doktor Lisa menyuntik Fauzi dengan ubat tidur.Semuanya menjadi samar-samar kemudian gelap semuanya...
YOU ARE READING
Run Away 3
Science FictionInilah penamatnya. Wicked telah mengambil segala-galanya daripada Fauzi.Hidupnya, kenanganya, dan kini Wicked mengambil sahabatnya pula.Semuanya hampir tamat selepas satu ujian terakhir. Adakah akan ada yang terus hidup? Wicked tidak tahu Fauzi inga...