MATA 7

425 38 7
                                    

mereka tiba di hutan dekat dengan jalan cerakah tepat pukul 12:40 tengah malam. natasha meluru keluar dari dalam kereta. Dia melangkah masuk ke dalam hutan tersebut. "natasha... tunggu aku!...", jerit tengku ryan sambil berlari anak di belakang gadis itu. natasha terpaksa menghentikan langkah kakinya. dia menoleh ke belakang. "cepatlah sikit...", gesa natasha tak sabar sabar lagi. tengku ryan segera menghampirinya. "natasha.... betul ke awak nampak farina berlari masuk ke dalam hutan ni?", soal tengku ryan ingin tahu. "ya... saya nampak dia berlari masuk ke dalam hutan ni... dia di kejar oleh 2 orang penjahat... mereka berkira kira hendak membawa dia ke sarang pelacuran sebab ayah tirinya sudah jual farina pada bapa ayam... mereka berhenti tak jauh dari jalan cerakah sebab ada kemalangan berlaku di hadapan. jadi mereka tak boleh pergi ke mana mana. farina ambil kesempatan itu untuk melarikan diri dari 2 orang penjahata tu. dia berlari masuk ke dalam hutan ni dan dia jatuh tersandung akibat tersepak akar kayu...", natasha bersuara dengan pantas. "lepas tu apa yang terjadi?", soal tengku ryan ingin tahu. "saya hanya nampak itu saja... maklumlah awak kejutkan saya semasa saya mendapat penglihatan...", kata natasha. "oh... jadi belum tentu farina berada kat hutan ni kan?", soal tengku ryan ingin tahu. "awak diam sekejap... saya nak cari di mana tempat dia jatuh tu...", kata natasha. dia berjalan meredah semak samun yang ada di situ. "this is crazy... takkanlah farina sanggup tinggal dalam hutan ni selama dia menghilangkan diri... pasti dia sudah melarikan diri ke tempat lain...", kata tengku ryan sambil mengekori gadis itu dari belakang.

tiba tiba saja langkah kaki natasha terhenti di bawah sepohon pokok ara yang sangat besar dan tinggi. "kalau tak salah di sinilah farina terjatuh...", kata natasha dengan pantas. ketika dia sedang berdiri di situ, tiba tiba saja dia ternampak sesuatu di atas tanah. ianya sehelai tuala kecil berwarna merah jambu. perlahan lahan dia mengambil tuala tersebut. serentak dengan itu dia terasa yang dirinya berada di sebelah farina. dia lihat gadis tersebut di tangkap oleh 2 orang penjahat yang tidak berhati perut itu. "lepaskan aku!...", jerit farina sambil meronta ronta dalam pelukan lelaki bernama man botak itu. "kau diam!... atau aku tikam kau dengan pisau ni...", gertak mat sepah. dia letakkan hujung pisau nya di bawah leher si gadis. terus kecut perut farina di buatnya. mahu tidak mahu dia pun terpaksa mengikut kehendak 2 orang lelaki tersebut. mereka terus mengheretnya keluar dari dalam hutan itu. "natasha!...", kedengaran namanya di panggil orang. natasha terus tersedar. kelihatan tengku ryan berdiri di depan wajahnya dengan wajah yang kehairanan. "natasha!... kenapa awak tiba tiba berwajah pucat ni?... awak dapat penglihatan lagi ke?", soal tengku ryan ingin tahu. "yalah... tapi mereka dah bawa farina keluar dari dalam hutan ni...", balas natasha perlahan lahan. "kali ni mereka bawa dia ke mana?", soal tengku ryan. "entahlah... saya sendiri pun tidak tahu...", balas natasha sambil menggeleng gelengkan kepalanya. "natasha, saya fikir lebih baik kita balik dulu... hari dah larut malam dah ni...", kata tengku ryan. natasha diam membisu. tiba tiba handphone gadis tersebut berbunyi nyaring. natasha terus menjawap panggilan di handphonenya itu

"hello..."
"hello... tasha, awak di mana tu? puas papa call awak dari tadi tapi langsung tak dapat dapat... sebenarnya awak kat mana sekarang?... bila lagi awak nak balik ke rumah ni?..."
"oh papa... saya kat rumah suriani lah..."
"betul ke ni?"
"ya... betul pa... sebentar lagi saya akan balik ke rumah... er, okaylah pa... saya pergi dulu, bye...",

natasha segera mematikan talian handphonenya. "siapa tu?... papa awak ke?", soal tengku ryan ingin tahu. "ya... papa saya dah risaukan saya... jom kita balik ke rumah...", kata natasha seraya angkat kaki dari situ. "jom...", balas tengku ryan lalu melangkah beriringan dengan gadis tersebut. mereka terus masuk ke dalam kereta yang di parking di tepi jalanraya itu. di sepanjang perjalanan menuju ke bandar jerjak mereka berdiam diri. masing masing berfikir tentang farina. sebaik saja mereka sampai di depan rumah agam milik papanya natasha pun melangkah keluar dari dalam kereta pemuda tersebut. "natasha...", panggil tengku ryan perlahan lahan. "tak payahlah awak panggil saya macam tu sekali... panggil saya tasha... itu sudah cukup...", kata natasha sambil tersenyum manis. tengku ryan tersenyum kambing. dia mengusap perlahan belakang tengkuknya. "er, tasha... awak pun jangan panggil saya dengan panggilan tengku... panggil saja saya ryan... okay?", ucap tengku ryan. "okay ryan...", balas natasha dengan lembut. mereka berbalas senyuman seketika. "er... ini nombor handphone saya... kalau ada apa apa hal, awak call saya ye...", tengku ryan menyerahkan sehelai kertas kecil berisi nombor handphonenya. "baiklah... ini nombor handphone saya...", natasha menyerahkan nombor handphone nya pada pemuda tersebut. setelah mereka berbual bual buat beberapa ketika, mereka pun berpisah haluan. natasha masuk ke rumah agam papanya manakala tengku ryan mula memandu keretanya untuk pulang ke rumahnya...

