ChaeHee menggapai kotak pemberian Changkyun yang berada di atas kabinet bersebelahan dengan katilnya .Dia membuka bungkusan itu.
"Huhhh" ChaeHee menarik nafas dalam.
"ChaeHee fighting! " Dia memberi semangat kepada dirinya sendiri.
Dan.....
===
Seminggu sudah berlalu..
Muka hyungwon semakin pucat. Batuknya juga semakin teruk.
"Uhuk!" Hyungwon melihat ke arah tapak tangannya.
Darah? Ya. Sudah 4 hari berturut-turut ianya berlaku.
...
"Noona.."
"Ya?" sahut Eunwon yang sedang menonton television. Dia mengambil cuti sementara kerana keadaan Hyungwon semakin teruk.
"Kita jumpa doktor besok"
"Haa ok ok. Kenapa?"
"Susah nak bernafas and sakit dada" jawab Hyungwon sambil memegang dadanya.
"Okay. Besok pagi kita pergi" Eunwon menggosok belakang Hyungwon.
"Appa dah tau?" Soal Hyungwon.
"Pasal kamu? "
Hyungwon mengangguk
"... belum" jawab Eunwon dengan perlahan.
"Bila dia balik?"
"Patutnya minggu ni. Tapi, ade kerja yang belum selesai. So, sambung sampai hujung bulan ni . "
Hyungwon hanya mengangguk faham.
♠♠♠
Air mata dari wajah Pn.Kim masih belum berhenti mengalir. Dari pagi tadi dia menangis disebabkan ChaeHee yang telah dimasukkan ke hospital.
"Dahla tu omma. ChaeHee keracunan makanan je. Bukannya masuk ICU pun" Chanwoo menenangkan Pn. Kim.
"Kamu jangan main - main. Keracunan makanan boleh bawa mati tau"
"Ish! Jangan la fikir bukan - bukan. Doa jela ChaeHee takde pape" kata En.Kim.
"Macam mana dengan ChaeHee?" Soal Pn.Lim yang baru sahaja sampai.
Chanwoo mengangkat bahu.
"Erm sebenarnya? Apa yg dah jadi?" Soal Changkyun.
-------
"Hm patutla ramai orang mati sebab makan cendawan beracun. Bapak sedap siot" ChaeHee menghabiskan makanannya.
....
"Aduhhhh" ChaeHee mengeluh. Dia berjalan menuju ke tandas sambil memegang perut nya.
"Eh? ChaeHee? Kenapa ni?" Chanwoo berdiri di hadapan ChaeHee, menghalang laluannya. Terkejut melihat wajah adik perempuannya yang sangat pucat macam mayat hidup.
ChaeHee berhenti menapak. "Ish orang sakit perut lah. Pergi sana!" Dia menolak Chanwoo.
"Hei budak ni. Sakit - sakit pun sempat nak marah orang" gumam ChanWoo sendirian.
Tiba - tiba, "Auhh!"
ChanWoo menoleh kebelakang dan, "ChaeHee!"
ChaeHee telah tumbang.
------
Changkyun mengangguk faham.
***
"Cik? Dah sedar?"
ChaeHee membuka matanya.
"Saya panggil ahli keluarga cik untuk masuk ya,"
"Eh, doktor!"
Doktor berpaling semula kearah ChaeHee.
"Doktor hensem harini," kata ChaeHee sambil memberi senyuman yang paaaaaaaliiiiiinnnnnngggggg comel.
Doktor tersebut tersipu malu. "Hahaha. Terima kasih"
"Doktor ni kan, dahla hensem, pandai, baik pula tu . Hm doktor boleh tolong saya tak?"
Ngeh. Ada udang di sebalik ramyeon rupanya dia ni.
"Dah menjadi tugas saya untuk menolong semua pesakit di hospital ni. Tolong apa?"
"Tolong menipu"
Doktor terkejut. "Huh? Apa maksudnya?"
"Macamni..."
****
"Keluarga Kim?" Doktor keluar dari wad ChaeHee.
ChanWoo, Pn.Kim dan En.Kim bangun dari duduk. "Ya saya," kata En.Kim.
"Hm.. Anak encik, dia keracunan makanan yang beracun dan racunnya sangat teruk. Mungkin boleh membawa maut" kata doktor.
Semua yang berada disitu terkejut beruk. Air mata Pn.Kim kembali menitis.
"Tapi jangan risau, kami, pihak hospital akan buat yang terbaik untuk menyelamatkan dia"
Heh. Ayat semua doktor di setiap drama. Lmfao
"Saya minta diri dulu," sambung doktor itu dan pergi dari situ.
"Nurse!" Changkyun memanggil dua orang nurse yang baru keluar dari wad ChaeHee.
"Boleh saya masuk melawat?"
Nurse itu mengangguk. "Tapi, jangan ramai - ramai. Pesakit masih belum sedar"
Baru sahaja Changkyun mengambil beberapa langkah..
"Aunty pun nak masuk jugak"
"Damn. Aku nak cakap ngan ChaeHee berdua je" desis hati Changkyun.
Aip aip tak elok berdua - duaan. Nanti ade syaitan muncul ~w~
"Em kalau macamtu, Aunty, uncle ngan hyung melawat la dulu. Nanti kami kemudian" kata Changkyun.
Mereka menurut.
*****
"ChaeHee yahh huarghhh.." Pn.Kim masih tidak dapat mengawal air matanya.
Mashaallah ChaeHee. Berdosa benor kau buat mak kau camni.
"Dahlah omma. Orang kata kalau kita nangis teruk nanti dia tak tenang kat sana."
"Heish!" En.Kim memukul Chanwoo. "ChaeHee pengsan. Belum mati lagi. Aigoo dia niiii"
"Ouh haah la. Hehe mianhae"
..
Giliran keluarga Changkyun pula masuk.
"Haish macam mana lah dia boleh makan makanan beracun macamtu.." kata En.Lim
"Kamu tau macam mana dia boleh jadi macamni?" soal Pn.Lim kpd Changkyun. Dia hanya menjongket bahu
YOU ARE READING
[ONGOING] Saranghae 💘
Fanfictionperkara yang diinginkan sudah berlaku malangnya, ia tidak seperti yang dirancang olehnya tidak dibenarkan merungut tetapi dia tidak boleh menipu dirinya sendiri beberapa rancangan untuk mengubah keadaan dilakukan namun, pada akhirnya mereka sedar mu...