MATA 10

411 38 4
                                    

setelah dada si mati di belah mereka mengeluarkan jantung si mati. mereka menggunakan peralatan yang biasa di lihat di hospital. contohnya pisau bedah yang kecil dan sebagainya. kemudian mereka mengeluarkan buah pinggang si mati pula. begitu juga dengan mata si mati. semua organ tersebut di letakkan di dalam satu container khas yang telah di sediakan kat situ. setelah siap semuanya mereka memasukkan tubuh si mati ke dalam sebuah karung besar. mereka melakukan pekerjaan mereka dengan penuh teliti. setelah siap semuanya mereka memasukkan karung berisi mayat itu ke dalam bonet kereta. semua peralatan pembedahan tadi di masukkan ke dalam beg. kemudian mereka memasukkan pisau, parang dan peralatan pembedahan di dalam kereta. ruang yang basah dek darah manusia itu di cuci sehingga bersih. nampak gayanya mereka akan berangkat pergi dari situ. natasha dan tengku ryan hanya diam memerhatikan mereka di sebalik tingkap tersebut. entah macamana tiba tiba seekor cicak jatuh di atas kepala natasha. "eeiiii!....", tak semena mena pula gadis itu menjerit kegelian. tengku ryan segera menepis cicak itu dari atas kepala natasha. dalam keadaan kekalutan itu tiba tiba, "hoi!... siapa korang ni, hah?... berani beraninya korang datang ke sini!...", bentak lelaki berjubah itu. dia berdiri memerhatikan mereka. dengan sepantas kilat natasha dan tengku ryan lari lintang pukang dari situ. "kejar mereka!...", perintah lelaki tersebut pada 2 orang lelaki yang berdiri di sebelahnya. tanpa berlengah mereka pun terus berlari mengejar 2 insan itu dari belakang. "hoi... jangan larilah... kalau korang lari aku akan tembak korang....", jerit salah seorang lelaki tersebut tapi natasha dan tengku ryan tidak mengendahkan jeritan si lelaki itu.

malah mereka terus saja berlari dengan pantasnya menuju ke arah kereta audi yang terletak tidak jauh dari situ. "bengggg!!!!!....", kedengaran satu das tembakan bergema di kawasan pinggir hutan himun. "arrggghhhhh!!!...", natasha menjerit kesakitan sebaik saja kaki kirinya terkena tembakan lelaki berambut panjang itu. dia terjatuh di atas tanah. "natasha!!!...", jerit tengku ryan terkejut. dia segera berpatah balik menuju ke arah gadis tersebut. "bangun tasha... awak mesti bangun... kita mesti lari dari sini...", tengku ryan berusaha memapah gadis itu tapi natasha menepis tangannya. "saya tak boleh lari... kaki saya sakit... awak larilah... selamatkan diri awak... tolong bawa camcorder awak tu ke balai polis dan awak suruh polis datang ke sini dengan secepat mungkin...", tutur natasha dalam kesakitan. dia terbaring di atas tanah. "tapi tasha... saya tak boleh tinggalkan awak dalam keadaan awak macam ni...", kata tengku ryan serbasalah. "awak larilah... tinggalkan saya kat sini... cepat lari!!!!....", gesa natasha dalam kepayahan. mahu tidak mahu tengku ryan pun terpaksa melarikan dirinya dari situ. "benggg!!!!....", sekali lagi kedengaran bunyi das tembakan bergema di kawasan itu. "Ouwhhhh!...", Tengku ryan menjerit kesakitan. Pinggang kirinya berdarah akibat di tembak oleh lelaki itu. Dia terus terjatuh di atas tanah. Mereka segera memapah pemuda itu masuk ke dalam banglo tersebut.

"kau ikut aku...", salah seorang lelaki jahat itu menarik tangan natasha yang terbaring di atas tanah. Natasha terbangun dan terjerit jerit kesakitan. jeritannya langsung tidak di endahkan. malah dia di heret masuk ke dalam rumah banglo yang terletak tidak jauh dari situ. natasha lihat tengku ryan seperti tidak bermaya. Begitu banyak darah keluar dari pinggang kiri pemuda tersebut. Tangan mereka di ikat di belakang oleh 2 orang lelaki yang berwajah bengis itu. Natasha lihat lelaki berjubah hitam tersebut mula membuka hud yang menutupi kepalanya. "doktor isma????....", terkejut betul natasha sebaik saja dia terpandang akan wajah lelaki yang kejam itu. "ya... aku doktor isma... kenapa? Kau terkejut ke?", soal lelaki tersebut sambil tersenyum sinis. "ke... ke... kenapa k... k... kau buat kerja haram ni?.... k... k... kau kan seorang doktor....", soal natasha cukup terkejut. "ya... memang aku seorang doktor tapi aku lakukan semua ni kerana wang dan aku nak jadi kaya raya...", balas doktor isma dengan wajah yang serius. natasha jadi bungkam sebaik saja dia mendengar perkataan lelaki tersebut. "Apasal korang pergi mengendap kami ni, hah?.... korang sengaja nak cari maut ke, hah?", soal doktor isma dengan marahnya. "Sebenarnya bukan tujuannya kami hendak mengendap korang tadi. kami cuma jalan jalan kat kawasan ni tiba tiba saja saya dan kawan saya nak pergi buang air kecil kat tandas di belakang banglo ni tapi kami terlihat korang pula...", dalih natasha.

