Aku Park Jimin, nak lagi senang panggil "Jimin" . Aku tinggal dengan nenek aku , omma dan appa aku dah lama mati sejak aku berumur 6 tahun lagi
Jadi aku dibesarkan oleh nenek aku. Setiap hari pergi sekolah aku akan naik bas sebab apa ? sebab aku bukan orang yang senang. Cukuplah duit untuk menampung pembelanjaan nenek aku dan aku sendiri. Nenek aku pun dah tua , dia cuma boleh buat kerja ringan-ringan ja.
Disebabkan aku taknak menyusahkan dia jadi aku pergi sekolah naik bas selalu.
Author Pov
Jimin sedang bersiap-siap untuk ke sekolah memandang kan hari ni hari isnin .
Selepas saja siap , jimin keluar dari bilik dan cari neneknya di dapur .
"nek , jimin dan siap ni " jimin menyapa neneknya.
"ouh ya , kejap nenek amik duit belanja ya " nenek jimin ingin pergi ke dalam biliknya tetapi ditahan oleh jimin .
"Takpayah lah nek , jimin ada duit nak belanja untuk sekolah nanti. Nenek jangan risau ya " kata jimin dan tersenyum.
"Aigooo~jimin , kamu tu cucu nenek . jadi kamu tu tanggungjawab nenek tahu"
"ya tahu nek , tapi jimin tak nak susahkan nenek .lagipun jimin ada duit nak belanja sekolah jadi nenek simpan duit tu ya , jimin dah lambat ni . Jimin pergi dulu tau " kata jimin panjang lebar selepas tu dia salam dan mengucup pipi neneknya.
"yelah jimin , hati-hati ya "
"Baiklah nek " jimin pun keluar dari rumah dan jalan menuju ke perhentian bas yang tidak jauh dari rumah neneknya.
.
.
.
.
.
.
Akhirnya jimin sampai juga di perhentian bas . Memandangkan bas akan datang lagi 20 minit . Jimin terus mengeluarkan headphonenya dari dalam bag sekolah dan pakai di telinga dia . dah memang rutin jimin jika menunggu bas datang.Jimin terangguk-angguk mengikut rentak lagu-lagu yang didengarnya.
Tengah asyik mendengar lagu , tiba-tiba ada seorang perempuan datang ke arah perhentian bas itu . Jimin menoleh ke tepi , dia agak takut dengan perempuan tu kerana pakaiannya yang selekeh dan kotor.
"aik , selekeh tapi muka cantik" kata jimin dalam hati
Jimin pun mengabaikan perempuan itu dan sambung mendengar lagu . Okey kalau nak tahu jimin ni suka pasang volume lagu kuat-kuat dan dia akan abaikan orang sekeliling sebab asyik sangat dengar lagu pakai headphone.
Agak mengejutkan kerana perempuan yang agak pelik ni duduk di sebelah jimin dan menegur jimin.
"hi ! nama saya mina! " sapa perempuan pelik itu ceria.
Disebabkan jimin dengar lagu tutup mata dan volume nya terlalu kuat . dia tak dengar apa yang perempuan yang bernama "mina" tu cakap.
"kalau....kalau saya nak cerita sesuatu boleh ? " tanya mina memandang jimin.
Jimin masih lagi dalam dunianya muziknya.
"tadi ada orang datang rumah saya...dia...dia boyfriend unnie saya . Diorang nampak happy gelak sama-sama
Lepastu saya pergi ruang tamu , tiba-tiba boyfriend unnie pandang saya dan dia...dia senyum dekat saya" kata mina selepas itu tersenyum.
"saya takut nak balas senyum dia balik sebab unnie pandang belakang dan pandang saya dengan muka marah dia..
Lepas ja boyfriend unnie balik , unnie cari saya dekat bilik stor . saya duduk dalam bilik stor yang kotor dan banyak habuk " tanpa jimin sedar, setitik demi setitik air mata mina jatuh.
"unnie datang dekat saya dan tarik rambut saya kuat , dia marah sebab dia ingat saya nak mengorat boyfriend dia" luah mina lagi
"dia sepak perut saya , dia tampar saya . sakit sangat...saya rasa macam nak.....mati
YOU ARE READING
[C] Sorry , Im Late(미안 늦었 어)
Kısa HikayeMaaf , Aku betul betul tak tahu. Dan aku betul betul tak sangka. Yang kau menderita selama ni. Maafkan aku. Sebab lambat.