Part 18

25 1 0
                                    


"Oh mak kau!" 

"So, kita memang tak jadi kahwin ke?!" soal Chaehee dengan teruja.

"Bu-bukan kau tidur ke tadi?" Changkyun terkejut.

"Mana ada"

"So.. kau.."

"Aku dengar la setan!"

"Ouh haha. Hm, Kalau plan ni berjaya la. Jadi, kau kena la berlakon betul betul" 

"Ish! Aku ingat dah confirm tadi. Bongok la kau saje buat aku excited" 

"Rilek la. Kita kena la sebut benda tu banyak-banyak kali so benda tu akan jadi" 

"Kau ni syiah ke apa? Siapa ajar kau benda-benda macamni ni ha?" soal Chaehee. 

"Aku sendiri" kata Changkyun kemudian tersengeh bangga. Dia  membuka penutup botol coca-cola yang dipegangnya. 

Baru sahaja dia nak minum,

"Nak sikit.." Chaehee memandang ke arah botol tersebut.

"Mana boleh minum. Doktor tak kasi kau makan makanan luar lagi"

"Ni bukan makanan ni minuman"

Ugh. Dah mula dah. Changkyun menutup kembali penutup botol setelah meminumnya. "Tetap tak boleh. Dah jangan cakap banyak. Aku menyampah dengar suara kau banyak-banyak kali"

"Aku pun menyampah tengok muka kau hari-hari. Apahal kau datang sini?"

Dia hanya merespon dengan menghalakan jari telunjuknya pada telefon Chaehee yang berada di atas kabinet. "Ouh, Gomawo" katanya lalu mengambil dan menekan butang on pada telefonnya. "Banyak nya..." respon Chaehee apabila melihat notification yang tertera pada skrin. Paling banyak dari Hyungwon.

"Heh boyfriend chat la tu" 

"Diam la kau single" 

Ha setepek kau. Padan muka. 

"Ish! A... aku tak single la!" Changkyun melawan kemudian meneguk kembali coca-cola nya. "Ouh lupa. Girlfriend kau kan yang... pft HAHAHAHAHAHAHA" 

"Dia bukan girlfriend aku lahanat!" 

"Tak dengar, tak dengar" Chaehee mengejeknya.

"Fine" Changkyun menuju ke pintu. Dia hampir memutar tombol pintu tersebut tetapi dia teringat akan sesuatu yang ingin ditanya olehnya. Dia kembali dan duduk dikerusi yang bersebelahan dengan katil Chaehee. "Aku nak tanya ni"

"Apa lagi? Tadi macam nak berambus. Berambus jela" kata Chaehee sambil menaip di skrin telefonnya. Dia langsung tidak menoleh ke Changkyun. 

"Hyungwon tau?"

Dua perkataan yang membuatkan Chaehee terdiam. Dia berhenti menaip. "Maksud kau?" Mukanya yang menatap skrin dialihkan ke hadapan muka Changkyun.

"Pasal kita nak kahwin"

Pang!! Bahu Changkyun dipukul. "Apahal tiba-tiba kau pukul aku ni?!"

Asyik kena pukul je budak ni. Kesian dia hm.

"Jangan la cakap macamtu. Nanti jadi betul-betul" 

Haih Chaehee ni tadi kau sendiri kata dia syiah. Lepastu, percaya pulak. 

"Ouh mian. Okay correction. Pasal benda ni"

Chaehee mengangguk. "Then?" soal Changkyun. 

"Dia nak datang rumah aku haritu tapi.. tak jadi sampai sekarang" 

[ONGOING] Saranghae 💘Where stories live. Discover now