*** *** ***

natasha membuka matanya. dia lihat yang dirinya berada di dalam sebuah bilik hotel bertaraf lima bintang. kelihatan gadis bernama farina itu sedang duduk di atas katil sambil menangis seorang diri. dia duduk seraya memeluk kedua belah kakinya dalam keadaan sedih. matanya bengkak akibat selalu menangis. natasha cuba menyentuh bahu gadis tersebut tapi tangannya tembus melepasi bahu gadis itu. "ohh...", natasha merasa sungguh terkejut sebaik saja dia melihat tangannya menembusi bahu kiri gadis tersebut. dia lihat gadis itu seperti tidak menyedari kehadirannya di situ biar pun dia menjerit dengan kuat di sebelah gadis tersebut. dalam keadaannya yang terpinga pinga itu tiba tiba saja pintu bilik tersebut di buka orang dari luar. kelihatan seorang lelaki sedang melangkah masuk ke dalam bilik itu. dia tersenyum lebar pada gadis tersebut. "wah!... cantik sungguh kau ni, kan... memang bertuahlah aku dapat anak ayam yang cantik macam kau ni... anyway, malam ni aku nak menikmati tubuh kau yang gebu itu... hehehehe....", kata lelaki itu sambil membuka butang baju kemejanya. setelah bajunya di buka dia pun mula mendekati gadis tersebut. cepat cepat farina bangun. si lelaki tersenyum menggoda. "marilah sini sayang... marilah...", pujuk si lelaki dalam nada suara yang lembut. "tak nak...", balas farina ketakutan. tubuhnya menggigil ketakutan. perlahan lahan lelaki itu menghampirinya. farina segera melarikan dirinya. dia tidak mahu lelaki tersebut menyentuh tubuhnya.

"oh... kau nak main kejar mengejar dengan aku, eh?... boleh bah kalau kau nak... hehehe...", kata si lelaki sambil ketawa mengekek. dia mula mengejar farina di dalam bilik hotel itu. maka terjadilah adegan kejar mengejar di situ. ketika mereka berlari larian di dalam bilik hotel tersebut tiba tiba kaki farina tersandung dengan carpet yang ada di situ. dia terjatuh di atas lantai. "gotcha!....", cepat cepat si lelaki menerkam ke arahnya. farina tak sempat melarikan diri. tubuhnya kini di tindih oleh lelaki tersebut. "tolong jangan apa apakan aku... tolonglah...", rayu farina dalam ketakutan. "oh... jangan takutlah sayang... it's going to be so much fun, you know...", pujuk lelaki tersebut. dia mula mencium bibir gadis itu. tiba tiba, "dukkk!!!... ouwwhhh!....", kedengaran si lelaki menjerit kesakitan sebaik saja alat sulitnya di tendang dengan kuat oleh gadis tersebut. lelaki itu segera memegang bahagian alat sulitnya yang terasa sakit. dengan sepantas kilat farina bangun lalu melarikan dirinya. dia membuka pintu bilik hotel tersebut. kemudian dia berlari dengan sekuat hatinya. natasha turut berlari di sebelah gadis itu. Kelihatan beberapa orang lelaki mengejarnya dari belakang. Farina terus berlari meninggalkan hotel tersebut. tanpa mempedulikan keselamatan dirinya dia segera berlari menyeberangi jalanraya yang sibuk itu. natasha berlari bersama dengannya. tiba tiba, "piiiitttttttttt!!!!....", kedengaran bunyi yang sangat kuat membingitkan telinganya. natasha terus membuka matanya. dia lihat yang dirinya kini berada di dalam bilik tidurnya sendiri. rupa rupanya dia bermimpi sebentar tadi. alarm clock di sebelahnya masih berbunyi nyaring. perlahan lahan dia mengambil jam tersebut lalu di matikannya alarm jam itu. dia duduk memikirkan tentang mimpinya sebentar tadi. segala galanya berkisar tentang penderitaan hidup seorang gadis yang bernama farina. natasha merasa semakin hairan. kenapa dia selalu bermimpi tentang farina?... kenapa dia tidak mimpi tentang benda lain?... macam tak ada mimpi lain lagi yang muncul dalam tidurnya. yang lebih menghairankan lagi apabila dia mendapat penglihatan tanpa di duga biar pun dia hanya memejamkan matanya buat beberapa ketika. Pendek kata ianya bagaikan sebuah filem yang di ulang tayang semula. natasha tidak tahu sampai bila dia akan berkeadaan begitu. dalam diam dia mengeluh sendirian....

MATA (P13)Where stories live. Discover now