"tuuuutt- tuuttt.... tuuutttttt- tuuuttt.....", natasha menoleh ke arah handphone yang berbunyi nyaring itu. tangannya segera mencapai handphone miliknya.
"hello..."
"hello... selamat pagi, tasha... saya nak cakap sesuatu pada awak...",
"oh... awak ke ni ryan?"
"ya..."
"apa yang awak nak cakapkan ni?"
"Ini berkaitan tentang farina... saya bermimpi tentang dia semalam..."
"saya pun bermimpi tentang dia..."
"apa mimpi awak tu tasha? awak ceritalah dulu apa mimpi awak tu..."
"begini, saya lihat farina di kurung di dalam satu bilik di sebuah hotel bertaraf lima bintang. dia menangis seorang diri dalam bilik hotel tu... saya cuba memujuk dia dengan menyentuh bahunya tapi tangan saya tembus melepasi bahunya. saya menjerit kerana terkejut tapi dia langsung tak dengar jeritan saya. dia macam tak sedar akan kehadiran saya di sebelahnya...."
"so, apa yang terjadi selepas tu?"
"tiba tiba saja pintu bilik hotel tu di buka orang dari luar. kelihatan seorang lelaki masuk ke dalam bilik hotel tu sambil tersenyum lebar. mungkin dia ialah bapa ayam yang telah membeli farina dari ayah tirinya.... saya dapat menekanya sebab dia menyebut farina umpama seekor anak ayam yang sangat cantik di depan matanya. dia seperti hendak merogol farina tapi gadis itu melarikan dirinya. dia pun mula mengejar farina dari belakang. mereka berlari larian dalam bilik hotel tu. tiba tiba saja kaki farina tersandung dengan carpet yang ada di atas lantai. dia terjatuh dan lelaki tersebut segera menerkam ke arahnya. farina merayu supaya lelaki itu tidak mengapa apakannya tapi lelaki itu tidak menghiraukan rayuannya. malah dia hendak merogol gadis tu pula. farina terus menyepak bahagian alat sulitnya. si lelaki menjerit kesakitan. masa itulah farina melarikan diri dari situ. dia berlari keluar dari dalam bilik hotel tersebut. saya pun berlari di sebelahnya. kami berlari menyeberangi jalanraya yang sibuk. saya di kejutkan oleh bunyi alarm clock saya sendiri... hanya itu saja mimpi saya..."
"oh... mimpi saya seperti sambungan dari mimpi awaklah...""oh ya ke?"
"ya... saya lihat farina berlari menyeberangi jalanraya yang sibuk tu dan dia di kejar oleh 3 orang penyangak dari belakang. dia berjaya menyeberangi jalanraya yang sesak tu dan kemudian saya melihat dia berlari menuju ke arah belakang sebuah bangunan yang terletak tidak jauh dari situ. mungkin kerana terlalu lapar dan keletihan dia pun jatuh pengsan di situ juga. tiba tiba datang pula seorang lelaki berbaju jaket hitam kat situ. dia terus mengangkat farina lalu di masukkannya ke dalam keretanya. saya nampak nombor plat kereta tersebut...""berapa nombor plat kereta tu?"
"SQ4343..."
"lepas tu apa yang telah terjadi?"
"saya di kejutkan dari tidur oleh mama saya..."
"oh... jadi sampai di situ saja ke mimpi awak tu?"
"ya... anyway, apa kata kalau kita laporkan hal ni pada pihak polis... saya rasa kita boleh mencari farina dengan mudah jikalau kita bekerjasama dengan pihak polis..."
"boleh juga tapi bolehkah mereka percaya dengan perkataan kita tu nanti?... maklumlah kita cuma melihat farina dalam mimpi dan penglihatan saja... tentu ada pihak polis akan mentertawakan kita dan menganggap ianya satu gurauan..."
"belum cuba belum tahu lagi tasha... kita pergi aje berjumpa dengan pihak polis... kita bagitahu mereka apa yang kita lihat dalam mimpi kita... dengan cara ini kita akan dapat mencari farina..."
"okaylah... saya ikut saja apa yang awak katakan tu..."
"baiklah... sebentar lagi saya datang ambil awak dari rumah awak... kita pergi ke balai polis bersama sama ye?..."
"baiklah... okay, bye..."
"bye..."
natasha melangkah turun dari atas katilnya. dia mula bersiap siap hendak keluar dengan tengku ryan.setelah mandi dan berpakaian kemas dia pun mula melangkah meninggalkan bilik tidurnya. dia berjalan ke tingkat bawah.
