MATA 12 (TERAKHIR)

562 53 24
                                    

keesokan paginya natasha terus menghubungi inspektor halim melalui handphonenya. dia memberitahu lelaki tersebut tentang mimpinya. inspektor halim pun segera berkejar ke tasik maribu di jalan pematu. beberapa anggota polis yang lain di kerah untuk menyelam ke dasar tasik bagi mencari karung berisi mayat itu. setelah puas mencari akhirnya mereka menemukan 38 karung berisi mayat manusia di dasar tasik tersebut. mereka segera membawa karung berisi mayat itu ke permukaan air. semua mayat di bawa ke hospital untuk di bedah siasat.

natasha sedang duduk di atas katilnya ketika handphonenya berbunyi dengan nyaring sekali.
"hello..."
"hello..."
"kami dah menjumpai karung mayat yang awak lihat dalam mimpi awak tu... semuanya berjumlah 38 mayat..."
"oh... banyaknya orang yang di bunuh oleh doktor gila tu..."
"memang banyak... sebab banyak orang hilang sejak kebelakangan ini... menurut siasatan yang kami jalankan selama ini mereka ialah sindiket yang menjual organ tubuh manusia di kalangan orang orang berada... mereka sanggup membunuh orang untuk mendapatkan organ manusia demi mendapatkan wang yang banyak..."
"oh... begitu... patutlah doktor gila tu minta wang yang banyak dari papa saya. rupa rupanya dia terlibat dalam sindiket penjualan organ tubuh manusia..."
"ya... apa apa pun kami berterima kasih kepada awak dan rakan awak kerana korang telah bekerjasama dengan pihak polis bagi menangani kes kehilangan gadis bernama farina tu..."
"sama sama..."
"kalau ada apa apa hal lagi awak boleh menghubungi saya di talian ini, ya..."
"baiklah..."
"bye..."
"bye..."

natasha mematikan talian di handphonenya. dia tersenyum lega sebaik saja dia tahu kes kehilangan gadis bernama farina itu telah pun selesai. dia fikir hidupnya akan tenang selepas ini. tiada sebarang gangguan. bebas dari mimpi buruk dan penglihatan yang menakutkan. namun setelah dia berfikiran begitu dia nampak sesuatu. sesuatu yang menakutkan. satu jasad tidak berkepala sedang berjalan melintasi jendela di tempat dia sedang berbaring. jasad itu memakai baju tentera jepun. dia mengelilingi bangunan hospital tersebut seperti mencari sesuatu yang hilang. "oh... not again!!!!!....", natasha menggeleng gelengkan kepalanya. dia cuba menutup kedua belah matanya dan kemudian membuka matanya semula. alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat jasad lelaki berbaju tentera jepun itu mula menghampirinya. natasha terpaksa berpura pura tidak melihat jasad tersebut. dia hanya duduk diam di atas katilnya. tiba tiba saja jasad itu berhenti betul betul di sebelah kanannya. natasha terpaksa menahan rasa takut di dalam dadanya. dia terpaksa buat buat tak tahu biarpun tubuhnya menggeletar ketakutan. jasad itu pergi setelah natasha tidak menghiraukannya

perlahan lahan natasha menarik nafas lega. dia nampak seorang nenek tua datang lalu duduk di sebelah katil pesakit yang ada di situ. natasha tahu nenek tersebut bukan seorang manusia biasa sebab kakinya tidak mencecah lantai hospital. sekali lagi natasha terpaksa berusaha untuk tidak menghiraukan nenek tua tersebut. dia menundukkan wajahnya. dia berpura pura seperti tidak melihat roh itu. "kenapa wajah awak nampak pucat aje ni?... awak macam nampak hantu aje?", tegur suatu suara. natasha pun terus mengangkat wajahnya. kelihatan papanya berdiri di depannya sambil memandang ke arahnya dengan wajah yang kehairanan. natasha segera memeluk papanya. "pa... bila saya boleh keluar dari hospital ni?", soal natasha ingin tahu. "sebentar lagi awak akan di benarkan keluar dari sini....", kata dato rashid. "oh baguslah...", balas natasha dengan leganya. tepat pada pukul 12 tengahari dia pun di benarkan keluar dari hospital itu. dia pergi tanpa melihat nenek tua yang duduk di tepi kerusi tidak jauh dari situ. di saat dia sedang melangkah keluar dari dalam hospital tersebut tiba tiba saja dia nampak seorang wanita merangkak naik ke dalam hospital dengan betis kaki kiri yang luka berdarah. betis kaki kirinya macam baru saja di tembak. natasha sedar itu bukan manusia biasa. dia dapat melihat kedua belah kakinya tidak kelihatan. yang kelihatan cuma bahagian betisnya yang luka berdarah akibat di tembak. sekali lagi natasha berpura pura tidak melihat roh tersebut. dia mengalihkan pandangannya ke arah yang lain. dia tidak mahu terus di ganggu oleh roh yang malang itu. cepat cepat saja dia melangkah masuk ke dalam kereta papanya.

