MATA 2

721 52 15
                                        

Di malam yang sunyi sepi itu, natasha sedang berdiri di dalam sebuah bilik tidur yang agak asing pada pandangan matanya. kelihatan seorang gadis berambut pendek paras bahu sedang duduk di atas katil sambil memeluk kedua belah kakinya. ketika dia sedang duduk di situ tiba tiba saja pintu bilik tidur itu di ketuk orang dari luar. wajah gadis tersebut menjadi pucat lesi. dia seperti orang yang ketakutan pula. "farina!... buka pintu ni...", kedengaran suatu suara kerasa bergema dari sebalik pintu bilik tidur itu. si gadis segera bersembunyi di bawah katilnya. kedengaran tombol pintu bilik tersebut di buka orang dari luar. serentak dengan itu kelihatan seorang lelaki berkumis pendek sedang melangkah masuk ke dalam bilik tidur tersebut. dia kelihatan seperti orang yang mabuk pula. buktinya ada bau arak dari tubuh lelaki tersebut. "farina... kau di mana?...", kedengaran lelaki itu bersuara sambil matanya melilau ke sana ke mari mencari seseorang. gadis itu mendiamkan dirinya di bawah katil. sedikit pun dia tidak bersuara. tiba tiba lelaki tersebut menjengah di bawah katil itu. "oh... rupa rupanya kau ada di sini... cepat keluar!...", bentak lelaki tersebut dengan garangnya. si gadis merasa sungguh takut sekali. tubuhnya menggeletar ketakutan. "tak nak...", balas gadis itu. "keluar!...", bentak lelaki tersebut. "tak nak!...", balas si gadis. "oohh... kau melawan aku, ya... tunggu sekejap... aku ambik tali pinggang aku dulu....", serentak dengan itu lelaki tersebut membukakan tali pinggang yang terikat kemas di pinggangnya.

"pakkk!...", kedengaran bunyi tali pinggang di hempas di atas meja. "keluar!... kalau kau tak keluar aku akan pukul kau dengan tali pinggang ni...", bentak lelaki itu dengan garangnya. mahu tidak mahu si gadis merangkak keluar dari bawah katil itu. "aku nak kau buka baju kau tu...", lelaki tersebut bersuara sambil merenung ke arahnya seperti nak makan dia pula. "t... t... tak... n... nak!...", balas gadis itu. lelaki tersebut menggetapkan giginya. "aku tak suka kau cakap tak nak... cepat buka baju kau tu!... kalau tak aku akan pukul kau dengan tali pinggang ni...", bentak lelaki tersebut. gadis itu berkeras tidak mahu membuka bajunya tiba tiba, "pakkk....", kedengaran bunyi tali pinggang terhempas kuat di tubuhnya. "ouwhhhh!....", jerit gadis itu kesakitan. "bagaimana rasanya kena pukul, hah?... sudah banyak kali aku cakap pada kau yang kau kena dengar dan ikut cakap aku tapi kau degil sangat... sebagai hukumannya kau terimalah pukulan dari aku ni...", kata lelaki tersebut dengan marahnya. serentak dengan itu tubuh si gadis di pukul secara bertalu talu. kedengaran raungan kesakitan bergema di bilik kecil itu. penderaan tersebut berlanjutan sehingga si gadis kehabisan suara untuk menjerit kesakitan. seluruh tubuhnya terasa sakit. dia terbaring di atas lantai dalam keadaan yang kesakitan. tubuhnya lebam sana sini. lelaki itu mula membuka baju dan seluarnya lalu di rogolnya gadis malang tersebut. si gadis menangis teresak esak, "tolong... jangan!...", jeritnya dalam esak tangisnya namun tangisannya tidak di endahkan. malah dirinya terus di perkosa oleh lelaki durjana itu dengan sewenang wenangnya. natasha yang dari tadi diam menyaksikan kejadian tersebut mula merasa marah. dia segera mengambil sebatang penyapu yang ada di situ.

"oh... sungguh kejam kau lelaki bangsat!...", bentak natasha. dia cuba memukul lelaki tersebut dengan penyapu di tangannya tapi.... "natasha!... natasha!.... bangun sayang...", kedengaran suatu suara bergema di cuping telinganya. natasha terus membuka matanya. kelihatan papanya dato rashid bersama orang gajinya yang lain sedang berdiri memerhatikannya dengan wajah yang kehairanan. "oh... saya bermimpi rupanya...", bisik natasha perlahan lahan. "kenapa ni?.... apa mimpi awak tu sehinggakan awak meracau racau sakan ni?...", soal dato rashid dengan dahi yang berkerut. dia duduk di atas birai katil anak gadisnya itu. mahu tidak mahu natasha pun terpaksa menceritakan pada papanya tentang mimpi buruknya. "mungkin awak terlalu letih kot sebab itulah awak bermimpi yang bukan bukan... hm... sudahlah tu... awak bangun ye sayang.... hari dah siang dah ni... papa nak pergi kerja...", kata dato rashid seraya bangun dari atas birai katil anak gadisnya itu. "baiklah papa... baik baik jalan ya pa...", balas natasha sambil tersenyum manis. "hm... yalah...", dato rashid bangun lalu beredar dari situ. natasha duduk di atas katilnya sambil memikirkan tentang mimpi buruk yang sebentar tadi mengganggu tidurnya. dia rasa mimpi tu seperti benar benar terjadi tapi siapa gadis malang dalam mimpinya tu pun dia sendiri tidak tahu. wajah gadis tersebut tidak berapa jelas kelihatan dalam mimpinya. yang dia tahu gadis tu bernasib malang sekali kerana di dera dan di rogol oleh seorang lelaki yang tidak berhati perut. perlahan lahan natasha bangun. dia melangkah menuju ke bilik mandi untuk mandi dan berus giginya. perlahan lahan dia mengambil berus giginya. sedikit toothpaste di letakkan di hujung berus gigi.

MATA (P13)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang