setelah berpakaian kemas natasha duduk di atas kerusi yang ada di situ. perlahan lahan dia menarik keluar sehelai kertas putih A4 dari dalam laci mejanya. dia cuba membayangkan wajah gadis tersebut. entah macamana tiba tiba saja wajah gadis malang itu terbayang jelas di sudut matanya. ianya seperti bayang yang terbias terang di atas dinding. natasha cuba memejam celik matanya tapi bayang wajah gadis itu masih juga terbayang di sudut matanya. jadi dia pun mula melukis wajah gadis itu di atas kertas A4nya. apabila dia selesai melukis wajah gadis tersebut secara automatik bayang wajah gadis itu hilang dari matanya. dia memerhatikan seraut wajah yang baru saja selesai di lukiskannya sebentar tadi. ianya memang mirip sekali dengan wajah gadis malang tersebut. natasha merasa hairan. sejak dia mendapat mata barunya, dia asyik bermimpi atau terbayangkan peristiwa yang terjadi dalam hidup gadis bernama farina itu. mungkin gadis tersebut ada kaitannya dengan mata barunya. kalau tidak masakan dia asyik terbayangkan wajah gadis tu depan matanya. setelah dia berfikir panjang dia pun mengambil keputusan untuk bertemu dengan doktor isma. mungkin dia tahu dari mana datangnya mata yang baru di milikinya itu. setelah bersiap ala kadar dia pun mula bertolak dari rumahnya dengan menaiki kereta volvo milik papanya. pak man driver papanya menghantar dia ke hospital besar bandar jerjak. sebaik saja dia sampai di hospital tersebut dia pun terus bertanya pada seorang jururawat yang berdiri di kaunter pertanyaan.
"cik, mana doktor isma?", soal natasha ingin tahu. "er... dia sibuk sekarang...", jawap jururawat tersebut. "er... boleh tak kalau saya bertemu dengannya sekejap?", soal natasha ingin tahu. "er... awak tunggu sekejap ya... biar saya pergi cari dia dan tanya dia samada dia ada masa untuk berjumpa dengan cik ataupun tidak...", kata jururawat itu. "baiklah...", balas natasha. dia pun duduk di atas kerusi yang ada di situ. tidak jauh dari situ kelihatan seorang pemuda sedang berdiri di suatu sudut sambil bersandar di dinding. matanya asyik memandang ke arah natasha. perlahan lahan natasha meletakkan beg sandangnya di atas kerusi yang berdekatan. dia menarik keluar kertas A4 lukisan wajah gadis bernama farina itu. tiba tiba saja kertas A4nya terjatuh di atas lantai lalu di tiup angin. natasha segera bangun. dia terkejar kejar hendak menggapai kertas yang berterbangan di tiup angin.
kertas tersebut jatuh di atas kaki pemuda yang sedang berdiri tidak jauh dari situ. perlahan lahan pemuda itu mengambil kertas tersebut lalu dia melihat lukisan wajah yang tertera di atas kertas itu. "ini lukisan wajah farina, kan?", pemuda tersebut bersuara sambil memegang kertas lukisan tersebut. "eh... awak kenal gadis ni?", soal natasha ingin tahu. "saya tak kenal tapi dia asyik muncul dalam mimpi saya....", jawap pemuda tersebut dengan jujur. "apa?.... awak selalu bermimpi tentang gadis ni?", soal natasha terkejut. "ya... dia selalu muncul dalam mimpi saya selepas saya menjalani pembedahan pemindahan jantung sebulan yang lalu....", balas pemuda tersebut dengan wajah serius. "apa?.... awak pernah menjalani pembedahan pemindahan jantung dan awak asyik bermimpikan gadis ni?", soal natasha terkejut. "ya...", balas pemuda tersebut dengan pantas. "guess what?... saya pun baru saja menjalani pembedahan pemindahan mata sebulan yang lalu. sejak dari hari tu saya asyik bermimpi dan terbayangkan wajah gadis ni. itulah sebabnya saya melukiskan wajahnya di atas kertas A4 saya ni...", kata natasha dengan pantas sekali. "wow... what a coincident....", pemuda itu turut merasa terkejut. mereka sama sama terduduk di atas kerusi yang ada di situ. "yeah... you can say that again...", balas natasha perlahan lahan.
