MATA 11

411 37 2
                                    

"kenapa kau berwajah pucat pula?... kau takut, eh? oh... janganlah takut sangat... ianya tidak menyakitkan sepertimana yang kau bayangkan tu... kau rileks aje... sekejap lagi aku akan hantar kau ke neraka... hahahaha...", doktor isma bersuara sambil ketawa dengan sadisnya. natasha tidak menghiraukan hilai tawa doktor tersebut. matanya memandang tepat ke arah bayang gadis yang tidak bermata itu. dia lihat gadis tersebut melangkah menghampiri lelaki berambut panjang yang kebetulan sedang berdiri dekat dengan doktor isma. dia mengubah dirinya menjadi asap hitam lalu ia masuk ke dalam hidung, telinga dan mulut lelaki itu. tiba tiba tubuh lelaki tersebut menggeletar dengan hebatnya. mata hitamnya naik ke atas. matanya jadi putih serta merta. dia mula menderam sambil menggetapkan giginya. doktor isma tidak jadi menyuntik tubuh natasha dengan jarum di tangannya. dia tergamam sebaik saja dia melihat lelaki berambut panjang di sebelahnya menggeletar dan menderam seperti seekor anjing gila. "kenapa dengan kau ni daus?... kenapa anak mata kau naik ke atas pula?", soal doktor isma kehairanan. lelaki berambut ikal di sebelahnya turut merasa hairan dengan rakannya itu. "hey... daus... kenapa dengan kau ni?", soal lelaki berambut ikal itu. tiba tiba si lelaki berambut panjang itu segera mengambil sebilah pisau lalu dia cuba menikam doktor isma dan rakannya sendiri. mereka segera mengelakkan diri. "hey... kenapa dengan kau ni, hah?... kau sudah gila ke, hah?", soal doktor isma dengan marah. namun soalannya tidak di jawap. malah lelaki tersebut berusaha hendak menikamnya dengan pisau di tangan. "bidin... kau tangkap bangsat tu... biar saya tetak tubuhnya dengan parang ni...", kata doktor isma dengan marahnya. dia mengambil sebilah parang lalu di acukannya ke arah lelaki tersebut. lelaki bernama bidin itu segera menangkap rakannya tetapi lengan kirinya di tikam oleh lelaki tersebut. "arrrggghhhh!!!....", jerit bidin kesakitan. lelaki bernama daus itu segera menghampirinya. dia seperti hendak menikam bidin pula tapi kepalanya di tetak oleh doktor isma dari belakang. darah mengalir keluar dengan banyaknya membasahi kepala lelaki tersebut.

"mampus kau!!!!....", bentak doktor isma. dia menyangka yang lelaki itu akan mati setelah kepalanya di tetak namun sangkaannya meleset sama sekali. lelaki bernama daus itu masih tegap berdiri. biarpun kepalanya luka berdarah. doktor isma merasa terkejut. begitu juga dengan lelaki bernama bidin itu. mereka tercengang di saat melihat lelaki berambut panjang tersebut masih berdiri dengan wajah yang di lumuri darah. tiba tiba dia menjerit dengan kuat sehingga semua cermin dalam banglo tersebut pecah berderai. doktor isma segera menutup telinganya. begitu juga dengan bidin. sebaik saja bunyi jeritannya hilang mereka lihat daus mula memanjat dinding sehingga ianya sampai di atas siling banglo tersebut. terkejut betul doktor isma dan bidin sebaik saja mereka melihat lelaki bernama daus itu memanjat dinding dan naik ke atas siling seperti seekor labah labah. mereka mula merasa takut. doktor isma segera mencapai selaras senapangnya. dia hendak menembak lelaki pelik itu. "beng!!!!....", kedengaran satu das tembakan bergema di dalam banglo tersebut. namun tembakannya tidak mengenai sasaran. lelaki berkelakuan pelik itu pantas melarikan diri lalu dia melompat ke atas tubuh bidin. bidin segera menikamnya dengan pisau tapi lelaki tersebut tidak mati. malah dia menggigit telinga bidin sehingga putus dan memakan telinga lelaki itu mentah mentah. lagaknya tak ubah seperti zombie pula. bidin menjerit dan meraung kesakitan. tanpa di duga lelaki itu mula meratah tubuhnya seperti zombie. bertambah kuatlah jeritan dan raungan bidin. doktor isma segera menembak lelaki tersebut. "bengggg!!!!...", kedengaran bunyi tembakan bergema tapi kali ini ianya mengenai sasaran. namun si lelaki bernama daus itu tidak mati, malah dia bangun lalu berjalan menuju ke arah doktor yang tamak itu. wajahnya begitu bengis sekali.