"cik... ada orang datang cari cik... dia tunggu cik di luar...", kata bibik sari, salah seorang daripada orang gaji yang bekerja di situ. "oh... baiklah...", balas natasha sepatah. dia beredar dari situ. dia mengorak langkah menuju ke pintu rumah. kelihatan tengku ryan sedang berdiri di luar pintu rumahnya. "kenapa berdiri kat luar?...masuk lah...", pelawa natasha lembut. "tak apalah... saya rasa kita harus pergi ke balai polis sekarang juga...", kata tengku ryan. "Oh baiklah...", natasha pun keluar dengan pemuda itu. mereka masuk ke dalam kereta milik tengku ryan. kali ini tengku ryan menggunakan kereta audi pula. bila dia lihat kereta tersebut natasha dapat mengagak bahawa pemuda itu datang dari keluarga yang berada."boleh saya tanya awak satu soalan tak, ryan?"
"tanyalah..."
"awak ni anak orang kaya ke?"
"ya... kenapa?"
"tak... tanya saja... er, kalau awak anak orang kaya, kenapa awak tak sombong ar?"
"hahahahaha... awak ni... tak semestinya semua anak orang kaya tu sombong... ada juga yang tak sombong tau... macam awak juga... tak sombong..."
natasha tersenyum mendengar perkataan pemuda itu
"sebenarnya berapa umur awak ni?"
"saya baru aje berumur 22 tahun... awak?"
"Oh... saya berumur 20 tahun aje... er... jikalau awak tak kisah saya nak tanya sesuatu pada awak..."
"Tanyalah... Apa dia?"
"kenapa awak menjalani pembedahan pemindahan jantung? awak ada masalah jantung ke?"
"ya... jantung saya mengalami masalah sikit... doktor menyarankan agar saya menjalani pembedahan memandangkan jantung saya tidak dapat berfungsi dengan baik.... my parents pun setujulah dengan saranan doktor tu. baru sebulan lebih saya menunggu, saya dah dapat jantung baru dari seseorang... saya ada tanya papa saya apakah dia tahu apa apa tentang jantung baru saya ni tapi papa saya kata dia tak tahu apa apa... yang dia tahu doktor tu minta bayaran yang sangat tinggi untuk pembedahan pemindahan jantung baru saya ni...""oh... papa saya pun di minta bayaran yang sangat tinggi untuk pembedahan pemindahan mata baru saya ni... dia sendiri tidak tahu dari mana mereka dapat organ mata ni... buat pengetahuan awak saya buta akibat kemalangan jalanraya ketika saya berumur 13 tahun dan bila papa saya memberitahu saya bahawa saya akan mendapat sepasang mata yang baru saya merasa sungguh gembira sekali... tapi sejak saya dapat mata baru saya ni saya rasa tak keruanlah... macam ada sesuatu yang tidak kena dengan mata baru saya ni..."
"saya pun rasa macam tu juga... bila saya tanya pada doktor yang merawat saya, dia kata mungkin saya mengalami alahan sebab itu jantung saya berdegup pantas... tapi saya tak rasa macam tu pun..."
"doktor yang merawat saya pun berkata begitu pada saya... tapi saya rasa ada something wronglah..."
"itulah yang ingin saya katakan pada doktor tu tapi dia asyik kata itu cuma alahan kecil aje... saya pun naik bengang dengan doktor tu..."
"yeah... saya pun rasa bengang dengan doktor isma... anyway, apasal diorang merahsiakan maklumat penderma organ mata dan jantung kita ni ar?"
"entahlah..."
"awak rasa diorang tak buat benda yang tak baik tak?"
"maksud awak?"
"maksud saya, mungkin doktor kita tu ambik organ mata dan jantung dari seseorang secara illegal?"
"entahlah..."mereka terdiam selepas itu. mereka kembali menumpukan perhatian mereka di jalanan. tidak lama kemudian mereka pun sampai di balai polis bandar jerjak. sebaik saja mereka berada di balai polis itu natasha segera memberitahu polis di situ tentang apa yang mereka alami sejak mereka mendapat mata dan jantung baru dari seorang penderma organ yang tidak di ketahui. pada mulanya pegawai polis di situ kelihatan tidak berminat dengan apa yang mereka katakan. Pegawai polis tu menulis laporan pun macam sambil lewa aje tapi bila mereka menyebut ianya ada kaitan dengan kehilangan gadis yang bernama farina binti zakaria mereka mula memberi perhatian pada mereka berdua apatah lagi bila mereka menyebut bahawa mereka dapat mengesan gadis itu dari mimpi dan penglihatan. bagi mereka ini merupakan perkara yang baru dan sangat pelik...

ANDA SEDANG MEMBACA
MATA (P13)
Paranormal#3 in paranormal (11/01/2017) Sinopsis:- Setelah bertahun lamanya natasha menjadi buta akibat kemalangan jalanraya ketika dia berumur 13 tahun dan kini papanya membawa khabar berita gembira buat dirinya. dia akan menjalani pembedahan pemindahan orga...