MATA 9

423 35 10
                                    

salah seorang pegawai polis yang dari tadi asyik diam mendengar mereka mula mengambil serius tentang perkara yang mereka perkatakan. namanya ialah inspektor halim zainudin. dia bertanya pada mereka beberapa soalan mengenai mimpi dan penglihatan yang mereka alami. setelah mendengar segala keterangan dari mereka berdua inspektor halim mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan mereka demi mencari remaja yang hilang itu. perkara yang perlu mereka lakukan ialah mereka perlu mencari dan mengesan kereta proton saga yang nombor platnya SQ4343. hanya itu saja clue yang mereka tahu setakat ini. inspektor halim menyarankan supaya mereka balik ke rumah dulu kerana selepas ini mereka akan cuba mengesan kereta bernombor plat SQ4343. natasha dan tengku ryan pun melangkah keluar dari dalam balai polis tersebut. mereka tidak terus balik ke rumah tapi mereka pergi ke pusat bandar jerjak. di sana mereka pergi ke restoran yang terdekat untuk menjamu selera.

ketika mereka sedang menjamu selera di restoran tersebut natasha seperti nampak satu bayangan. seperti ada bayangan hitam yang melintas depan matanya. bayang itu meluru ke belakang bangunan bank pertanian yang terletak tidak jauh dari situ. tanpa berlengah lagi natasha pun terus bangun dari tempat duduknya. "eh... awak nak pergi ke mana tu tasha?", soal tengku ryan kehairanan. tak semena mena jantungnya berdegup kencang. natasha tidak menjawap soalannya. malah gadis tersebut segera melangkah keluar dari restoran tersebut. dia mengejar bayang hitam yang seakan akan menyerupai seorang gadis berbaju kurung berwarna hitam. "tasha.... tunggu aku...", tengku ryan terpaksa mengejar natasha dari belakang. dia tercungap cungap seperti orang yang sakit asma pula. "saya nampak sesuatulah... mari ikut saya...", natasha segera memegang tangan kiri pemuda itu. serentak dengan itu tengku ryan dapat melihat bayang hitam yang di maksudkan oleh gadis tersebut. dia seperti terkejut sebaik saja dia melihat bayang hitam itu. "tasha... i think i saw something...", kata tengku ryan tak keruan. "awak nampak bayang hitam tu juga?", soal natasha sambil berjalan pantas di sebelahnya. "ya...", balas tengku ryan sepatah. "mari kita mengekori bayang hitam tu....", ajak natasha. tengku ryan menganggukkan kepalanya. dia cuba berjalan di sebelah natasha biar pun jantungnya semakin berdegup kencang.

langkah kaki mereka terhenti sebaik saja mereka tiba di belakang bangunan bank pertanian tersebut. bayang hitam itu menghilang dekat dengan sebuah kereta proton saga berwarna hitam tidak jauh dari situ. sebaik saja bayang hitam tersebut menghilang tengku ryan merasa degupan jantungnya kembali normal. dia lihat natasha menghampiri kereta proton saga berwarna hitam itu. dia pun turut menghampiri kereta tersebut. "eh... kalau tidak salah inilah kereta proton saga yang saya nampak dalam mimpi saya tu... tengok!.... nombor plat kereta ni sama dengan nombor plat kereta yang ada di dalam mimpi saya...", tengku ryan bersuara sambil menunjuk ke arah nombor plat kereta itu. natasha memerhatikan nombor plat kereta tersebut. "SQ4343...", natasha membaca nombor plat kereta itu. "saya fikir lebih baik kita bersembunyi dulu dan kita perhatikan siapakah pemilik kereta ni... kalau dia masuk ke dalam keretanya kita akan mengekorinya dari belakang....", cadang natasha. "hm... satu cadangan yang baik...", komen tengku ryan. "kalau macam tu awak pergi ambil kereta awak dulu and then kita bersembunyi... bila dia dah masuk dalam keretanya barulah kita mengekorinya dari belakang...", kata natasha. "baiklah...", cepat cepat tengku ryan berlari mendapatkan keretanya yang di parking dekat dengan restoran tempat mereka menjamu selera sebentar tadi. tidak lama kemudian dia kembali semula ke belakang bangunan bank pertanian itu.

natasha segera masuk ke dalam kereta pemuda tersebut. kemudian kereta itu meluncur jauh sedikit dari situ. tengku ryan memberhentikan keretanya di bahagian parking yang agak tersorok sedikit. mereka duduk diam di dalam kereta sehingga pemilik kereta proton saga tersebut muncul di situ. mereka memerhatikan lelaki tersebut. dia di temani oleh 2 orang lelaki bertopi hitam dan memakai rayban hitam. mereka seperti mengangkat sesuatu dalam karung. ianya seperti barang berat pula. mereka meletakkan karung itu di dalam bonet kereta mereka. "awak rasa apa dalam karung tu ar?", soal natasha ingin tahu. "entahlah...", balas tengku ryan seraya mengangkat kedua belah bahunya. itu tandanya dia tidak tahu apa apa. setelah mereka menutup bonet kereta tersebut mereka bertiga segera masuk ke dalam kereta itu. tidak lama kemudian kereta tersebut mula meluncur laju meninggalkan kawasan itu. tengku ryan segera memasang enjin keretanya lalu mengekori kereta tersebut dari belakang. mereka mengejar kereta itu dari jarak yang jauh sedikit. tengku ryan tidak mahu 3 orang penyangak tahu mereka mengekori kereta proton saga tersebut dari belakang.