"so...", mereka serentak bersuara. "awak cakaplah dulu...", kata natasha sambil ketawa kecil. dia memandang wajah pemuda yang seperti wajah orang inggeris itu tapi dia fasih berbahasa melayu pula. agaknya dia anak melayu-inggeris kacukan kot. "tak apalah... awak cakap dulu...", gesa pemuda tersebut. "so, awak datang ke sini ni nak jumpa doktor yang merawat awak tu ke?", soal natasha ingin tahu. "ya... saya ingin tahu siapa penderma organ jantung baru saya ni... saya rasa macam tak selesalah kalau tak tahu siapa penderma organ jantung saya ni... lagi pun saya rasa pelik dengan jantung baru saya ni...", kata pemuda tersebut. "maksud awak?", soal natasha ingin tahu. "kadang kadang jantung saya berdebar tak keruan... seakan akan saya telah berlari seratus meter jauhnya padahal saya tak berlari pun... kadangkala saya merasa jantung saya seperti berhenti berdenyut dan saya rasa macam nak pitam. bila saya hampir rasa nak pitam barulah jantung saya berdenyut kembali.... dan sekarang jantung saya berdenyut lebih pantas sebaik saja saya terpandangkan mata awak tu...", kata pemuda tersebut secara berterus terang.
"kenapa ianya jadi macam tu pula?", soal natasha kehairanan. "entahlah...", balas pemuda itu sambil mengangkat kedua belah bahunya. "guess what?... saya pun nak berjumpa dengan doktor yang merawat mata saya ni. saya nak tanya pada dia siapakah penderma organ mata saya yang baru ni. anyway, semasa awak berdiri kat sini tadi mata saya asyik memandang ke arah awak... saya cuba alihkan perhatian saya tapi mata saya asyik tertuju ke arah awak... macam ada saja yang membuatkan mata saya memandang ke arah awak...", kata natasha sambil ketawa kecil. pemuda tersebut ketawa di sebelahnya. sesekali dia menolak rambut depannya yang panjang ke belakang kepalanya. dia nampak cute bila ketawa dan tersenyum. "erm... kita asyik berbual saja tapi kita masih belum memperkenalkan diri... er... nama saya natasha bin dato rashid....", kata natasha memperkenalkan dirinya. "oh... er... nama saya tengku ryan tengku badrul... saya kacukan Melayu-inggeris... mak saya orang inggeris dan ayah saya pula orang melayu....", balas tengku ryan sambil tersenyum lembut. "oh... begitu... saya ingatkan awak ni mat saleh mana tadi... rupa rupanya kacukan....", belum pun sempat natasha menyambung perkataannya tiba tiba namanya di panggil orang. rupa rupanya jururawat yang menyuruh dia duduk tadi memanggil dia berjumpa dengan doktor isma. "okaylah... saya pergi dulu... by the way, nice to meet you, tengku ryan...", ucap natasha sambil beredar dari situ. "yeah... nice to meet you too, natasha...", balas pemuda tersebut sambil tersenyum. natasha mengorak langkah menuju ke pejabat doktor isma yang terletak tidak jauh dari situ. dia ingin bertanya pada doktor tersebut siapakah yang mendermakan mata baru itu padanya...
AUTHOR NOTE: CHECK OUT THIS BOOK:-
http://my.w.tt/UiNb/qZK4T7RPuz
title: maid maiden
author: sweetpearly
genre: teen fiction

ANDA SEDANG MEMBACA
MATA (P13)
Paranormal#3 in paranormal (11/01/2017) Sinopsis:- Setelah bertahun lamanya natasha menjadi buta akibat kemalangan jalanraya ketika dia berumur 13 tahun dan kini papanya membawa khabar berita gembira buat dirinya. dia akan menjalani pembedahan pemindahan orga...