di sepanjang perjalanan balik ke rumahnya dia mula berfikir panjang. "kenapa matanya masih boleh melihat benda yang menakutkan seperti itu?... bukankah kes farina sudah selesai?.... kenapa orang lain tidak dapat melihat benda halus seperti yang dia lihat tu?...", fikirannya mula kacau bilau dengan pertanyaan yang tidak dapat di jawapnya sendiri. ketika mereka melalui sebuah kedai tilik nasib yang ada di bandar jerjak itu dia terus saja menyuruh papanya memberhentikan keretanya di depan kedai tersebut. dia segera menjumpai wanita yang ada dalam kedai itu. dia ingin menilik nasibnya. wanita tersebut seperti tergamam sebaik saja dia memegang tangan natasha dan melihat ke dalam anak mata gadis itu. "awak dapat melihat benda benda halus?", soal wanita tersebut. "ya... macamana awak tahu?", soal natasha kehairanan. "saya dapat merasakan yang mata awak tu boleh melihat benda yang tidak sepatutnya awak lihat...", kata wanita itu lagi. "ya... sebenarnya saya buta sejak saya berumur 13 tahun tapi saya baru saja menjalani pembedahan pemindahan organ mata ni 2 bulan yang lalu. Masalahnya sekarang saya tidak tahu bagaimana hendak mengelakkan diri daripada melihat benda benda halus seperti itu sebab mata saya dapat melihat semuanya tu...", kata natasha. "oh... itu sebabnya mata awak tu unik... tak semua orang dapat melihat benda halus kecuali awak seorang saja...", kata wanita itu lagi. "but i dont really like it... so, bagaimana caranya untuk hilangkan keunikan mata saya ni? maksud saya awak ada ubat ke untuk hilangkan semua benda halus tu dari pandangan mata saya, tak?", soal natasha ingin tahu. "tak ada... mata awak akan terus melihat benda halus biar pun awak tidak menyukainya...", kata wanita tersebut.

"ouwh... jadi saya terpaksa berhadapan dengan benda halus seperti itu buat seumur hidup saya?", soal natasha. "ya... kecualilah awak mati atau pun mata awak tidak berfungsi lagi. maksud saya mata awak tiba tiba menjadi buta...", balas wanita itu dengan wajah yang serius. natasha tidak tahu nak cakap apa lagi. semuanya terjadi tanpa di duganya. dia tidak menduga akan mendapat sepasang mata seperti itu. "sebaiknya awak janganlah hiraukan sangat benda halus yang awak lihat tu. anggap saja mereka tidak wujud di depan mata awak. jikalau awak memberikan perhatian pada benda halus seperti itu, mereka pasti akan datang mengganggu hidup awak. so kesimpulannya awak harus biasakan diri awak dengan mata awak dan jangan hiraukan benda halus yang awak lihat... itu saja jalan penyelesaiannya...", kata wanita tersebut panjang lebar. perlahan lahan natasha bangun dari tempat duduknya. dia membayar jumlah bayaran perkhidmatan pada wanita tersebut. kemudian dia beredar dari situ. dia melangkah keluar dari dalam bangunan kedai tilik nasib itu. dari jauh lagi dia nampak beberapa roh orang mati berkeliaran di bandar jerjak. natasha terpaksa menutup matanya lalu masuk ke dalam kereta papanya. dia tidak mahu melihat semuanya itu lagi. dia hanya duduk bersandar di tempat duduk penumpang sambil menutup matanya. dalam diam dia mengimpikan saat saat di mana dia menjadi buta. alangkah baiknya jikalau dia menjadi buta semula. Jadi tidak perlulah dia melihat kematian, kesedihan, penderitaan, ketidakadilan, kekejaman dan kejahatan yang berlaku di depan matanya....

~~~ TaMaT ~~~

AUTHOR NOTE: habis sudah cerita ni.... actually cerita ni boleh di kategorikan sebagai multi-genre sebab ada banyak unsur action, horror, mystery or thriller dan paranormal kat dalam cerita ni. Saja nak gabungkan genre tu semua untuk sedapkan jalan cerita ni... itu saja... btw, thanks for reading this story :) ...

MATA (P13)Where stories live. Discover now