natasha lihat kereta itu mula meninggalkan pusat bandar jerjak. kereta mereka sepertinya meluncur jauh ke suatu tempat yang agak jauh sedikit. buktinya mereka memandu kereta mereka selama 4 jam sehingga mereka tiba di suatu tempat yang terletak di pinggir hutan himun. kelihatan sebuah bangunan rumah banglo yang sudah lama di tinggalkan di situ. mereka lihat 3 orang lelaki itu membawa karung yang berat tadi masuk ke dalam rumah banglo tersebut. "apa kata kalau kita pergi tengok apa yang mereka buat dalam rumah tu?... siapa tahu kita akan dapat mencari farina dalam rumah tu...", cadang natasha secara tiba tiba. "awak tak takut ke kalau 3 orang lelaki tu tangkap kita nanti?...", soal tengku ryan perlahan lahan. "apa nak takut?... kita boleh call polis kalau keadaan semakin runcing...", balas natasha dengan wajah selamba. "baiklah...", balas tengku ryan sepatah. mereka pun mula melangkah keluar dari dalam kereta itu.

dengan langkah kaki yang penuh berhati hati mereka mengorak langkah menuju ke arah rumah banglo tersebut. ketika mereka sedang melangkah di situ kelihatan seorang penyangak melangkah keluar dari dalam rumah banglo itu. dia seperti ingin mengambil sesuatu dari dalam kereta yang di parking dekat luar rumah banglo tersebut. natasha dan tengku ryan bersembunyi di sebalik sebatang pokok beringin yang ada di situ. mereka berdiam diri di situ sambil memerhatikan lelaki tersebut. Tidak lama kemudian lelaki itu masuk ke dalam rumah banglo itu. dia seperti membawa sebilah parang. "panjangnya parang dia tu... dia nak buat apa dengan parang tu?", bisik tengku ryan di belakang natasha. "entahlah...", balas natasha sepatah. "sebaiknya kita pergi tengok dengan dekat apa sebenarnya yang mereka lakukan dalam rumah tu...", bisik natasha. "okay...", balas tengku ryan sepatah. perlahan lahan mereka melangkah menuju ke arah rumah banglo tersebut. mereka sampai dekat dengan sebuah jendela rumah banglo itu. mereka mula memerhatikan keadaan di dalam rumah tersebut. kelihatan lelaki yang berjubah hitam itu sedang menarik sesuatu dari dalam karung yang baru saja mereka bawa dari bandar jerjak sebentar tadi. dia di bantu oleh 2 orang lelaki di sebelahnya. natasha merasa sungguh terkejut sebaik saja dia melihat sekujur tubuh manusia yang berlumuran darah di tarik keluar dari dalam karung itu. tengku ryan merasa sungguh terkejut. mereka berdua hampir saja menjerit kerana terkejut. nasib baik mereka segera menutup mulut mereka sendiri dengan tangan mereka. kalau tidak, tak tahu lagilah. perlahan lahan tengku ryan menarik keluar camcorder kecil yang sempat di bawanya dari rumah. dia mula merakam 3 orang lelaki itu melalui tingkap kecil yang ada di situ. kehadiran mereka tidak di sedari oleh 3 orang penyangak tersebut. mereka sedang sibuk dengan pekerjaan mereka.

"boss.... apa yang harus kita lakukan terhadap tubuh wanita ni?", soal salah seorang lelaki yang ada di situ. "seperti biasa kita bedah tubuh dia ni dulu kemudian kita ambil mata, jantung dan kedua buah pinggangnya untuk di jual... kita kena siapkan kerja kita malam ni juga sebab ada pelanggan kita yang memerlukan organ tubuh ni secepat mungkin....", balas lelaki yang berjubah hitam itu. "wah... tak lama lagi kita akan menjadi kaya raya kan boss?", soal salah seorang lelaki itu lagi. "ya... tapi kita harus berhati hati sebab pihak polis tidak akan berdiam diri jikalau mereka tahu kegiatan kita ni...", balas lelaki tersebut. "jangan bimbang boss.... tiada siapa yang tahu kegiatan kita ni...", balas lelaki yang berdiri di sebelahnya. "hm... yelah tu... lets get to work, guys...", lelaki berjubah hitam itu mula mengambil pisau belati yang ada di situ. dia memotong bahagian dada wanita yang sudah mati tersebut dengan pisau di tangannya. manakala 2 orang lelaki yang berdiri di situ menolongnya membedah dada wanita tersebut. Lelaki itu memotong bahagian dada wanita itu bagaikan memotong daging seekor kerbau...

MATA (P13)Where stories live. Discover now