"bohong!... aku tahu korang sengaja mengendap kami sebab korang nak tahu sangat siapa penderma organ mata dan jantung kawan kau tu... okay, memandangkan korang nak tahu sangat siapa penderma organ mata dan jantung korang tu maka saya akan memberitahukannya pada korang berdua... sebenarnya penderma organ mata dan jantung korang tu ialah seorang gadis yang bernama farina binti zakaria... aku menjumpai dia terbaring pengsan di belakang sebuah bangunan sebulan yang lalu. So aku bawa dia ke sini sebab parents korang mendesak aku untuk dapatkan organ mata dan jantung yang baru. Jadi aku pun terpaksa membunuh gadis tu and then aku ambik organ mata dan jantungnya untuk kau dan juga kawan kau ni... dengan mata dan jantung gadis itu lah kau dapat melihat dunia ni semula dan kawan kau dapat hidup lebih lama lagi...", kata doktor isma panjang lebar. "Tapi perbuatan kau ni salah di sisi undang undang...", kata natasha. "Ya... aku tahu perbuatan aku ni salah di sisi undang undang tapi demi untuk dapatkan wang aku sanggup buat apa saja... dengan menjual organ tubuh manusia pada orang kaya yang memerlukannya aku akan dapat wang berjuta ringgit dalam sekelip mata...", kata doktor isma dengan yang wajah serius. "Aku tak sangka bahawa kau seorang doktor yang tamak haloba... kau sanggup membunuh orang demi untuk dapatkan wang...", kata natasha cukup marah. "Wang itu sangat penting, sayang sebab tanpa wang manusia tidak boleh buat apa apa... lagi pun aku nak jadi kaya raya dan hidup senang lenang macam orang lain... so aku terpaksalah buat kerja haram ni... anyway, aku gembira sebab kau dan kawan kau datang ke sini dengan sukarela. So tak payahlah aku susah susah mencari mangsa lain untuk di bunuh. Aku boleh bunuh korang dan dapatkan organ tubuh korang tu... hahahaha......", doktor isma bersuara sambil ketawa dengan sadisnya.

"apa?... kau nak kami jadi mangsa kau yang seterusnya?", soal natasha cukup terkejut. "Ya... tentu organ tubuh korang jauh lebih sihat untuk di berikan pada orang kaya yang memerlukannya.... hehehehe...", kata doktor isma dengan senyum jahat terukir di bibirnya. Perlahan lahan dia menghampiri natasha lalu di tariknya natasha menuju ke arah sebuah meja kayu yang ada di situ. Natasha terpaksa berjalan terhenjut henjut dengan kaki kiri yang masih berdarah. Dia mendorong tubuh gadis malang itu ke atas meja kosong yang ada di situ. "Oh....tolong jangan apa apakan aku... tolonglah!....", rayu natasha. "sekarang kau nak merayu padaku pula... oh... jangan haraplah aku akan makan pujuk rayu kau tu...", kata doktor isma denagan wajah yang bengis sekali. "kau dan kawan kau tu sengaja nak cari maut, kan.... tapi tidak mengapa aku dengan senang hatinya membuka pintu maut itu untuk korang berdua sebab itu yang korang nak, kan?", sambung doktor isma seraya mengikat tangan dan kaki gadis itu dengan tali di tangannya.

natasha mula menangis dan menangis. dia tahu tak lama lagi dia akan mati di tangan doktor gila itu. dia lihat lelaki tersebut mengeluarkan jarum penyuntik dari dalam begnya. "untuk buatkan kau rasa rileks aku akan bagi kau dadah yang boleh buat kau 'high'... tentu lepas ni kau takkan rasa takut lagi.... hehehehe....", kata doktor isma sambil ketawa mengekek. "kau sudah gila... kau fikir dengan membunuh semua orang dan dapatkan organ tubuh mereka kau akan jadi kaya?... huh!... sampai bila bila pun kau takkan jadi kayalah...", bentak natasha dalam esak tangisnya. "oooohhh... sekarang kau pandai pula membentak aku, eh... wei, perempuan bodoh!... tak usahlah kau membentak aku macam tu sekali... nyawa kau ada dalam genggaman aku, tau... tak lama lagi kau akan jadi arwah. Begitu juga dengan kawan kau tu. organ jantung, buah pinggang dan mata korang akan menjadi organ baru bagi insan kaya yang memerlukannya.... hahahahaha...", doktor isma bersuara sambil ketawa dengan sadisnya. dalam keadaan yang genting itu tiba tiba saja natasha melihat ada bayang hitam seorang gadis berambut pendek sedang berdiri di belakang doktor tersebut. gadis itu tidak bermata dan bahagian dadanya terbuka luas menampakkan daging yang luka berdarah. natasha terpegun di saat melihat bayang hitam tersebut. wajahnya bertambah pucat. dia merasa sungguh takut tatkala dia melihat gadis yang tidak bermata itu....

MATA (P13)Where stories live. Discover now