"ohh!.... daus... daus.... tolong maafkan aku... aku tak bermaksud tembak kau tadi...so, tolong jangan apa apakan aku.....", rayu doktor isma ketakutan. dia melutut di depan wajah
elaki yang bermata putih itu. tanpa mempedulikan rayuan doktor tersebut lelaki bernama daus itu segera memegang kepala doktor isma lalu di pusingnya leher doktor tersebut sehingga ke belakang. "praakkk!!!!....", kedengaran tulang leher doktor itu patah riuk di buatnya. akhirnya doktor isma mati di situ juga. natasha yang dari tadi asyik memerhatikan kejadian itu semakin merasa takut. begitu juga dengan tengku ryan. sudah tentu lelaki yang telah di rasuk itu akan membunuh mereka berdua. natasha lihat lelaki itu menuju melangkah ke arahnya. "oh.... tolong jangan apa apakan aku.... kasihanilah aku....", rayu natasha pada lelaki tersebut. dia lihat ada pisau terhunus di tangan lelaki tersebut. natasha menangis ketakutan. "hey.... jangan bunuh dialah.... kau bunuh aku saja...", jerit tengku ryan dari tempat duduknya. namun jeritannya tidak di endahkan. malah lelaki yang berlumuran darah itu terus saja menghampiri natasha yang masih terbaring di atas meja tersebut. natasha lihat lelaki itu mengangkat pisaunya. natasha menyangka yang tak lama lagi dia akan mati di tangan lelaki tersebut. namun sangkaannya meleset sama sekali. rupa rupanya lelaki tersebut hanya mahu memotong ikatan di tangan dan kakinya. kemudian dia pergi membuka ikatan di tangan dan kaki tengku ryan pula.

setelah membuka ikatan di tangan dan kaki mereka lelaki itu pun terus jatuh di atas lantai. tubuhnya tidak lagi bergerak gerak. perlahan lahan natasha bangun lalu melangkah menghampiri mayat tersebut. dia menyepak mayat itu tetapi ianya tidak bergerak gerak lagi. mungkin ianya sudah mati. natasha segera menghampiri tengku ryan yang masih duduk di atas kerusi dalam keadaan kesakitan. darah di pinggangnya masih mengalir keluar. cepat cepat natasha membuka kain tudung di kepalanya. dia membalut luka di pinggang pemuda itu dengan kain tudung di tangan. "awak bertahan ya... sekejap lagi saya akan call polis dan ambulans untuk datang ke sini...", kata natasha dengan penuh prihatin. tengku ryan hanya mengangguk kan kepalanya. natasha segera mengambil handphonenya. dia menelefon pihak polis dan ambulans untuk datang ke situ. ketika mereka berdua sedang duduk di situ tiba tiba natasha lihat ada asap hitam keluar dari telinga, mulut dan hidung lelaki yang sudah meninggal dunia itu. ianya membentuk tubuh seorang gadis tapi kali ini gadis tersebut tidak lagi menyeramkan. dia memakai baju putih dan wajahnya nampak tenang dan tidak garang lagi. "tasha... a... wak nam... pak sesua... tu ke?", soal tengku ryan sebaik saja dia melihat natasha sedang memerhatikan sesuatu tidak jauh dari situ. jantungnya kembali berdegup kencang. "ya...", balas natasha. perlahan lahan dia memegang tangan pemuda itu. serentak dengan itu tengku ryan dapat melihat seorang gadis sedang berdiri tidak jauh dari situ. gadis itu mengucapkan perkataan terima kasih sebanyak 3 kali kepada mereka. kemudian dia menghilangkan diri dari pandangan mereka.

tidak lama kemudian pihak polis dan juga sebuah kereta ambulans tiba di tempat kejadian. mereka terus memberikan pertolongan cemas pada tengku ryan dan natasha. inspektor halim sempat bertanyakan beberapa soalan pada natasha tentang apa yang telah terjadi di situ. natasha pun menceritakan pada inspektor itu apa yang telah terjadi. ketiga tiga mayat lelaki yang terbaring di atas lantai segera di letakkan dalam beg plastik mayat yang berwarna hitam. mereka akan membawa mayat mayat tersebut ke hospital untuk di bedah siasat. natasha dan tengku ryan segera di bawa ke hospital untuk menerima rawatan yang seterusnya. malam itu ketika natasha berbaring di atas katil pesakit, dia mendapat satu mimpi. dalam mimpi itu dia lihat dokotr isma dan dua orang rakannya mengambil semua organ penting dari dalam tubuh farina dan meletakkan nya ke dalam container khas. setelah siap semuanya mereka membungkus mayat farina di dalam sebuah karung. mereka membawa karung tersebut keluar dari dalam banglo itu kemudian meletakkannya di dalam bonet kereta. mereka mula meninggalkan kawasan banglo tersebut setelah semua kerja mereka selesai. mereka memberhentikan kereta itu di tepi sebuah tasik yang terletak di tepi jalan maribu. sampai saja di sana mereka mula meletakkan beberapa ketul batu yang berat ke dalam karung si mati. kemudian mereka sama sama melemparkan karung tersebut ke dalam air tasik yang tenang itu. sebaik saja karung berisi mayat tersebut tenggelam di dasar air tasik tersebut, mereka terus beredar dari situ. natasha lihat yang dirinya berada di dasar air tasik itu. dia lihat begitu banyak karung berisi mayat manusia di dasar air tasik tersebut. rupa rupanya di situlah tempat di mana doktor isma dan kawan kawannya membuang semua mayat mangsa mereka. tiba tiba saja natasha mengalami masalah kesukaran untuk bernafas. dia segera tersedar dari mimpinya dalam keadaan wajah yang di basahi peluh dan nafas termengah mengah. dia rasa yang dia perlu memberitahu inspektor halim tentang mimpinya itu....

MATA (P13)Where stories live. Discover now